Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 16 July 2012

PUDING KARAMEL...sejukkan tekak...

Salam semua....lama jugak tak makan puding karamel ni....bila bulan puasa memang selalu ada....sedap dimakan selepas buka puasa...tengah-tengah relaxs2 gitu....sejuk jer bila sampai ditekak...hehehehe....lepas breakfast tadi aku terus sediakan puding ni...sebab nak sejukkan untuk makan lepas lunch...kalau tak sejuk tarak kicknyer...hehehehe....
Bahan-bahan;

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan B;

5 biji telur
200 ml susu cair
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu esen vanilla

Cara menyediakkannya;

Panaskan gula dalam frying pan. Biarkan sehingga gula bertukar warna menjadi kemerahan kemudian perlahan-lahan masukkan air. Kecilkan api ketika masuk air untuk mengelakkan dari terpercik. Kacau hingga gula betul-betul lebur, angkat dan sejukkan.
Panaskan periuk kukus. Pecahkan telur dalam mangkuk adunan. Kacau tetapi tidak perlu sampai telur kembang. Masukkan esen vanilla, susu pekat manis dan susu cair. Kacau mesra.
Masukkan air gula yang telah disejukkan tadi dalam loyang/ acuan. Sebaiknya tapis dahulu. Kemudian tapiskan adunan kastard dalam mangkuk acuan yang berisi air gula tadi. Kukus lebih kurang 15 - 20 minit. Angkat dan biarkan sejuk diluar seketika. Kemudian baru lah masukkan dalam fridge untuk beberapa jam.

2 comments:

  1. my peberet nih..sedapnya....sejuk jer anak tekak kalau telan nih..

    ReplyDelete
  2. memang sedapkan....bulan puasa ni yang paling laku...:))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...