Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 21 April 2014

SUP TULANG DENGAN SAMBAL GESEK....

As usual kalau weekend jer rumah aku sentiasa ada tetamu...kadang-kadang bagus jugak ada rumah kat Seremban ni...senang keluarga dan saudara mara nak datang....nak datang kat rumah KL agak jauh sebab kebanyakan mereka tinggal di Negeri Sembilan...kami nak jumpa saudara-mara pun senang....kebanyakan mereka pun duduk area Seremban tapi kerja kat KL....Seremban-KL tak la jauh sangat....setiap Jumaat lepas office kami balik Seremban...pukul 7 malam dah sampai rumah...sometime pukul 6.45 dah sampai....tapi kawan yang duduk kat Ampang..Shah Alam masih sangkut kat jalanraya....hihihii..menu kat bawah ini aku masak masa ayah aku datang rumah baru-baru ni....one thing about ayah aku, dia tak suka makan lauk banyak-banyak.....masak la 10 jenis lauk pun....dia tetap makan 2 lauk jer....itupun nasib....katanya kalau masak banyak-banyak lauk tak boleh nak menikmati sepenuhnya.....hihihi.....

 
Bahan-bahan;
 
1 kilo tulang lembu
1/2 biji bawang besar - hiris
2 inci halia ( 1 inci aku hiris kasar, lebih aku mayang halus)
2 batang kulit kayu manis
2 - 3 kuntum bunga lawang
6-7 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut
air secukupnya
garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng
 
Cara memasaknya.
 
Rebus tulang lembu hingga lembut bersama hirisan halia yang potong kasar bersama air secukupnya. Bukan tulang yang lembut yer...untuk daging yang melekat kat tulang tu....nak tunggu tulang lembut sampai tukar gas 10 tong baru lembut kot...hahahaha..selalunya kalau aku masak sup tulang aku akan rebus pada waktu malam atau awal pagi. Tujuannya bila sup sejuk semua lemak-lemak tu akan terapung kat atas.....nak lagi mudah bila dah sejuk sikit masuk dalam peti ais....bila lemak dah terapung keluarkan dengan guna penapis or sudu...barulah lemak tak masuk banyak dalam badankan.....kolestrol tuuuu.....:))
 
Bila dah habis semua lemak disingkirkan, rebus semula dan masukkan dengan hirisan bawang besar, halia dan segala rempah ratus. Masak hingga daging betul-betul lembut or ikut suka nak lembut macam mana kan.....hidang dengan hirisan daun sup dan bawang goreng...
 
Aku punya style...kalau masak yang bersup-sup ni mesti nak kena ada yang pedas....baru cun......hihihi.....sambal gesek paling sesuai untuk dijudukan dengan sup tulang ni....  
 

Resepi Sambal Gesek;

1 mangkuk ikan bilis - rendam dan toskan
25 biji cili api
4 biji cili hijau
3 biji bawang besar
garam secukupnya
1 keping kecil asam gelugor
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya;

Kisar semua cili dan bawang besar kasar, Guna pengisar kering yer...kisar tanpa air. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi, tinggalkan dalam sesudu jer. Tumis bahan kisar hingga cili dan bawang betul-betul masak, masukkan asam gelugor dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan bilis, gaul rata, angkat dan hidangkan.
 
Ada juga yang buat sambal gesek tanpa dimasak terlebih dahulu...tumbuk ikan bilis, cilipadi dan bawang sikit. Pastu perah asam limau...memang sedap jugak...tapi aku tak berani dah nak makan cili yang tak masak ni....sebab bila dah makan tak boleh makan sikit-sikit..lastly sakit perut....huhuhu...
 
 
Kalau ayahku datang mesti ada cucu-cucu (anak2 kakak) yang ikut sekali ke rumah....rumah kakak pun tak jauh...so memang senang la kalau ayah datang dia akan singgah ke rumah kakak dulu pastu baru ke rumah aku...yang pasti ayah akan lunch dan minum petang kat rumah aku....hihihihi....
 
 yang ini pulak  aku sengaja masak untuk tambah-tambah lauk...goreng udang galah..lepas goreng udang aku tumiskan sedikit bawang besar, halia dan bawang putih sikit pastu aku  masukkan lobak merah dan capsicum..nampak colorful....dannnn.........
 
ikan bawal goreng.....
 
 
Seperti yang telah aku duga...ayah hanya makan nasi sama dengan sup tulang dan sambal gesek jer...hihihihi.....tup tup en.hubby pun ikut sama.....so aku paksa anak-anak buah habiskan lauk-lauk lain.....hmmmm...no hal untuk dia orang...beressssss...... :) :) :)

1 comment:

  1. Minta izin menu sop Puan, Eden nampak mcm sodap Jo, tkasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...