Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Thursday 24 January 2013

GULAI TEMPOYAK JANTUNG PISANG

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul semua...dah malam baru boleh update blog...walaupun  hari ni bercuti tapi aku sibuk mengalahkan hari bekerja....bukan sibuk tiba-tiba tapi sibuk yang memang telah dirancang....yang tu nanti aku cerita kat entry lain..tak sesuai plak nak cerita kat entry masak-masak ni....lepas balik dari Sogo beli groceries sikit...sampai rumah solat Asar dulu...nak dekat 6.40pm baru mula masak...kelam kabut aku sebab nak kejarkan cerita Mexico start pukul 7...alhamdullillah....masak sempurna...jantung pisang ni aku beli kat Sogo tadi....sebiji RM3 tu....:((


Bahan-bahan;
1 biji jantung pisang - kupas kulitnya - ambik yang lembut shj
1 gengam ikan bilis
20 biji cili api (boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
1/2 inci kunyit
3 cawan santan pekat
3 biji bawang merah - dihiris
1 batang serai - dititik
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara Menyediakannya;

Ambik isi jantung yang lembut sahaja, cincang kasar. Kalau cincang halus sangat tak rasa plak jantung tu. Untuk elakkan jantung jadi lebam, jantung yang telah dicincang tu rendam dalam air yang dicampur dengan beberapa keping asam gelugor. In Sha Allah jantung tak lebam. Kisar cili api dengan kunyit hidup. Masukkan jantung yang dicincang tadi dalam periuk bersama dengan cili kisar, serai, bawang dan asam gelugor. Kecutkan kesemuanya hingga mendidih dan kuah agak kering, kemudian baru masukkan tempoyak dan santan. Kacau hingga kuah jadi pekat, rasa garam secukupnya dan boleh la dihidangkan.

Gulai jantung tempoyak ni lagi sedap kalau dimasak bersama udang. Tadi aku dok cari udang kat Sogo tak ada plak...bila time aku tak nak udang tu asyik senyum-senyum jer kat aku.....time aku nak dia tak ada la plak...memang nak kena udang ni kannnnnn.....gulai jantung ni kalau campur dengan ikan bilis tambam pun sodap!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...