Kalau jumpa kuih keria ni kat kat luar memang jarang sangat aku beli..rasanya tak pernah beli kot....nak kata suka sangat tak la berapa suka...orang kata kalau ada pun OK tak ada pun, aiman tak kisah....baru ni pergi kenduri cukur jambul cucu kaklong aku, tengok ada satu besen besar keledek...comel-comel plak tu...yang specialnya keledek warna oren..atau keledek manis...rupanya kaklong dapat percuma semasa dia beli doorgift kenduri cukur jambul kat Air Itam, Johor...terus aku ambik plastik masukkan keledek manis bawak balik...dah sampai rumah aku pun blurr apa nak buat dengan keledek yang banyak ni..kalau rebus berapa banyak jer boleh makan kan....terus teringat kuih keria....rupanya kuih favourite en.hubby.........hmmmmmm...dah lama kahwin baru ku tahu en.hubby suka kuih keria rupanya.....hehehehhe...
Bahan-bahan;
2 kilo keledek oren or keledek manis
tepung gandum secukupnya
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula pasir
1cawan air
Cara membuatnya;
Kupas kulit keledek, bersihkan dan rebus sampai empuk dan toskan. Hancurkan isi keledek macam nak buat match potato, kemudian masukkan tepung. Uli hingga adunan dah tak melekat. Ambil sedikit adunan bulatkan dalam saiz bola ping pong, dan bentukkan seperti gelang.
Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang penuh, angkat dan toskan. Dalam kuali berlainan masakkan air + gula. Masak hingga kuah gula jadi pekat dan likat. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dalam air gula, kacau hingga kesemua kuih keria disaluti gula. Kacau tanpa henti hingga gula bertukar jadi putih, angkat. Hidangkan waktu panas-panas memang laju jer makan...:))
Inilah cucu kaklong ku yang ke 5 dan cicit ke tujuh untuk ayahku....:))