Assalamualaikum semua....ini cerita cuti Hari Malaysia baru ni...cuti yang singkat...satu hari pun rasa macam beberapa jam sahaja. Sebenarnya dah banyak kali masak nasi arab kambing ni tapi tak tau kenapa tak masuk-masuk dalam blog ini. Semalam masa memasak awal-awal dah cakap dalam hati kena kongsi resepi dengan kawan-kawan semua...memasak nasi arab ni tak da la susah sangat....tapi kalau makan kat luar mahal ya rabbiii......sepinggan nasi arab kambing sama harga setengah kilo kambing mentah tu kan....kalau pergi ke tempat betul-betul restoran arab plak sepinggan nasi arab kambing ni sama harga sekilo kambing mentah..malah lebih lagi....tak tau tang mana mahalnya....kalau dari segi penyediaan tak la susah mana....tak cayer?? jom tengok resepi....
Bahan rebus kambing;
1 kilo kambing (lebih baik daging + tulang)
2 helai daun bay
1 inci halia - dihiris besar2
4 -5 biji buah pelaga
air secukupnya
Nasi
6 cawan beras basmati - rendam dulu paling kurang 20minit and toskan
7 1/2 cawan air rebusan kambing
2 biji tomato segar - cincang
1 biji bawang besar -potong dadu
1inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaiton
2 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis )
6-7 biji bunga cengkih )
3 kuntum bunga lawang )
4-5 biji buah pelaga )
2 helai daun bay
1 1/2 sudu besar rempah nasi mandy
1 pokok daun ketumbar
garam dan sedikit gula secukupnya
Cara memasaknya
Cuci kambing bersih-bersih dan toskan. Rebus dengan air yang secukupnya bersama hirisan halia, pelaga dan daun bay. Rebus sampai daging kambing lembut. Jangan letak garam dalam rebusan yer. Aku rebus dalam 3 jam, ntah berapa kali tambah air...ntah bila nak beli pressure cooker tak tau laa.....
Panaskan minyak sapi + minyak zaiton, masukkan bahan penumis kemudian bawang, halia, bawang putih dan daun bay hingga naik bau. Masukkan tomato cincang, masak hingga tomato hancur, kemudian masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Masukkan rempah nasi mandy. Biarkan seketika supaya rempah sekata dengan daging dan akhir sekali masukkan air rebusan kambing dan daun ketumbar, biarkan mendidih seketika dan tutup api.
Masukkan setengah beras basmati yang telah ditoskan dalam rice cooker. Masukkan isi kambing di atasnya.
Tutup balik dengan baki beras tadi, kemudian curahkan kesemua kuah tumis tadi ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak biarkan lebih kurang 20 minit,barulah di kacau untuk mengelakkan nasi patah.
wallaaaaaaaa...............dah siapppp!!
Untuk makan nasi arab ni kena ada sambalnya...sambal tomato seperti dibawah;
Bahan-bahannya;
6 biji tomato (saiz kecik sikit masa aku buat ni)
1 pokok daun ketumbar
2 ulas bawang putih
10 biji ciliapi - ikut suka
1 biji lemon - ambik jusnya
sedikit garam
Masukkan kesemuanya dalam food processor. Jangan campur air yer. Tekan mesin....zupppppppppp...dah siap....boleh hidangkan....senang sangatkannnn.....
Ini plak namanya salsa...yer kerr...sahaja aku tambahkan....lagi senang nak buat....
Bahan-bahan;
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji tomato
1/2 biji capsicum
1/2 biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
blackpepper ajishio secukupnya
2 sudu minyak zaiton
2 sudu jus lemon
Cara membuatnya;
Buang tempulur timun takut terlalu berair. Potong dadu, lobak merah, tomato potong dadu. Cincang capsicum, hiris kecil bawang besar dan daun ketumbar, gaul kesemuanya.
Kos keseluruhan hidangan ini tak sampai pun RM50 tapi boleh di makan untuk 6 - 8 orang....jimat tak??? Dari segi rasa, inshaAllah...memang sedap.....cuma tak berapa nak jadi mandy sangat sebab aku tak ada arang yang dibakar. Untuk dapatkan haruman yang sama macam nasi mandy di luar sana, bakar sedikit arang,biarkan berbara, kemudian bungkus dengan aluminium foil. Buat lubang ditengah nasi, masukkan arang yang dibungkus tadi dan tutup periuk semula. So nasi akan berbau lagi harum.
Untuk dapatkan rempah nasi mandy ini, boleh pergi di mana-mana kedai arab...memang ada...harga pun murah jer...yang aku beli ni 100grm baru RM3...dengan 100grm tu boleh masak 3 kali dengan kuantiti seperti di atas....mudahkannnnn?????