Aku masak Gulai Ikan Senangin Tempoyak ni untuk dinner malam tadi. Tak sempat nak update blog kerana terlalu penat selepas seharian dan berpanas di Kajang. Kalau ikutkan hati tak larat nak memasak tapi disebabkan sebelum pergi ke Kajang dah keluarkan ikan dan ayam terlebih dahulu terpaksa la masak. Nak simpan semula dalam fridge takut dah tak sedap plak...nampak masakan ni susah tapi as usual aku memang tak suka masak yang remeh-remeh ni....dinner semalam selain gulai ikan ni aku masak ayam goreng halia dan beansprout goreng. Next time aku akan postkan resepi ayam masak halia tu...terlupa nak ambik gambar sebenarnya...
Bahan-bahan;
2 potong ikan senangin
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
20 biji ciliapi
1 biji tomato
2 keping asam gelugor
3 sudu tempoyak
3 cawan santan
garam secukup rasa
asam jawa
Cara memasak;
Bersihkan ikan. Rendamkan dalam air asam jawa beberapa minit kemudian cuci semula dan toskan. Kisarkan kunyit hidup bersama cili api hingga lumat. Masukkan ikan dalam periuk kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi berserta bawang merah yang telah dihiris, tempoyak dan juga asam gelugor. Masak sekejap untuk mengecutkan ikan kemudian masukkan santan. Pastikan jangan pecah minyak. Jangan lupa letak garam. Setelah santan benar-benar masak masukkan tomato yang telah dibelah empat. Tutup api dan hidangkan.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment