Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 1 April 2013

AYAM CABE IJO...

Hari ni aku tak kerja....sakit mata...selepas fikir-fikir sebab apa kena sakit mata baru teringat Sabtu Ahad baru ni masa nak pergi majlis kenduri kahwin aku guna eyeshadow yang agak lama tak guna kat rumah Seremban....nak kata lama tak guna rasanya baru setahun kot...ini kes tertinggal barang kat rumah Sentul termasuk la kain tudung yang nak macth dengan baju...tak pepasal juga aku kena beli tudung baru semata-mata nak pegi kenduri kahwin....hehehehehe.....bahaya jugak yer kalau guna eyeshadow yang dah lama tak guna....masalahnya kat situ tak ada plak tulis expiry datenyer....hmmmm...dah nak kenakan.....ini aku masak tengahhari tadi....ayam jer yang ada dalam fridge aku....


Bahan-bahan;

1/4 ekor ayam (suku ekor la yer)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam halus
1 biji bawang besar - potong dadu besar2 or ikut suka
1 biji lemon ambik jusnya - kalau tak ada ganti jer dengan asam keping
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar (Kisar kering)

6 biji cili besar hijau
15 biji cili api - kalau tak suka pedas tak perlu letak
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih

Cara menyediakannya;

Potong ayam ikut suka, bersihkan dan toskan. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap seketika. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing, angkat dan toskan.

Tinggalkan sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi. Goreng bawang besar yang dipotong dadu besar2 hingga layu. Masukkan bahan kisar dan biarkan ianya masak hingga naik minyak. Masukkan jus lemon or asam gelugor, garam secukup rasa kemudian gaulkan dengan ayam yang telah digoreng tadi.Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

PERHATIAN: Lepas makan nasi dengan ayam cabei ijo tadi terus mata ku jadi panas dan berair-air semula....penangan cili tu kot....so sebagai peringatan..kalau sakit mata jangan la makan yang pedas-pedas...memang cari pasal!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...