Salam semua.....semasa ku menaip blog ni baru sehari umur ku mencecah ke angka 41....TAPI aku sendiri tak rasa macam 41....rasa masih lagi awal 30 an....hahahaha...perasannya.....anyway pada awalnya my hubby memang nak buat surprise for my birthday....sebelum ni dia kata bila tiba masa you just pack your things, masuk dalam kereta and lihat jer mana dia nak bawak....tapi disebabkan ini besday aku sudah tentu aku ingin pastikan yang tempat dituju mestilah selesa bagi kami berdua.....akhirnya...,my hubby dengan terpaksa memberitahu di mana tempat untuk ku celebrate my birthday....KSL Resort Hotel......new hotel ....the largest 5 star hotel in JB.....
Jangan la ingat plak my hubby beli hotel ni untuk aku yer.....Dato K pun belum lagi belikan hotel 5 bintang untuk Siti Nurhaliza....hahahahaha.....memandangkan tahun ni hari lahirku jatuh pada hari Sabtu jadi tak perlu la ambil cuti...kami ambil kesempatan untuk bermalam di hotel ni...untuk pengetahuan hotel ni masih teramat baru di buka...kalau tengok gambar di atas ni ada tiga block tapi sebenarnya baru satu block yang sudah siap manakala yang dua lagi masih dalam proses seperti ni...gambar ni kami ambil dari dalam bilik hotel...
Satu block masih lagi dalam proses pembinaan manakala yang satu lagi ni masih dalam proses furnishing.....kolam mandi pun masih tak ready....banyak lagi yang perlu dilengkapkan.....tapi aku pasti apabila kesemuanya telah siap sudah pasti harga untuk menginap di sini akan melambung minimun 300% dari apa yang kami dapati hari ini.....di bawah hotel ini adalah shopping mall yang amat besar skali....boleh dikatakan macam Mid Valley cuma ianya bertingkat-tingkat atau konsep paling sesuai Berjaya Times Square......tapi aku rasa KSL ni lagi besar dari Times Square tu....boleh dikatakan macam Emirates Mall in Dubai...ada big shopping mall dan juga 5 star hotel attached together.....dalam shopping mall ni pun ada Tesco selain dari pelbagai kedai yang menjual semua barang-barang branded seperti Gucci, Prada dan lelain....tapi boleh dikatakan kesemua pengunjung di sini adalah kaum Cina dan aku pasti mostly all of them from Singapore.....
Walaupun baru satu block yang dibuka tapi masa kami sampai untuk cek in terlalu ramai yang turut serta untuk menginap di hotel ini....dan first time juga aku alami waktu umur baru masuk 41 tahun ni nak check in hotel kena ambik nombor... macam pegi bank..pergi klinik...pergi pejabat pos...hahahaha....
see...kami kena tunggu selepas 46 orang cek in baru sampai giliran kami...tapi yang bagusnya hotel ini mempunyai pekerja yang amat friendly.....sewaktu menunggu kami ditawarkan untuk berehat di coffee house yang berdekatan tapi kami terpaksa menolak kerana baru sahaja lunch di JPO sebelum sampai di sini....
Muka letih....dan aku plak perlu fokus dengan screen dibelakang tu untuk pastikan nombor kami tak terlepas.....walaubagaimanapun masa menunggu tidak la terlalu lama seperti yang dijangkakan kerana banyak kaunter yang dibuka....dalam masa 10 minit giliran kami pula untuk check in sambil diringi oleh pekerja hotel...
selalu jer dapat 2 katil ni...one queen and 1 single,.....tapi aku suka....
semua baru.....
Bilik air yang selesa.....bilik mandi diletakan berasingan.....
Kami ambik pakej buffet dinner sekali...harga buffet jika ditempah bersama bilik RM40++ per person...dan kami tak sangka dengan harga demikian hidangan yang disediakan seperti harga RM80++ per person....pelbagai menu main dish ada di sini...dari local till western..ada nasi arab...rendang ayam....kambing, ikan, udang bakar...pizza..pasta....pelbagai kek....memang marvellous......mungkin rezeki orang yang menyambut besday malam ni kot......;p
tahun ni tak ada kek....so my hubby kata potong kek yang ni jer la sebagai syarat....hahahahaha....
Lepas dinner ingat nak pergi windows shopping kat dalam hotel ni tapi perut dah penuh...nak jalan pun dah tak larat....terus balik hotel.....tengok tv sekejap dan apalagi.....zzzzZZZZ.....
Kami juga bersarapan di hotel kerana memang dah termasuk dengan pakej bilik ni...malangnya kami terpaksa menunggu lift yang terlalu lama...3 kali lift sampai tapi semuanya penuh...jadi aku terpaksa ambil lift naik atas dan turun semula...kalau tak buat macam tu tak bersarapan la kami.....ini kerana semua yang menginap di hotel ni akan breakfast di cafe yang sama.....bila dah sampai di Infusion Cafe plak terpaksa beratur....agak panjang jugak.....pekerja hotel akan cek semula berapa orang yang sebenar layak untuk breakfast.....bila dah masuk nak cari meja plak..kesemua meja yang berhampiran meja buffet telah penuh...so tak terpaksa la kami duduk di tempat yang paling jauh sekali....breakfast yang disediakan memang amat banyak....tapi memandangkan terpaksa que agak lama so kami hanya mampu ambil ni sahaja....
Sikit jer kan kami makan???? hahahahaha.....ada banyak lagi yang kami tak ambil sebab malas nak beratur.........alhamdullillah....kenyang perut..boleh bertahan sampai petang ni kot....yer ker???
Aku boleh katakan hotel ini amat menyeronokkan...one stop centre....semua ada.....macam-macam ada....tapi aku pasti bila kesemua kemudahan ni telah sedia aku rasa aku dah tak mampu nak tinggal di sini lagi.....kerana waktu itu aku pasti semua harga akan mengikut harga standard 5 star hotel...boleh dikatakan 90% penginap di hotel ini adalah kaum Cina dan aku amat yakin mungkin lebih separuh darinya from Singapore.
Pukul 12 nak check out....kena keluar awal dari JB ni...nak kena singgah Tangkak plak...nak balik rumah my father di Gemencheh..nak balik Seremban...pastu nak balik KL semula.....see....banyaknya tempat nak kena singgah dulukan.....anyway terima kasih yang tak terhingga kepada my hubby yang sepatutnya membuat surprise tapi dah tak ada surprisenya.....terima kasih kerana sentiasa melayan kerenahku yang pelbagai ni.....hehehehehhe.......bye...bye......