Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Thursday 15 November 2012

DURIAN CREAM PUFF...

Durian lagi??? hahahaha...last stok....hari ni mesti habiskan jugak....esok dah ke Kedah sampai weekend....kebetulan hari ini ayah aku datang ke rumah sebab esok akan ikut ke Kedah juga sempena pernikahan cucu lelakinya...sebelum bertukar menjadi tempoyak baik aku buat sesuatu....sebelum aku ada blog ni aku pernah buat cream puff berinti kastard...masa tu pernah terfikir kalau letak filling durian mesti sedap...hari ini aku realisasikan apa yang aku idamkan dulu....fuhhhhh...ternyata...marbelossssssss...

Bahan-bahan;
50grm butter
100ml air
60grm tepung (diayak)
2 biji telur
Cara menyediakannya;
Panaskan oven dengan suhu 200'C.Potong kecil butter, campurkan bersama air, masak dengan api sederhana.
Sementara itu ayak tepung dan pukul telur dengan garfu dalam mangkok berasingan.Bila butter dah cair kuatkan api sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan tepung, kacau cepat-cepat.
Masak semula tepung yang dikacau tadi hingga nampak bawahnya ada keping-keping dan masukkan telur yang dah dikacau sebelum ini cepat-cepat.Kemudian masukkan dalam piping bag. Aku gunakan nozel bentuk bintang.

Alaskan dulang pembakar dengan aluminum foil. Gris sedikit dengan butter. Adunan ni boleh dapat 12 biji puff kalau saiz sepereti gambar ini.
Bakar lebih kurang 30minit dengan suhu 200'C sehingga puff bertukar warna keemasan.
Dah masak...sejukkan dahulu...
Setelah sejuk belahkan puff ni tapi jangan sampai putus untuk masukkan filing. Hiaskan dengan taburan gula aising or snow powder.
Bahan-bahan untuk filing;
1cawan isi durian - lenyek halus
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula halus
1 cawan susu segar.
Campur kesemuanya dan masak atas api sederhana, kacau tanpa henti hingga jadi pekat. Angkat dan sejukkan.
Kastard durian ni makan dengan roti pun sedap...:))

2 comments:

  1. Hallamak..nampak mabeles la. Akk klw buat krim puff ni musti x jadi. So dah putus asa nak buatnye..

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap Ibu Lala...masa buat dia tu kena cepat2...masa panas2 mesti kacau baru tepung masak sebati kak....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...