Assalamualaikum semua, kisah petang Ahad lepas baru boleh masuk entri....kek yang paling mudah di buat tapi memang sedapp sangat.....kalau dah mula makan memang tak boleh berhenti...kek plak very moist walaupun dah simpan dalam peti ais. Malas nak cerita panjang pasal kesedapan kek ini, mari tinjau resepi yer.....
Bahan-bahan;
1 cawan tepung gandum )
1 sudu teh bicarbonat soda )
1/2 sudu teh baking powder ) diayak bersama
3 sudu besar serbuk koko )
1/2 cawan minyak zaiton (kalau tak da guna minyak sayur pun ok)
2 biji telur saiz besar
1 cawan gula castor
secubit garam halus
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla
Untuk Cheese;
250grm cream cheese (phildalphedia menjadi pilihanku)
2 sudu besar gula
1 biji telur saiz besar
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung (aku terlupa letak tp lagi pior rasa cheese)
Cara memasaknya;
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pukul telur dengan gula hingga gebu dan kembang, masukkan minyak, susu, esen vanila dan air panas. Pukul sebati kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak hingga abis. Bahagikan adunan sama banyak pada 2 mangkok. Masukkan satu mangkok pertama dalam acuan (aku guna loyang saiz 8 X8), ratakan dan kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil yer.
Sementara kek lapisan pertama masak, pukul cream cheese dengan gula hingga gebu, masukkan telur, air dan tepung. Kacau hingga cheese licin dan berkilat, tidak berketul. Angkat keluar adunan kek pertama yang telah masak tadi, curahkan cream cheese di atasnya dan ratakan. Kukus semula lebih kurang 15minit atau cheese dah mengeras. Akhir sekali curahkan adunan kek yang kedua, kukus lebih kurang 30 ke 40 minit, angkat dan sejukkan.
dah masak....
Sedapppp sangat.....tapi kena kontrol makan kek ni....kalau tak memang susah nak berhenti....
No comments:
Post a Comment