Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog ini...rasanya masih belum terlambat nak buat ucapan...lama betul tak update blog....musim raya tak ada masa nak masukkan entri...musim raya ni jugak memasak tanpa henti....kadang-kadang rasa seperti bukak restoran di rumah....hehehehe tapi seronok....seronok sangat bila tetamu datang beraya dan menjamu hasil dari masakan kitakan....kek karamel ni salah satu hidangan yang aku sediakan...Sabtu baru ini saudara dari Johor Bharu berkunjung ke rumah...request nak makan pavlova....dari membazir jer kuning telur tu lebih baik buat sesuatukan....dah biasa sangat buat pudding caramel....jadi tambah sedikit bahan jer lagi terus jadi kek caramel.....sebelum ni memang dah pernah buat...boleh lihat kat link SINI tapi yang ini telah aku adjust dan kecilkan sedikit adunan keknya....
Cara untuk sediakan kek:
Masukkan kesemua Bahan C dalam mangkok. Kacau sebati dengan whisk dah memadai. Masukkan meringue. Gaul sebati kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian ikut warna pilihan.
Untuk lapisan pertama masukkan 2 sudu bahagian warna adunan kek di atas puding, Bahagian B. Contoh 2 sudu adunan merah, kemudian 2 sudu hijau dan diikuti dengan 2 sudu biru. Selepas itu baru masukkan satu sudu setiap adunan warna untuk dapatkan corak yang lebih menarik. Ulang langkah seterusnya hingga habis. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170'C api atas bawah dengan kaedah water bath (masukkan air panas dalam dulang atau bekas yang lebih besar dari loyang kek kemudian baru letakkan loyang berisi adunan kek di atasnya). Bakar lebih kurang 45minit or bila bahagian kek mula meregang di keliling loyang.
Biarkan kek betul-betul sejuk dahulu baru diterbalikkan. Simpan dalam peti ais. Sangat sedap bila dimakan sejuk-sejuk.
Bahan-bahan;
A. Gula Hangus
2 sudu besar gula
Cara sediakannya: Tabur rata seluruh permukaan loyang dengan gula dan masak dengan api perlahan hingga gula bertukar warna caramel. Nak sekata pusing-pusingkan loyang tu biar keseluruhan ada caramel. Ketepikan kemudian akan kedengaran bunyi macam kaca pecah bila caramel dah sejuk.
B. Puding
I cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu the esen vanilla
4 biji kuning telur (lebihan pavlova)
3 biji telur
Cara: Masukkan kesemua bahan dalam mangkok. Pukul sekejap dalam 30 saat kot dengan kelajuan paling minimum, tak perlu kembang. Tapis masukkan dalam loyang yang telah berisi gula hangus tadi. Ketepikan.
C. Lapisan Kek
80grm tepung gandum **
1/2 sudu the baking powder ** ayak bersama
2 biji kuning telur
20grm gula kastor
70ml air biasa
30ml minyak zaiton (kalau tak ada minyak sayur pun OK)
1 sudu besar susu pekat manis
D. Meringue
3 biji putih telur
20gram gula castor
** pukul telur dengan gula dalam mangkok berasingan hingga gebu dan kalau dibalikkan bekas adunan tak jatuh...confirm OK dah tu..
E. Pewarna ikut suka
( yang ini aku guna stroberi emulco, blueberry emulco dan pandan)
Masukkan kesemua Bahan C dalam mangkok. Kacau sebati dengan whisk dah memadai. Masukkan meringue. Gaul sebati kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian ikut warna pilihan.
Untuk lapisan pertama masukkan 2 sudu bahagian warna adunan kek di atas puding, Bahagian B. Contoh 2 sudu adunan merah, kemudian 2 sudu hijau dan diikuti dengan 2 sudu biru. Selepas itu baru masukkan satu sudu setiap adunan warna untuk dapatkan corak yang lebih menarik. Ulang langkah seterusnya hingga habis. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170'C api atas bawah dengan kaedah water bath (masukkan air panas dalam dulang atau bekas yang lebih besar dari loyang kek kemudian baru letakkan loyang berisi adunan kek di atasnya). Bakar lebih kurang 45minit or bila bahagian kek mula meregang di keliling loyang.
Biarkan kek betul-betul sejuk dahulu baru diterbalikkan. Simpan dalam peti ais. Sangat sedap bila dimakan sejuk-sejuk.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment