Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 16 June 2014

RENDANG AYAM KAMPUNG DAUN PUDING HITAM...istimewa dari Kuala Pilah

Salam semua....merendang aku Ahad semalam...minggu lepas balik kampong...ayah  ada bagi 2 ekor ayam kampung dah siap salai....memang kalau nak original ayam kampung kami balik la sekejap....ayah aku memang bela agak banyak jugak....bukan untuk dijual tapi untuk anak cucu dia jer....semua suka sangat dengan ayam kampong..saper yang balik kampong paling sikit 2 ekor mesti ada bawak balik...hihihihi....so semalam baru berkesempatan aku masak....en.hubby pun dah sound....pokok pudding dia tanam bertambah rimbun...tak nak ambik ker....hihihi...ada 4 pokok pudding hitam kat rumah tu....so jadi la rendang ayam kampong pudding semalam

Untuk resepi rendang ini sila klik kat SINI.
 Ini la dia daun pudding hitam ..kalau nak masak ambik daun yang lembut sahaja...


Memang sedap sangat rendang ayam campur dengan daun pudding ini...rendang berbau sangat harum....semalam bagi semangkok pada jiran berdekatan..siap tanya..rendang ni letak minyak wangi ker?? hahahaha....masakan ini amat popular di kawasan Kuala Pilah...kalau lalu di kawasan kampong area Kuala Pilah kebanyakan rumah ada tanam pokok pudding ini...biasanya mereka akan guna itik salai ..ayam pun sedap....kalau tak ada ayam kampong, ayam pencen pun boleh jugak....
Selamat Mencuba!!


 

3 comments:

  1. wahhh sedapnya.. dah lama tak kena ayam.. tapi since preggy ni, tak suka dah ayam :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih...tunggu lepas due...mungkin jadi peminat ayam balik... ;)

      Delete
  2. Saya pernah tanam pokok puding tu kat umah sewa kini dah pindah umah lain tanam tak hidup. Dulu ambil kat Negeri Sembilan ni dah dok Kedah tak pernah jumpa lagi pokok puding maka tak dapat lah nak merasa rendang yg ada daun tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...