Tiba-tiba aku teringin nak makan makaroni sup for dinner tonite...dah lama sungguh tak makan makaroni sup ni......lepas shopping di Gulatis tadi terus singgah di Sogo sekejap..beli makaroni dan juga lasagna yang sudah kehabisan stok di rumah....nak cerita sedikit pasal Gulatis ni...tadi ada sales...selalunya kain baju kurung washable shiffon silk tu sepasang RM138 tapi hari ni tinggal RM88 jer termasuk lining..untuk kain baju kurung shiffon silk (dry clean) plak selalunya RM275 hari ni jadi RM220 sahaja..siap free lining lagi...biasanya jenis silk ni lining kena beli asing..disebabkan terlalu syok memilih kain tak sedar aku dah suruh dia orang potong sampai 4 pasang.....anyway berbaloi....sebab memang murah....cuti sekolah bulan Jun ni banyak kenduri kahwin...so tak payah pening cari kain baju kurung dah....oopppss....tak pepasal jadi promoter percuma Gulatis la plak....ok...ni dia makaroni sup yang baru aku masak tadi...
Bahan-bahan;
150grm makaroni
3 keping chicken fillet
3 ekor sotong (kalau letak udang lg sedap kot - hanya sotong yg ada stok dlm frigde)
1 bungkus fishball (ikut suka byk mana - aku suka fishball)
1 kiub pati ayam maggie
3 ulas bawang putih ]
Sedikit halia ] ditumbuk
4 biji bawang merah ]
1/2 biji brocoli
1/2 batang lobak merah
3 tangkai shitake mushroom
1 biji tomato
1/2 biji capsicum
4 mangkuk air
garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Minyak zaitun (olive oil) untuk menumis)
Daun sup
Bawang goreng
Cara memasak;
Panaskan periuk dengan sedikit olive oil untuk menumis. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan air berserta kiub pati ayam. Bila dah mendidih masukkan makaroni. Pastikan air mencukupi kerana bila makaroni kembang air juga akan berkurang dengan banyaknya. Setelah makaroni lembut masukkan ayam + sotong tadi. Biarkan seketika. Kemudian masukkan lobak merah, mushroom, brocoli, capsicum dan fishball. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan tomato, lada sulah dan lada hitam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Resepi ni adalah rekaan sendiri...bila dah dicampur dengan kesemua bahan-bahan boleh makan 4 orang..padahal yang nak makan hanya dua orang......hahahaha.......selamat mencuba...:))
No comments:
Post a Comment