Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Friday, 24 October 2014

PIZZA TUNA.....cepat dan jimat....

Memandangkan kos sara hidup makin meningkat dengan serba serbi barang naik, apa kata kita kurangkan makan diluar....banyakkan masak di rumah....bukan setakat jimat tapi dari segi kebersihan dah tentu terjamin kan....kalau tak bersih tu kena tanya diri sendiri la yer....hihihi....walaupun tak 100% semua bahan aku buat kerana doh pizza aku beli yang instant jer kat Giant Supermarket...bukannya apa...memang malas sangat nak keluarkan bread maker yang duduk diam-diam dah bertahun bawah katil tu...hihihi...nak uli dengan tangan memang tak larat....so paling mudah guna jer doh yang ready made...kebetulan banyak bahan-bahan topping ada kat rumah...so lagi mudah kerja aku...


Bahan-bahan;

1 keping doh pizza
1 tin kecil mayonis tuna - aku guna ayam brand
1 tin kecil nenas tanpa gula yer
1/2 biji capsicum merah - dadu kecil
1/2 biji bawang holland - potong dadu
spagethi sos secukupnya
mozarella secukupnya
oregano flake
basil flake

Cara membuatnya;

Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180'C. Sapu rata  sos spagethi di atas permukaan doh. Taburkan mozarella di atasnya kemudian ratakan isi tuna. Taburkan nenas, bawang, capsicum di atas tuna...tutup semula dengan mozarella...letak banyak mozarella lagi besttt....

 
 Akhir sekali taburkan basil dan oregano flake. Bakar lebih kurang 20minit atau doh pizza dah bertukar golden brown sedikit...

 dah siapppppppppp......................

wallaaaaaaaaaa.....................
 memang puas hati......:D



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...