Salam Ahad semua....hari ni off masak tengahari...esok birthday anak sulung kakak yang di Lavender Heights ni...Jumaat lepas dah remind aku yang besdaynya pada 18hb ni...Isnin...rupanya hari Isnin tu Negeri Sembilan cuti sempena Israk Mikraj yang jatuh pada hari ini...hmmm....aku pun tak ingat...sebab KL Isnin kerja...untuk tidak menghampakan suami ku ajak bawak pegi makan sajer...akhirnya Hi-Tea @ Klana Resort menjadi pilihan tanpa memberitahu besday boy kat mana nak pergi hari ni....surprise la kononnya...tapi yang kesiannya kakak ku pening kepala dok menjawab soalan anak-anaknya...kat mana auntie dan uncle dia ni nak bawak mereka.....hehehehe sampai di Klana Resort masing-masing semua terkejut dan blurr...semua tertanya-tanya nak buat apa kat sini.....apalagi ku hanya menjawab...jom makan!!!!
Masa menunggu anak-anak buahku sampai; kami asyik memerhatikan suasana dalam hotel. Klana Resort ni salah satu hotel terbesar di Seremban selain dari Royale Bintang. Masa sampai di lobi hotel penuh dengan orang ramai..dengan yang nak check out...dengan yang nak check in....rupanya ada beberapa group dari kerajaan yang ada seminar. Hotel ini juga ada menyediakan tempat team building dan outdoor aktiviti....patut la ramai orang.....memang busy hotel ni...Setibanya anak-anak buahku kami terus menuju ke Selera Cafe, Hotel Coffee House...seperti biasa aku menunggu penyambut tetamu coffee house untuk menentukan meja tempat duduk.....setelah beberapa minit kami berdiri di pintu masuk, masih tidak kelihatan sesiapa di meja penyambut tetamu dan yang malangnya kami tidak nampak seorang waiter pun....akhirnya aku jumpa ada sekeping kertas di atas meja reception dan rupanya nama-nama yang menempah meja ada di situ termasuklah namaku....tapi still aku tak tahu nak duduk mana....selepas beberapa minit baru kelihatan seorang waiter sedang menyusun gelas...dengan pantas aku memanggilnya...hmmmm....ternyata..dia pun buat kerja penyambut tetamu jugak.....hotel ni tak cukup kakitangan rupanya...so sesaper saudara mara yang anak-anak lepas spm tak da buat apa-apa tu mintak la kerja kat sini..mesti dapat....hahahahha...
Ok la.....lepas dapat meja apa lagi yang ditunggukan....ambik makanan la.....ni la di antara makanan yang kami ambik dan sempat ambik gambar....
Di atas sekali cup cake yang comel, itik panggang, cheese cake, rojak buah, sushi, sandwiches, mee rebus, dim sum, salad, nasi goreng, laksa.....dan ada banyak lagi seperti abc, sup ayam, mee goreng, chicken/fish ball, pizza, samosa, air batu campur, aiskrim, bubur kacang, assorted cakes & locals fruits.
Angah yang maintain macho...along yang rock!!
tengah menikmati mee rebus...ada jer yang interframe.....:((
kakak yang gedik....huhuhuhu....
bakal YB.....IoI...
Si bongsu....baby yang banyak songeh....hahahha
Banglang....anak kakak sulung...baru dapat anugerah guru paling popular pada Hari Guru baru-baru ni.....popular ker??? hehehehehe....
Serious discussion.....bincang pasal majlis kahwin hujung tahun ni...sebab tu serius.....
ahkir sekali....Teh tarik.....memang terangkat!!
Selesai dah.....nak balik..sempat lagi posing kat lobby hotel ni..hmmmm.....
Boleh katakan not bad juga hi-tea di sini...sesuai untuk bawak family...suasana juga amat santai...cuma mungkin kekurangan pekerja so servis mengangkat pinggan dan menambah air minuman di meja agak lambat....dari segi makanan memang kami berpuas hati...walaupun hi-tea tapi amat mengenyangkan.....:))
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
COST FOR HI -TEA:
ADULT : RM40++ (selalunya RM30++ tapi disebabkan Hari Bapa terus jadi RM40++)
CHILD : RM25++
No comments:
Post a Comment