Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Wednesday, 28 May 2014

MAJLIS HI-TEA DI RUMAHKU..... :)) Perjumpaan selepas 25 tahun....

Assalamualaikum semua, 18hb Mei 2014 adalah hari yang amat bersejarah buatku dan kawan-kawan dari Sekolah Menengah Dato Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan selepas 25tahun kami bertemu semula...dan yang paling menggembirakan kami bertemu di teratakku....memang terharu sangat.....sebelum ini kami hanya berhubung di facebook dan whatapps sajer....perancangan perjumpaan yang agak singkat sebenarnya....Alhamdulillah....walaupun jemputan hanya dilakukan dalam masa 2 minggu lebih kurang 20 orang teman sebaya yang hadir bersama dengan keluarga masing-masing pada 18hb May 2014...memang terharu sangat.....

Gambar kenangan bekas pelajar tingkatan 5, tahun 1988, Sekolah Menengah Dato Mohd Taha. Dua orang rakan yang hadir tidak ada dalam gambar ini kerana terpaksa meninggalkan majlis lebih awal.
 
Untuk majlis yang amat bermakna ini aku menyediakan kesemua menu untuk dihidangkan kepada sahabat-sahabat tersayang...100% hasil dari air tangan ku sendiri....memang rasa bangga sangat dapat menjamu kawan-kawan hasil air tangan ku sendiri.. :) kesemua kuih muih aku sediakan pada hari Sabtu...jadi aku tak terkejar masa pada hari Ahad....Majlis bermula pukul 4 petang..Hi-Tea kan.....kadang-kadang bila buat bersendirian terasa macam masuk pertandingan MasterChef plak...sebab asyik-asyik tengok jam....aku tak mahu bila tetamu datang menu tak siap lagi.....haru biru youuu...huhuhu

3 biji pavlova telah aku sediakan....

Lebihan kuning telur pavlova dari membazir aku buat pudding caramel....tergelap pudding caramel ku....sebab tengah busy uruskan menu yang lain then baru ingat aku tengah karamelkan gula....memang tak menang tangan aku dibuatnyer....2 mangkok casserole aku sediakan untuk Pudding Trifle..

Pada hari Sabtu jugak aku bakar 2 biji Congo Bar...sedang bakar Congo Bar aku sediakan inti Sheperd's Pie....pada siang hari kedua ibubapa mertuaku tolong aku kupas 4 kilo kentang.... aku masukan pie dalam mangkok aluminium foil yang kecil....senang tetamu nak makan...aku sediakan lebih kurang 100 biji pai....pukul 1 pagi baru siap bakar kesemua pai....esoknya hanya untuk dipanaskan dalam microvave untuk tetamu....awal pagi Ahad pulak aku sediakan lasagna...3 mangkok lasagna aku hidangkan....the main course pula mee kari dan mee soto..


Alhamdulillah, awal pagi sahabat dari Melaka, Cikgu Ranimah telah datang membantuku menyediakan bahan-bahan sampingan unuk mee kari dan mee soto...YES.....pukul 2 petang semua urusan di dapur dan hidangan telah sedia untuk tetamu istimewa.
 
Dari kiri : Eni Rona, Nor Amiza & Ranimah...tetamu paling awal tiba..
 
Rusidah Abu Samah.....businesswoman yang successful dan paling kecoh....hihihi
Hamdan & Ipin...yang busy sangat menguruskan kehadiran jemputan

Tetamu yang baru sampai....Shikin...Zariza, Hanidah, Zubaidah...Roziah atau Gee ...terima kasih semua...dari jauh sanggup menghadirkan diri...
My best friend masa Form 6..Shikin....tambah comel...hihihi
 
Arifin's and Family....rumah kami dekat2 jer....nama mesra Ipin....orang yang paling sibuk menjemput kawan-kawan yang tak tau rumah....terima kasih banyak yer Ipin....:)
rancak berbual....maklum la....selepas 25 tahun bertemu semula...
 



Azinor Sulaiman baru sampai....insan yang paling bersemangat untuk mempertemukan kami semula

semua dah jadi bapak-bapak...tak lama lagi ada yang nak sambut menantu....
 
Zubaidah or lagi mesra dengan panggilan Bedah....syok sangat borak..sampai tertido anaknyer...hihihi
 
Rosli...bertugas di UM sekarang...
 
Zariza atau lebih mesra panggil Sakura....tukang jahit professional nii....
 
Syukur Alhamdulillah.....kami sempat berhimpun bersama dan menunaikan solat asar berjemaah
 
Bacaan doa dari Tuan Haji Mokhdzar...alhamdulillah..beliau dah jadi tauke agensi pelancongan Almukminin Travel & Tours....sesaper nak pergi umrah or haji boleh la berurusan dengan beliau....bukan takat itu jer.....nak melancong ke Turki...China...Vietnam dan mana sajer boleh hubungi Akmukminin Travel & Tours....anda pasti medapat percutian yang happening.....hihihii (Dzar..aku dah promote niii...hihihi)

Rupanya sahabat yang hadir telah membuat collection untuk aku..katanya sebab aku bersusah payah memasak dan menyediakan kesemua hidangan untuk mereka. Tuan Haji Mokhdzar menyerahkan collection kepada aku....tebal gak muka aku masa ni.....huhuhuhu

Tapi mereka semua tak tahu...tujuan aku mengadakan majlis hi-tea ni jugak adalah untuk majlis pre-birthday aku yang jatuh pada 26hb Mei dan aku ingin meraikan bersama-sama dengan bekas kawan-kawan sekolah dulu ....seminggu lebih awal....kerana hari besday aku nanti en.huby akan bawa ku terbang ke Langkawi....nobody knows.....sengaja tak nak beritau...hihihihi....dengan duit collection yang aku terima dari kawan-kawan aku berikan kepada yang lebih memerlukan...salah seorang sahabat kami Zainol....walaupun aku tidak mengenalinya sangat tapi aku rasa beliau lebih layak untuk menerima collection tersebut....dan memang dah niat aku suami isteri untuk menjamu kawan-kawan yang telah berpuluh tahun tak bertemu sempena my pre birthday....hihihihi....semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga ke akhir hayat.....aminnnnn..... :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...