Salam semua.....kepenatan betul hari ini gara-gara untuk memenuhi misi mencari lauk yang aku rasa amat esotik sekali dan mesti cuba makan iaitu gulai asam rong ataupun rom...ada juga yang panggil gulai aserong....tak semua orang tahu mengenai masakan ini walaupun di kalangan orang Pahang sendiri...Ini adalah menu istimewa dari Hulu Tembeling....idea nak makan masakan ini datang dari mak saudara en.hubby di mana beliau terbaca dalam suratkhabar seperti DISINI dan terus mengajak kami untuk ke Jerantut. Bab makan mana pernah kami say NO kan...tambahan pula masakan yang tak pernah dengar, apalagi rasanya...so bila beliau bagi idea terus aku kata YES....jommmm kita pergi....hihihihi......so pukul 8 pagi kami bertiga bertolak dari Gombak (rumah my auntie) dan berhenti sekejap di Bentong untuk sarapan pagi.
Lepas minum di Bentong kami terus ke Lebuhraya Pantai Timur dan exit ke Temerloh...kemudian follow signboard....Kerdau..Kuala Krau dan destinasi...Jerantut...lepas Jerantut lebih kurang 55km lagi dah sampai ke Taman Negara...menarik jugak kan.....next plan.... :))
Hampir pukul 11.30 pagi dah sampai Jerantut...tak sangka besar jugak pekannya....malangnya bila dah sampai puas cari lokasi Restoran Kak Nor Asam Rom Ikan Kenerak ni . Dalam suratkhabar hanya bagi tau di Jerantut sahaja...tak bagitau lokasi di mana...aku sangka Jerantut pekan kecil... masuk tanya pekerja petrol station PETRONAS..semua tak tau....lepas tu bertanya kat peniaga buah yang kusangka Melayu...bila dah dekat rupanya Cina..hihihi..lagi la tak tau....kemudian en.hubby pusing satu Jerantut dan aku plak mata tak boleh nak berkedip dok cari Restoran Kak Nor ini...tak gak jumpa....puas aku cari kat Foursquare...tak ada jugak...cek kat google asyik-asyik keluar resepi asam rong....hmmmm....memang kelam kabut jugak laaa.....lastly en.hubby teringat sahabat beliau yang berkahwin dengan orang Jerantut dan terus telefon....beliau menyuruh kami pergi ke Pasar Besar Jerantut,...lagi sekali en.hubby berpusing-pusing di kawasan berkenaan tak jugak nampak restoran Kak Nor ni...untuk terakhir kalinya aku turun dan bertanya dengan salah satu gerai yang menjual kuih-muih....terus peniaga tu kata Restoran Kak Nor Asam Rong ni hanya di belakang aku.....adussss.............memang giler dibuatnya.....rupanya kedai asam rom ni bukan la restoran tapi hanya la salah satu stall di medan selera atau orang sana panggil medan selera di mana kami dah lalu banyak kali tadi....hmmmmm..........apa la newspaper ni kannnn.....hampir satu jam kami berpusing-pusing cari restoran seperti yang ditulis dalam newspaper....dok terbayang dalam kedai sebijik ker...kedai teres ker...restoran dengan stall makan pun tak tau beza....:(
Signboard kedai Kak Noor ni terletak di bahagian dalam...memang kalau dalam kereta tak nampak sangat...
Bila sampai peniaga ni (rasanya suami Kak Nor...wallahullam) melayan kami dengan mesra sekali....bila aku keluarkan phone nak ambik gambar beliau begitu gembira...siap suruh aku masuk dalam.....ambik gambar lagi cantik.....mungkin dia ingat aku wartawan kot...hihihi....yer laaa...gerai makan ni dah masuk macam-macam suratkhabar.....hmmmm...aku ambik gambar mana yang sempat jer....walaupun baru pukul 12.30 tengahari orang dah kerumun dikedai makan ini...
yang ini plak gulai otak lembu......very good to increase your cholesterol tau.... lol...
Bila tengok lauk pauk yang disediakan tak rasa macam kat Pahang...rasa macam kat Negeri Sembilan plak sebab banyak lauk lomak cili api ada di sini....
Pelbagai jenis ulaman disediakan...ada sambal beacan...tempoyak dan budu...pilih mana suka....
ini yang kami order....
Ulaman mesti ada...
klosap sikit....ini la dia menu yang buat kami ke Jerantut ...Asam Rong @ Rom Ikan Kenerak...
2 ketul ikan kami ambik...harga seketul RM20.....memang sedap....ada rasa macam ikan tenggiri pun iyer..very la special dan sangat esotik.....dalam gulai ni di campur sekali dengan pucuk paku...keledek..terung telunjuk....daun kesum...dan paling paling unik asam rom tu di buat dari biji getah atau buah perah yang diperam beberapa bulan....itulah yang di panggil rom atau rong ataupun aserong.....dan pertama kali dalam hidup baru aku tahu biji getah boleh makan...huhuhu...
Ikan Patin Masak Tempoyak....memang sedap jugak....yang peliknya gulai agak pekat dan tidak dicampur dengan daun kesum dan juga bunga kantan...memang berbeza dengan gulai patin tempoyak di Temerloh...walaupun tanpa daun kesum dan bunga kantan rasa tetap mengancam sebab tempoyak yang digunakan sangat berkualiti...ini komen dari my auntie yer yang pernah memasak untuk majlis majlis rasmi dihadiri Sultan Pahang di tanah rancangan di Pahang ....
Gulai perut tembusu atau perut bulat.....masakan orang Negeri Sembilan ni....sedappp.....
Selesai makan siap bungkus lagi gulai asam rom ikan kenerak 2 ketul dan gulai ikan patin tempoyak seketul untuk orang di rumah plak...kos kesemuanya hanya RM150 termasuk dengan 6 gelas air minuman tea o ais limau....orangnya bertiga sahaja tapi air sorang 2 gelas...sebabnya semua hidangan yg kami order ni sangat pedas...padahal kami semua orang Negeri Sembilan yang memang suka makan pedas...rupanya orang Jerantut lagi kuat makan pedas dari kami...hihihi
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gulai asam rom boleh tengok di SINI atau SINI. Selesai makan dan bayar kami terus gerak semula ke Kuala Lumpur...tak salah kan kalau kita mencuba sesuatu yang kita tak pernah makan....kalau sedap makan lagi...kalau tak sedap berhenti....at least kita pernah cuba.....:))
uishh.. terliur nak rasa gulai rong
ReplyDeleteikan kenerak