Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday 13 March 2012

RENDANG AYAM KAMPUNG PUCUK UBI....

Pucuk ubi ada lagi seikat yang belum dimasak lepas masak gulai daging salai pucuk ubi simpul hari tu...beli sejak Jumaat lepas kat Jaya Jusco, Wangsa Maju....bagus Jaya Jusco ni..ada jual sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, pisang muda, terung telunjuk, pegaga dan macam-macam lagi....kadang-kadang ciliapi kampung pun ada....biasanya kalau nak makan sayur kampung ni aku suka pergi  pasar Chow Kit pada waktu malam..banyak lori sayur kampung baru sampai...memang segar bugar sayur kampung kat sana tapi masalah besarnya tak ada parking...nasib baik supermarket ada jual..tak kisah la bayar lebih sedikit asalkan kereta selamat dari calar balar kat jalan Chow Kit yang sempit tu kan...Ayam Kampung ni plak aku beli kat Pasar Tani Paroi, Seremban Ahad lepas. Satu ekor RM15...mahal ke murah aku tak tahu tapi yang penting dah siap bersih dan disalai. Bukan senang nak dapat ayam kampung yang betul-betul original ni. Kadang-kadang peniaga ni kata ayam kampung tapi bila tengok balik ayam kampung yang dijual tu besar-besar. Biasanya berat ayam kampung susah nak sampai 2 kg...ok...ni resepi yang aku buat sendiri untuk rendang ayam kampung ni....let see....:))


Bahan-bahan;

1 ekor ayam kampung - potong 12
1 ikat pucuk ubi - ambil daun yg muda dan pucuknya sahaja
30 biji cili api kampung - boleh kurangkan kalau tak suka pedas
1 1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia                              }
1 inci lengkuas                      }dimayang halus2
10 ulas bawang merah         }
4 ulas bawang putih             }
6 batang serai - 4 batang dihiris, 2 batang dititik
I helai daun kunyit - dihiris
1 biji kelapa
1 keping kecil asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara memasak;

Bersihkan ayam. Kisar ciliapi,kunyit hidup dan 4 batang serai yang telah dihiris bersama hingga lumat. Masukkan ayam bersama cili kisar dan bahan-bahan yang dimayang halus tadi berserta 2 batang serai yang telah dititik dalam kuali.  Masak sehingga ayam empuk sedikit. Tambahkan sedikit air untuk melembutkan ayam. Kemudian masukkan santan yang diperah dari sebiji kelapa tadi. Setelah mendidih masukkan pucuk ubi yang telah dibersihkan dan asam keping. Kacau supaya tidak melekat. Masukkan garam. Bila dah nak hampir kering masukkan hirisan daun kunyit tadi. Kemudian tutup api dan angkat.

Bagi yang badan banyak angin elakkan dari makan pucuk ubi ni yer....takut nanti bersesak sesak angin nak keluar dari badan...kalau angin tak boleh keluar lagi terseksa jadinya....hahahaha...

Rendang ni sedap dimakan bersama dengan nasi impit or nasi panas. Bagi sesaper yang suka dengan kerisik boleh masukkan dalam rendang ini juga tapi aku lagi suka rendang tanpa kerisik..maybe sebab tak cepat rasa muak kot....anyway lain orang lain citarasanya.....hehehehe.....selamat mencuba....kalau sedap boleh masak lagi....kalau tak sedap buat sekali jer la yer....tapi yang pasti my family memang suka dengan rendangku ini.....:p



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...