Masa awal dulu bila kawan di group whatsapp bagi tau masak sotong gulai cili api rasa macam pelik sesangat....aku ni pun orang Negeri Sembilan juga...tak pernah cuba atau makan sotong masak gulai ni...selalu bila bab sotong ni aku masak sambal...kicap ker...reneh serai ker....beriyer-iyer sahabat ku kata mesti cuba.....sodapppp katanya....hihihi...tapi beliau masak campur dengan kentang..lagi la aku pelikkan...sotong campur kentang??? .so ini adalah percubaan ku yang pertama kali walaupun tak ada kentang....
Bahan-bahan;1 kilo sotong
25 biji ciliapi )
1/2 inci kunyit hidup ) kisar halus
1 biji kelapa - ambik santannya
3 ulas bawang merah - hiris
2 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
Cara memasaknya;
Bersihkan sotong, lebih baik jangan dipotong, masak sekor2...satukan kesemua bahan kecuali sotong dalam periuk ke kuali ker..ikut suka...masak kuah agak pekat,kena kacau selalu supaya tak pecah minyak, bila kuah dah agak pekat masukkan sotong dalam10minit, rasa garam dan tutup api.
Semasa makan buat pertama kali, memang sedap...kuah sotong rasa macam masak gulai ayam berserai..patutlah sahabatku ini campur kentang....memang tak sia-sia aku mencuba.....yessss....memang sedappp!!
No comments:
Post a Comment