Dah lama betul rasanya tak pergi ke Pasar Besar Seremban...sejak mula cuti sekolah kami penuh dengan jemputan kahwin...hanya minggu ni jer free...minggu depan dan seterusnya kad jemputan dah ada..3 minggu berturut-turut..harap-harap minggu terakhir Disember boleh lepak kat rumah...tak sangka rupanya dalam diam Encik Hubby pun pendamkan permintaannya untuk makan ikan bakar berempah ni....masa kat pasar tadi terus dia cari ikan siakap ni...suruh aku bakar jer tapi kena ada rempah sikit.....ni la hasilnya....
Bahan-bahan;
1 ekor ikan siakap saiz agak besar
1/2 batang bunga kantan - dihiris
1 helai daun limau purut-dihiris
1/2 biji lemon
sedikit minyak zaiton untuk menumis (kalau tak ada minyak biasa pun ok)
Bahan Kisar;
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia muda
1 batang serai - dihiris
sedikit belacan bakar
1/2 batang bunga kanta - dihiris
1 helai daun limau purut - dihiris
2 kiub pati tomyam (aku guna knorr)
1 sudu besar rempah kari ikan
5 - 6 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh letak cili kisar1 sudu)
Panaskan oven dengan suhu 200c'. Bersihkan ikan dan toskan. (Aku dah suruh peniaga kat pasar tu siang ikan ni awal-awal). Kelar2kan badan ikan ni sedikit. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Letak ikan ditengah.
Panaskan sedikit minyak zaiton. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau dan harum.
Curahkan bahan kisar yang dimasak tadi kat atas ikan dan sumbatkan sedikit kat dalam perut ikan tu. Taburkan daun limau purut dan bunga kantan yang dihiris tadi. Perahkan lemon di atas ikan dan baru la di panggang lebih kurang 30 minit or hingga isi ikan telah lembut. Hidangkan dengan nasi panas.
Ikan berempah ni memang sedap sangat. Ketika dipanggang akan keluarkan aroma yang amat menyelerakan. tak sabar rasa nak makan...memang sedap!!!!
Note: Tak perlu letak garam or gula yer kerna kiub pati tomyam dah cukup rasa.. Selain ikan siakap, ikan bawal dan ikan kerapupun sedap jugak....:))
No comments:
Post a Comment