Lagi satu sayur pertama kali aku masak....pucuk manis...selalu makan kat kedai jer....aku masak sayur ni hari Sabtu lepas..ntah kenapa masa pergi Econsave hari Jumaat, nampak sayur ni terus masuk troli...selalunya kalau pergi Econsave sayur ni aku tolak-tolak kat tepi sebab dia bungkus dalam plastik besar...pastu menutup sayur lain sebab letak satu tempat ...tiba-tiba idea datang nak masak lemak putih...bila sampai rumah baru perasan tak cukup bahan....biasanya kalau kat kedai tengok masak lemak putih campur labu atau keledek...so esok harinya kena pergi market semula sebab nak beli keledek...huhuhu....
Bahan-bahan;
1 ikat sayur pucuk manis (lebih kurang 1/2 kilo)
2 biji keledek - kaau besar sebiji dah cukup
1 sudu besar udang keing - rendam dulu
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Cara memasaknya;
Ambik daun pucuk manis yang lembut, rendam seketika, cuci semula dan toskan. Kupas kulit keledek, potong dadu or ikut suka. Cuci dan toskan. Masukkan keledek, bawang + udang kering dan santan cair. Masak hingga keledek agak empuk, bukan terlalu empuk yer. Masukkan sayur pucuk manis dan cili merah, kacau rata kemudian baru masukkan santan pekat. Kacau supaya santan tak pecah minyak. Rasa garam secukupnya, angkat dan boleh hidangkan.
Kalau dah masak lemak putih menu yang paling sesuai kena ada ikan masin dan sambal belacan tapi aku masak sambal udang petai, ikan bawal goreng dan ikan pekasam goreng....kalau ada sambal belacan lagi la lupa diri makan....tapi dah tak larat nak buat sebab dari pagi keluar pergi pasar sana sini sampai ke Terachi, Kuala Pilah, perut pun dah lapar....makan tetap laju gak...kebetulan ada sepupu dari KL datang rumah....datangnya sorang tapi aku masak macam 6 ke 7 orang yang datang.....lastly bila malam angkut semua lauk pauk ni bawak gi rumah mertua untuk dinner....laju jer pak mertuaku makan...suka betul dia dengan pucuk manis lemak putih ni....bertambah-tambah dia makan...syukur Alhamdulillah......:)
baru je request kat suami lauk ni pagi tadi.. Hehe.. Sempena nak raya ni, jom join contest ringkas dari Shakira. Mana tahu rezeki :)
ReplyDeletehttp://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2014/04/contest-nama-biskut-paling-kreatif.html