Salam semua....kenal sayur leek? Orang melayu jarang masak sayur ini...tapi orang Cina memang kegemaran mereka...namapun Chiness Leek...menyerupai seperti daun bawang cuma saiznya besar...boleh panggil pokok bawang giant....hihihi...en.hubby suka sangat tapi kalau masak kena campur dengan daging...daging plak beli yang lembut..aku suka beli yang dari Australia...yang sesuai untuk buat steak tu sebab tak perlu nak rebus daging lelama untuk empukkan.....untuk sediakan menu ni amatlah mudah...tak cayer...meh tengok resepi....
200 gram daging lembut
4 batang leek
1/2 batang lobak merah - kalau suka
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 sudu besar sos tiram
1/2 biji capsicum merah - potong ikut suka
sedikit minyak zaiton untuk menumis(kalau tak ada minyak sayur pun ok)
1/2 cawan air - kalau nak berkuah
Cara menyediakannya;
Panaskan minyak zaiton dalam kuali. Tumis bawang putih hingga bertukar jadi golden brown. Masukkan daging, gaul rata dalam 2 minit, kemudian air dan sos tiram. Bila dah mendidih masukkan leek,capsicum dan lobak merah.Kacau rata,agak-agak leek dah layu sedikit, tutup api, angkat dan hidangkan.Tak payah letak garam lagi yer sebab sos tiram dah cukup rasa. Sedap makan ketika panas-panas
Persediaan bahan-bahan dalam 10 minit kot...masaknyer pun lebih kurang 10 minit...cepatkan..:).
No comments:
Post a Comment