Salam semua....first entry untuk bulan Mei 2014 aku sajikan dengan warna warni yer....biar ceria selalu untuk bulan Mei ini....Kek Minyak dah macam popular plak kat muka buku....tengok member asyik buat berkali-kali..terus aku google nak cari resepi yang simple..yang malas nak timbang-timbang...semua bahan sukat pakai cawan jer... cuma aku gunakan minyak zaiton...rasa lagi sedap....kebanyakkan gambar kek minyak di google semua colorful...memang cantik sangat dengan pelbagai corak....so aku pun memiih color yang terang-terang jugak..bak bapa mertua ku kata...striking boto!!! hahahaha....cuma lapisan marble agak kasar sebab aku nak cepat.....mari tinjau resepi yer....
Bahan-bahan;
2 1/2 cawan tepung naik sendiri )
1 sudu kecil baking powder ) ayak bersama
5 biji telur saiz besar
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak zaiton - klu tak ada minyak sayur pun ok
pewarna pilihan
Aku guna;
stroberi emulco - merah
oren emulco - oren
pandan emulco - hijau
**Kalau hanya guna pewarna biasa tanpa perasa campur satu sudu kecil esen vanilla yer.
Cara membuatnya;
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pecahkan telur dan pukul dengan kelajuan maksimun hingga telur jadi kembang dan gebu. Masukkan gula, pukul lagi hingga gula hancur. Masukkan minyak dan susu pekat, pukul mesra dan akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian....(kalau nak buat 3 color). Warnakan stiap adunan tersebut. Sapukan sedikit butter or minyak di tapak dan sekeliling mangkuk or loyang kuih. Masukkan setengah adunan berwarna dalam mangkuk kuih. Contoh. Mulakan dengan setengah adunan merah, kemudian setengah adunan hijau, lepas tu oren plak dan seterusnya...selangselikan warna...Akhir sekali lorekkan atas permukaan kek dengan menggunakan lidi..kalau nak buat la...tak buatpun tak ada saper yang marah...hihihi..kukus lebih kurang 40 - 50 minit or bila dah cucuk dengan lidi kek dah tak melekat.
Note: Kalau nak dapatkan lapisan marble yang lebih halus, gunakan sudu besar, sudukan setiap adunan satu persatu dengan selang seli warna hingga abis ke dalam mangkuk or loyang kuih....so marble akan lagi cantik dan halus....tapi kena ambik masa sedikit laa yer...aku nak cepat untuk sediakan minum petang semalam....sedap sangat makan ketika panas-panas......Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment