Pucuk tangki ni hidup di kawasan yang berair. Rupanya sama seperti daun semalu tapi bezanya dia tak berduri dan daun serta batangnya agak besar sedikit dari semalu. Disebabkan dia hidup dalam air, batangnya ada span berwarna putih yang membuatnya terapung. Bunganya berwarna kuning.....rasanya seperti petai...kalau masak bau dia pun macam petai....tapi tak la sekuat petai tu...kiranya ni bau petai yg mild la.....ada ke bau petai mild??? hehehehe....so far yang aku tau Pucuk Tangki ni hanya dimasak gulai sahaja...tak kira la campur dengan apa...ikan bilis ke, udang ke, ikan tenggiri ke....tapi aku lagi suka campur dengan ikan sembilang salai....kat Pasar Tani Seremban ni ikan sembilang salai sentiasa ada...ni aku beli RM5 untuk 4 ekor ni.....saiz sederhana....
Cara nak memasaknya;
30 biji cili api - ikut suka pedas sendiri , aku mmg suka pedas
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugor
1 biji kelapa - lebih kurang 6 cawan santan
4 ekor ikan salai
1 ikat pucuk tangki.
Garam secukup rasa
Kisar cili api + kunyit hidup. Bersihkan pucuk tangki ni. Patah-patahkan macam sayur kangkung tu tapi ambil yang lembut sahaja. Cuci dan toskan. Masukkan ikan, asam keping dan bahan kisar dalam periuk. Panaskan hingga mesra sekejap. Bila agak mendidih masukkan santan yang telah diperah tadi.Setelah santan mendidih masukkan pucuk tangki. kacau perlahan-lahan takut nanti ikan hancur dan pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Pucuk tangki ni memang menyerap kuah. So pastikan santan yang diguna mencukupi kalau tak terus jadi rendang la plak.
Tips : kalau takut pecah minyak, asingkan santan tu..satu cair dan satu pekat. Masak dahulu dengan santan cair. Bila pucuk tangki dah agak masak baru masukkan santan pekat....
dah masak...
Kalau malas nak masak, datang la kat Restoran Rakyat, Wisma PBNS (Bangunan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan), Rahang, Seremban....berhampiran Restoran Nelayan...memang ada jual sayur ni...bukan itu jer....gulai pucuk ubi tempoyak...gulai daging/sembilang salai....semua masakan tradisional Noghori sentiasa ada......memang power....berganda-ganda sedap dari Restoran N9 yang popular kek KL tu.....ooopppssss...aku tak dibayar komisen untuk promote Restoran Rakyat ni yer......hahahahaa...sekadar berkongsi.........:))
No comments:
Post a Comment