Hari ni aku tak pergi office..badan rasa tak sedap...walaupun tak pergi office duduk rumah pun kerja tetap berjalan....tetap kena melayan emails dan panggilan telefon dari office....hmmmm...sedar-sedar dah hampir pukul 1pm..perut dah mengeluarkan bunyi semacam....minta diisi.....terus keluar bahan-bahan yang dibeli kat Pasar Tani Paroi Ahad lepas sebelum semuanya jadi kecut dalam fridge...tugasan memasak telah bermula...Sambal Tempoyak Daun Kayu...ni nama gulai yang selalu disebut kat Negeri Sembilan...jarang-jarang panggil nama gulai ni...biasanya di panggil Masak Tempoyak Pucuk Ubi...
Bahan-bahan;
1 ikat pucuk ubi (ambil daun yang muda sahaja)
3 - 4 helai daun labu (yang lembut sahaja)
2 helai daun kunyit
3 papan petai (belah dua)
5 batang serai - dihiris
25 - 30 biji cili api - ikut suka kepedasannya
1/2 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis yang telah dikopek
4 - 5 batang serai - dihiris
3 sudu besar tempoyak
4 cawan santan kelapa
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 keping kecil asam gelugor
Garam secukup rasa
Cara memasak;
Pilih daun pucuk ubi yang lembut sahaja. Susun dan jadikan satu genggaman. Bersihkan daun labu dengan cara menggosok dengan kedua belah tangan untuk buangkan yang berbulu di daun. Bungkuskan pucuk ubi dengan daun labu ketat-ketat. Kemudian hiriskan halus-halus seperti bunga rampai. Daun kunyit juga dihiris halus seperti bunga rampai. Masukkan dalam tapis dan bersihkan. Perah daun yg telah dihiris untuk hilangkan pahit pucuk ubi dan toskan. Kemudian masukkan dalam periuk.
Kisar cili padi + kunyit hidup + serai yang telah dihiris tadi dengan lumat. Masukkan dalam periuk bersama-sama petai, bawang, ikan bilis dan tempoyak. Gaul mesra. Kemudian masukkan santan dan masak di atas api yang sederhana. Jika tempoyak telah masam tidak perlu masukkan asam keping. Masak hingga kuah menjadi pekat.
Sambal tempoyak ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan kering Jika mengikut aruah uwan aku Sambal Tempoyak Daun Kayu ni menggunakan 44 jenis daun kayu di antaranya pucuk kaduk, pucuk kacang, pucuk betik, pucuk memom (daunnya seakan daun pudina dan ada bau yang kuat), pucuk cemperai dan macam-macam lagi yang aku pun tak ingat dan sebenarnya tak kenal....hahahaha....tiba-tiba teringat plak pada aruah uwan aku ni....alfatihah......
No comments:
Post a Comment