Salam semua....minum petang kami semalam...Puding Roti...tak plan pun nak buat tapi bila tengok roti yang dah nak expired sayang plak nak buangkan...terus idea datang untuk buat puding ....sebelum itu belek-belek resepi kat internet...ada pelbagai style....lepas tolak bahagi campur...lastly aku buat ikut cara aku sendiri....hentam ajer laaaa kan......hmmmm.....dan ternyata hasilnya amat memuaskan....sebelum ini agak lama juga pernah buat sebelum berblogging tapi puding roti kukus....ternyata kaedah bakar ini lebih memuaskan dengan aroma bau yang menyelerakan....:))
Bahan-bahan;
8 keping roti sandwich (baki roti yg aku ada)
1 1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
3 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kismis
coklat chip secukupnya
Cara memasaknya;
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170'c. Satukan 1/2 cawan air dan 1/2 tin susu cair. Carikkan kepingan roti dan rendam lebih kurang 10 minit dalam campuran air dan susu. Satukan susu cair, gula, telur, butter, tepung jagung, rendaman roti dan esen vanilla dalam mangkuk kisar. Adunan ini agak banyak so kena kisar 2 kali kemudian satukan semula dengan kacau sebati. Akhir sekali masukkan kismis dalam adunan. Masukkan adunan dalam caserol or loyang, bakar lebih kurang 20 minit atau bahagian atas dah mula nampak macam mengeras sedikit, kemudian keluarkan puding roti tadi dari oven untuk ditaburkan coklat chip di atasnya. (Tujuan aku buat begini untuk mengelakkan coklat chip tenggelam dan tidak cair kerana adunan agak cair). Bakar semula lebih kurang 25 minit atau permukaan atas dah agak keemasan. Sejukkan.
Sos Kastard
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula - ikut tahap kemanisan masing-masing yer
1 cawan air
1 cawan susu
Satukan kesemua bahan dalam periuk. Masak di atas api perlahan dengan mengacau tanpa henti hingga sos menjadi agak pekat. (Jangan pekat sangat...kang terus jadi pudding kastard plak yer)
Sedap makan ketika panas-panas...kalau puding tak panas yang penting sos kastard panas...aku hanya buat sos kastard bila mula nak makan puding. Tak lama pun...sekejap jer....kalau disejukkan dalam peti ais pun sedap....Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment