Salam semua....dah lama jugak tak masak puyuh salai ni....kebetulan lepas kami balik dari kampung tadi singgah di Pedas...di kiri jalan arah ke Seremban ada gerai yang jual puyuh salai, daging salai dan sembilang salai. Selain dari tu sayur-sayur kampung pun turut ada seperti daun asam gelugor, pucuk ubi dan rebung. Aku memang suka beli dengan pakcik ni sebab kesemua yang dijual segar bugar. Pucuk ubi yang dijual memang betul-betul pucuk ubi muda..tak pelu di buang walau sehelaipun..semua boleh guna...begitu juga rebungnya...tak banyak air...banyak isi dari air....ingatkan dapat beli puyuh ni banyak untuk buat stok tapi sayang hanya tinggal 5 ekor sahaja....tak per la...itu jer rezeki yang ada....seekor harganya RM4.....ni aku masak tadi untuk dinner ...
Bahan-bahan;
5 ekor puyuh salai
3 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
25 biji cili api
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa - ambil santannya
Garam secukup rasa
3 batang serai
1 keing asam gelugor
Cara memasaknya;
Kisar ciliapi, kunyit hidup, halia dan bawang putih hingga halus. Belah 2 puyuh dan bersihkan serta toskan. Masukkan puyuh bersama serai dititik dan cili yang telah dikisar tadi dalam kuali. Kecutkan sebentar lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan kentang bersama santan. Masak sehingga kentang empuk dan kemudian baru la masukkan asam gelugor. rasa garam secukupnya.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment