Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Wednesday, 15 April 2015

Apple Crumble Pie.....

Assalamualaikum....ada waktu terluang sikit boleh la aku menghapdet blog suam-suam kuku ini...Apple Pie Crumble ni dah lama aku buat ...belek-belek ada beberapa entry di folder draft tak berhapdet....sebelum ini pernah buat..masa tu acuan pai yang betulnya tak ada..jadi rupa parasnya kurang cantik....ini memang acuan untuk pai sebenar...tak la cantik sangat tapi nampak lagi kemas rupanya....yer ker? huhuhuuu...ok...jom tengok resepi la yer....
 
 
Bahan -bahan; (Pastry)
 
500grm tepung  gandum
250gram butter sejuk dari peti ais
2 sudu besar gula aising
1 sudu kecilesen vanilla
2 biji telur gred C
 
Cara membuat pastry;
 
Gaul tepung dengan butter sejuk (potong kecil2 butter tu dulu) , ramas2 hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan gula aising, gaul lagi...gunakan tangan jer yer...kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Gaul hingga doh tak melekat kat tangan..kalau terlembik tambah tepung lagi. Bungkus dengan cling plastik, masukkan dalam peti ais (bukan tempat beku yer) sekurang-kurangnya sejam. Kalau simpan semalaman dalam peti ais pun tak apa.
 
Canai doh  jangan terlalu nipis atau terlalu tebal...agak2 la yer...kemudian masukkan dalam acuan pai. Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu suhu 175'C. Bakar pai lebih kurang 10minit kemudian keluarkan. Seperti biasa letakkan bahan yang berat seperti kekacang ker..beras ker semasa nak bakar pai supaya pai tidak mengelembung ke atas.
 
Filling;
 5 biji epal (nak sedap epal hijau - kupas kulit potong dadu)
 2 sudu besar gula perang
 2 sudu kismis
 2 sudu besar butter
 2 sudu besar tepung jagung
 1/2 sudu kecik serbuk kulit kayu manis
 secubit garam
Cara memasaknya;
 
Panaskan butter, masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung. Gaul sebati semua dan akhir sekali taburkan tepung jagung. Masak hingga agak kering, lembab2 sikit gitu, keluarkan dan sejukkan.
 
Bahan C (Crumble)
  80gram tepung gandum
 40 gram butter sejuk
 40 gram gula castor
 
Satukan kesemua bahan, ramas seperti jadi serbuk  roti.
 
Masukkan inti epal dalam pai yang telah dibakar sebentar tadi. Kemudian taburkan crumble di atasnya. Bakar semula hingga crumble bertukar menjadi warna keemasan. Angkat dan hidangkan. 
 
Macam-macam bentuk pai aku buat..ada yg bulat..ada yg empat segi....almaklum teruja sewaktu membeli acuan pai ni....hihihi
Kebetulan ada kawan datang di rumah...dapatlah beliau menjamu pai epal ni...siap dapat sebijik bawak balik...hihihihi 

Syiokkkk makan ketika panas-panas...walllaaaaaaaaaaaa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...