Terjumpa resepi Kuih Bakar Daging ini dari blog Mat Gebu tahun lepas lagi ...nampak sungguh menyelerakan....Mat Gebu plak dapat dari blog kak Fauziah Samad atau lebih dikenali dari dapur kak jee dan semenjak itu jugak aku jadi follower blog dari dapur kak jee... dari tahun lepas dok tahan nak buat kuih bakar daging ni sebabnya tak ada acuan kuih tembaga....memang boleh buat dengan acuan besi tapi aku memang tak nak beli kerana nak yang tembaga jugak....akhirnya aku jumpa jugak seperti DISINI. ..baru puas hati...hihihi...belinya bulan September tahun lepas tapi bulan Mac 2014 baru nak rasmikan....at least guna juga kannn.....;))
Bahan-bahan;
400grm daging kisar
2 biji bawang besar - potong dadu kecil
2 sudu besar rempah kari daging (aku guna Baba's)
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton untuk menumis
2 pokok daun bawang - hiris
3 biji cili merah - buang biji dan hiris halus
3 cawan tepung gandum - diayak
5 biji telur
3 cawan santan cair
3 cawan air
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa
sedikit butter or minyak sapi
Cara menyediakannya;
Panaskan oven dengan suhu 180'C. Masakkan inti daging terlebih dahulu. Panaskan sedikit minyak zaiton (kalau tak ada minyak biasapun OK) tumis bawang hingga naik bau dan layu, masukkan rempah kari. Bila dah rempah dah garing masukkan daging kisar. Masak hingga kering..ala-ala serunding gitu. Rasa garam secukupnya, angkat dan ketepikan.
Untuk adunan batter, Satukan telur dengan santan cair dalam blender. Blend sekejap sampai telur jadi kembang dan halus. Keluarkan dan masukkan dalam mangkuk adunan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangseli dengan air sampai habis sambil mengacau gunakan whisker. Masukkan garam secukup rasa dan beberapa titik pewarna kuning. Pastikan tak ada tepung yang bergentel. Kalau ikut kaedah Kak Jee, masukkan adunan dalam blender sedikit demi sedikit.
Panaskan acuan atas dapur dengan api yang paling minimum. Masukkan sedikit butter atau minyak sapi. Bila acuan dah panas curahkan adunan batter 3/4 penuh dalam acuan. Biarkan seketika hingga nampak di tepi acuan adunan dah keras sedikit, sudukan inti di dalamnya. Gunakan sudu kecil, masukkan inti di bahagian tengah kemudian sudukan di setiap sudut acuan. Lebih sedap kalau letak daging banyak. Kacaukan dengan sudu kecil untuk seratakan inti daging dalam batter. Taburkan cili merah dan juga daun bawang. Masukkan dalam oven dengan api atas sahaja lebih kurang 15 minit atau bila dah nampak kuih akan meregang sendiri dari acuan.
Sedap sangat makan ketika panas-panas bersama dengan cili sos.
Dengan adunan ini aku boleh dapat 7 biji kuih bakar. Kalau tak ada santan boleh tukarkan dengan susu cair. Tapi kalau dah kuih melayu guna santan lagi sedapkan....Memang sedap sangat kuih bakar daging ini. Nak buatnya pun tak la sesusah mana dan mengenyangkan....
Selamat Mencuba!!! :) :) :)
No comments:
Post a Comment