Salam semua...malam ni my hubby kata tak nak makan nasi...hmmm...bagus jugak tu....aku pun masih kenyang lagi dengan lunch tengahhari tadi....my hubby suggest masak spagethi goreng jer...tapi bahan tak cukup plak...macam mana nak cukup.....tiap minggu mesti ada spagethi goreng....my hubby favourite tu....aku suggest paling simple dinner malam ni goreng beehon sahaja....my hubby said..yess...proceed....:)) Memandangkan kami berdua masih lagi berpantang untuk tidak mengambil seafood (tak tau la sampai bila ni...ntah2 esok dah makan balik...hehehehe) so aku hanya campurkan ayam sahaja....anyway still beleive...yang simple tu la yang sedap...yer ker??...let see...:))
Bahan-bahan;
100 gram beehoon - direndam
3 keping isi ayam - potong kecil
2 biji telur
100 gram sawi choy sum
3 ulas bawang putih }
4 ulas bawang merah } tumbuk halus
1/4 inci halia }
6 biji cili padi
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis
Cara menyediakannya;
Toskan beehon yang telah direndam dengan air sejuk. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaiton. Goreng telur seperti scramble eggs dan keluarkan. (My hubby suka kalau letak telur banyak). Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan isi ayam. Masak sebentar dan campurkan 1/2 cawan air. Apabila dah mendidih masukkan cilipadi yang telah dipecahkan. Kemudian masukkan beehon bersama dengan scramble egg dan sawi choy sum. Rasa garam secukupnya. Kacau mesra semuanya. Jika beehon masih keras boleh la ditambahkan sedikit air. Hidangkan sewaktu panas.
Selamat Malam semua.....:))
No comments:
Post a Comment