Salam semua....petang tadi ada kerajinan sikit nak buat juadah minum petang walaupun badan agak penat selepas pulang ke kampung. Pada awalnya nak buat talam berlauk...dah keluarpun daging kisar dari freezer....sekali cek kat bahagian sayur dalam peti ais daun sup plak tak ada...hmmm...kalau barang tak lengkap ni mesti tak sedap...kalau buat tak sedap baik tak payah....tiba-tiba ternampak ada jagung tin...apa boleh ku buat dengan jagung ni??? nasib baik buku resepi talam dapat membantu dan dari situ terhasil la talam lapis jagung ni...:))
Bahan-bahan;
Bahan A
2 cawan tepung gandum
4 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir (aku hanya guna ¾ cawan)
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung beras
1 sudu kecil garam halus
Bahan B
1 sudu makan serbuk coklat
½ cawan air
Bahan C
½ cawan jagung
½ cawan air
Cara membuatnya;
Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
Campurkan kesemua bahan A. Gunakan penapis kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
Bancuh coklat dengan air. Tapis kemudian masukkan dalam satu bahagian tadi.
Sapu sedikit minyak dalam loyang. Masukkan sesenduk adunan coklat dan kukus selama 5 minit. Kemudian masukkan sesenduk adunan jagung di atasnya. Kukus lebih kurang 5 minit. Ulang langkah seterusnya berlapis lapis adunan coklat dan adunan jagung sehingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus lebih kurang 15 minit dan baru la di angkat dan sejukkan.
Ini la buku kompilasi talam. Ada 60 jenis talam di dalamnya. Kalau tak salah harganya RM7 sahaja. Ada pelbagai jenis talam di dalamnya. Bila aku tengok buku ni baru aku tau macam-macam jenis talam ada yang sudah tentu amat menyelerakan. Resepinya pun mudah difahami...:))
No comments:
Post a Comment