Tak tahu macam mana nak tulis resepi makaroni ni..sebab masa buat tadi aku campak-campak jer apa-apa bahan yang sesuai dalam fridge. Puas aku mengingatkan semula anggaran bahan-bahan yang telah kugunakan tadi.,..Ingatkan nak buat sedikit sahaja....untuk 2 orang makan tapi bila dah dicampur-campur ini la hasilnya....
Bahan-bahan;
200grm makaroni
200 gram daging kisar Ramly
5 biji fresh button mushroom ]
1 biji tomato ] potong dadu kecil2
1/2 batang carrot ]
1 biji bawang besar ]
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 biji traffic light capsicum (hijau, merah, kuning) ] potong dadu kecil2
Sedikit daun ketumbar ] dihiris
Serbuk oregano
2 tsb minyak zaiton
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu sos tamato
1 sudu rempah kari daging
cheddar cheese secukupnya
garam secukup rasa
Sos Putih;
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu cair + 1 cawan air
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu kecil butter
Cara memasak;
Panaskan air dalam periuk yang telah dicampur dengan minyak or butter untuk merebus makaroni. Rebus sehingga makaroni lembut. Kemudian toskan, gaulkan dengan sedikit minyak zaiton dan sejukkan.
Bawang putih dan halia dicincang halus-halus. Panaskan minyak zaiton dalam kuali., Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, tomato, cendawan, carrot dan traffic light capsicum hingga layu dan mesra. Kemudian masukkan daging kisar tadi,. Pastikan daging kisar telah dicarik-carikkan untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Masukkan sos tomato, rempah kari, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga menjadi seakan-akan serunding. Akhir sekali masukkan sedikit oregano dan daun ketumbar yang telah dihiris. Padam api dan sejukkan.
Untuk sos putih, panaskan butter. Masukkan tepung dan kemudian susu cair berserta air serta sedikit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga agak pekat. Seperti sos putih lasagna. Bila dah agak pekat sedikit masukkan telur 2 biji dan kacau cepat sehingga mesra dan tutup api.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu dengan 200'C. Sapukan sedikit minyak zaiton dalam mangkok tahan panas atau loyang. Gaulkan makaroni dengan daging kisar yang telah dimasak tadi kemudian masukkan dalam mangkok tahan panas. Ratakan dan tekan sedikit. Selepas itu curahkan sos putih tadi di atasnya dan bakar selama 20 minit. Parut cheddar cheese tadi or lagi senang gunakan cheddar cheese yang telah siap diparut. Selepas 20 minit keluarkan makaroni dalam oven tadi dan taburkan cheese di atasnya bersama dengan oregano kering. Kemudian bakar semula lebih kurang 10 minit atau sehingga chese telah cair dan berwarna keemasan sedikit. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk sedikit. Makaroni ni sedap dimakan bersama dengan cili sos.
Dari bahan-bahan dan cara memasaknya nampak agak rumit tapi sebenarnya senang sahaja. Resepi di atas boleh makan untuk 5 ke 6 orang.......tadi aku hantar di rumah kakak ku di Lavender Height....tak sampai 15 minit aku terima panggilan dari anak buahku katanya makaroni ku dah habis.....hahahaha.......Selamat Mencuba.......byeee....:))
No comments:
Post a Comment