Kalau baca dari tajuk macam kelakar jer bunyinyer kan...tapi itu la realitinya...aku jumpa resepi ni di blog Cahaya Cintaku....masa jumpa resepi ni rasa tak sabar nak mencuba...tengok bahan-bahannya senang jer..tapi ada yang bagi comment kata tak jadi...so dengan gamblenyer tetap nak cuba..kalau tak jadi pun aku tak kisah...sebab bahan yang digunakan sikit sangat....as usual aku akan mengubahsuai resepi ni sedikit...ikut bahan yang ada kat rumah sebenarnya...alhamdulillah...jadi dan marvellous......let see....:))
Bahan-bahan;
1 biji telur
4 sudu besar gula castor (aku guna 3 1/2 shj)
3 sudu besar nutella (tapi aku gunakan syrap coklat hershey)
3 sudu besar coklat serbuk
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak sayur (aku guna minyak zaiton)
4 sudu besar tepung naik sendiri (aku guna tepung pancake)
Mangkuk kertas secukupnya (aku guna mangkuk aluminium foil)
Ni la bahan-bahan yang aku gunakan tadi...susu segar tak ada...susu cair untuk masak lauk aku gunakan....susu jugakkan....hehehehe....
Pukul telur bersama gula dengan garfu sahaja. Tak payah sampai kembangpun...
Masukkan serbuk coklat...kacau dgn whisk...
Masukkan syrap coklat hersey...gaul mesra..kemudian susu...gaul sebati lagi..kemudian baru masukkan minyak..gaul lagi...dan akhir sekali tepung ..setelah semua sebati masukkan 3/4 adunan dalam mangkuk kertas. ( adunan boleh dapat dalam 6 biji ikut saiz aluminium foil seperti yang aku gunakan ini)
Masukkan dalam microvave (bukan oven yer) dengan menggunakan kepanasan yang paling maximun. Set masa untuk 2 minit sahaja dan anda akan nampak kek masak dengan cantiknya...
Kek ni memang sedap sangat especially bila makan ketika panas-panas...tak sedar aku makan sorang jer dah abis 4 biji...tapi disebabkan nak buatnya 5 minit jer..aku bancuh lagi sekali...jika ada tetamu yang datang mengejut disarankan kek ini la yang paling sesuai untuk dihidangkan asalkan bahan-bahannya cukup...memang marvellous!!!
No comments:
Post a Comment