Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 21 April 2014

SUP KETAM...untuk orang demam...

Orang kata kalau demam memang sesuai makan sup ketam especially kalau kena denggi...so demam akan cepat baik...tak tau la kenapa sup ketam ni yang dicari...tak sempat nak buat research plak pasal tu....aku masak ni sebab rasa terhingin...bukan kerana demam...selalunya ketam aku masak gulai lemak ciliapi, blackpepper atau ketam kari kering...bila ada sesaper kat rumah yang tak sihat baru masak sup ketam...tapi masa masak ni semua sihat...so kiranya lepas makan sup ketam bertambah tambah sihat la kot....hahahhaha



Bahan-bahan;

4 ekor ketam
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
1/2 inci halia - mayang halus
3 bilis bawang putih - mawayng halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelage
1 helai daun bay
1 bungkus sup bunjut
1/2 batang lobak merah
1/2 batang celery
4 cawan air - kalau nak banyak kuah tambah la lagi
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
daun sup dan bawang goreng - ikut suka
sedikit minyak zaiton / sayur untuk menumis


Cara memasaknya;

Cuci bersih ketam dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris bersama dengan rempah ratus  dan sup bunjut. Bila bahan tumis dah layu dan naik bau, masukkan air. Bila dah mendidih baru masukkan ketam kemudian lobak merah dan celery yang dipotong ikut suka. Masak sebentar, rasa garam secukunya dan taburkan sedikit lada hitam yang dikisar. Ikut suka yer..tak letak lada hitm pun tak apa..aku letak sebab nak sup tambah hangat lagi...hihihi...hidangkan waktu panas..

 
Jika suka taburkan daun sup or ketumbar sama dengan bawang goreng. Dalam gambar tak letak sebab masing-masing bila makan letak daun sup or bawang goreng dalam mangkuk sendiri....huhuhu... :) :) :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...