Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday, 20 May 2013

PAI AYAM CENDAWAN MOZARELLA

Salam semua...ini juadah minum petang kami semalam....hajat dihati nak buat kroket kentang tapi lepas lunch badan rasa semacam jer....tiba-tiba rasa penat yang amat sangat.....tak larat plak nak mengupas kulit kentang...merebus.....melenyek.....badan mula rasa tak sedap...nasib baik inti dah masak lepas breakfast...so paling mudah buat pai memandangkan pastry instant dah ada...

 Bahan-Bahan;

Inti;
200gram ayam kisar 
1 biji bawang holand saiz sederhana - potong dadu
5 biji bawang putih- cincang halus
1 hiris halia - cincang halus
1 batang lobak merah - potong dadu
1/2 biji capsicum merah  - potong dadu
6 kuntum cendawan shitake - potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit meinyak zaiton untuk menumis
garam dan lada sulah secukup rasa
Shreded mozarella secukupnya
Oregano flake

Bahan pastry;

Pastry wholemeal jenama Kawan ( Boleh dapat di mana-man supermarket)
1 biji telur
Cara menyediakannya;

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau dan harum. Masukkan cendawan, lobak merah dan capsicum. Kacau hingga layu kemudian masukkan ayam kisar. Gaul mesra hingga semua ayam kisar tidak berketul. Akhir sekali  taburkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam secukupnya. Masak hingga inti jadi ala-ala serunding.  Angkat dan sejukkan.

 
 Pastry segera jenama Kawan...memang mudah sangat....aku beli yang wholemeal so bila dibakar akan jadi gelap sedikit tapi pastry lebih rangup dan sedap....ketika nak gunakannya pastikan ianya masih dalam sejuk so mudah nak pisahkan setiap lapisan dan potongan....

 Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 200'C.Aku guna mangkuk aluminium kecil....dah makan terus buang...nak buat dalam caserole pun ok....potong bulat kulit pastry tadi...masukkan dalam mangkuk kecil ni untuk jadikan tapaknya....cucuk sedikit dengan garfu.....

Isikan intinya...letak banyak-banyak baru sedap...

 Taburkan shreded mozarella..penuhkan hingga tak nampak inti ayam tadi....taburkan oregano flake di atasnya....kalau suka....tapi aku memang suka so baunya bertambah harum.....

 Tutup semula dengan kulit pastry..cucuk sedikit dengan garfu....pecahkan telur dalam mangkuk berasingan....campur 1 sudu air...kacau rata dan sapukan atas pastry supaya nampak berkilat.....aku taburkan lagi oregano flake.....:))  Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit atau pai dah bertukar golden brown...


 Wallaaaaaaaaaaaaa......dah siapppppp......nampak macam gelap tapi bukan hangus yer...ini disebabkan aku guna wholemeal pastry....

 Sedap sangat makan ketika panas-panas....bila ditarik dengan garfu akan nampak mozarella bertali-tali.....yummmyyyyyyyyy!!!

Note: Untuk intinya boleh ditambah dengan kacang peas or ikut suka.... Selamat Mencuba!!!

2 comments:

  1. makaiiiiii tengok jer pai ni serta merta lapar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) akak hanya buat yang senang2 jer....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...