Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 25 June 2012

AYAM GORENG SELASIH....

Salam semua...akhirnya dapat juga aku daun selasih ni....susah nak dapat yang tempatan punya....2 minggu lepas dah dapat masa beli lauk pengantin di Pasar Seremban....tapi tak da rezeki sebab terbawak sekali ke rumah pengantin...terus terlupa...Sabtu pagi aku pergi semula ke Pasar Seremban....hanya satu gerai jer yang ada jual daun selasih ni...difahamkan orang Johor memang amat perlukannya terutama untuk laksa Johor...tak sah laksa Johor tu kalau tak ada daun selasih...aku plak jadi suka dengan daun selasih ni semasa  ada stall Thailand kat food court Central Market dulu yang ada menyediakan ayam goreng selasih.....now dah tak boleh makan sebab kedai tu dah tutup...so nak tak nak kena buat sendiri......Ayam goreng selasih ni memang sedap bila makan dengan nasi panas....

 
Bahan-bahan;

6 ketul ayam
1 labu bawang besar - potong dadu besar
1 inci halia - dimayang halus
2 ulas bawang putih- mayang halus
6 tangkai cili padi - racik halus
4 tangkai cili kering- racik halus
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu sos tiram
3 pokok daun selasih
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya;

Bersihkan ayam dan toskan. Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap dalam 10 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam  sehingga garing, angkat dan toskan. Keluarkan lebihan minyak tadi, tinggalkan lebih kurang 2 sudu sahaja. Tumis semua bahan-bahan yang telah dihiris dan mayang tadi sehingga naik bau. Bila dah layu masukkan air asam jawa dan sos tiram. Bila dah agak pekat masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama daun selasih. Kacau sekejap sahaja dan boleh la dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...