Bila tengok tajuk aku baru perasan banyak menuku yang berakhir dengan simple....hehehehe...nak buat macam mana dah memang simple-simple semuanya....tengahhari tadi ajak keluarga mertua datang lunch kat rumah..,..memandangkan my parents in law ada hal untuk menguruskan hal perkahwinan sepupu di KL selepas zohor jadi aku rasa lebih baik lunch dirumah ku sahaja...untuk menu yang cepat siap aku telah masak nasi arab dan dah semestinya dengan sup tomatonya. Sayur yang sesuai dengan nasi arab ni mesti la salad...
I kotak salad (ada jual di mana-mana supermarket - lupa namanya :( ...)
10 biji cheri tomato - belah dua
1 biji bawang besar holland - potong dadu
2 batang kecil timun jepun - potong memanjang
1/4 capsicum traffic light - potong dadu
1 biji lemon - ambil jusnya
2 sudu olive oil or secukupnya
serbuk blackpepper
garam secukup rasa
Rendam salad dalam air garam, bersihkan dan toskan. Masukkan dalam mangkok dan campurkan dengan timun, bawang besar, capsicum, jus lemon, blackpepper dan olive oil.Gaulkan kesemuanya sehingga mesra dan rasa garam secukupnya. masukkan dalam fridge. Bila nak makan baru keluarkan semula.
Salad ni la memang paling simple nak buatnya. Tak sampai 10 minit dah siap. Rasapun sedap. Tapi make sure mesti guna olive oil baru la rasa keenakkannya...ni yang telah dihidangkan lunch tadi...
Dengan adanya salad ni baru la nampak meja ku berseri sikit....ooo yer...tadi sempat jugak ku membuat dessert...puding triffle....next time aku akan update macam mana nak buat trifle ni.....;))
No comments:
Post a Comment