Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday, 23 July 2013

ROTI BERINTI AYAM CHEESE...

Assalamualaikum....roti berinti ayam ni aku buat Sabtu lepas tapi baru hari ini ada masa nak masukkan dalam blog...nak sediakannya tak la sesusah mana...rasanya plak....hmmmm...memang marvellous....as usual kalau letak daging lagi la sedap....oleh kerana en.hubby tengah berpantang so segala yang berkaitan dengan daging ditukar dengan ayam....ala-ala lasagna gitu cuma kulit digantikan dengan roti....aku terlewat ambik gambar...kalau waktu panas akan nampak cheese ni meleleh-leleh....ni dah sejuk sikit....tu pun dah nak abis baru teringat nak ambik gambar yang dah potong....huhuhuhu....


Bahan-bahan;

Inti

400gram ayam kisar
1 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
I batang kecil lobak merah - potong dadu
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil Italian herb
1/2 sudu kecil oregano flake
1/2 sudu kecil parsli flake
sedikit minyak zaiton untuk menumis
garam secukup rasa

Roti dan Cheese
6 keping roti sandwich (aku suka gardenia)
5 biji telur
lada sulah
1/2 sudu oregano flake
1/2 sudu parsli flake
garam secukup rasa
Kepingan cheese secukupnya


Cara menyediakan Inti Ayam
 
Panaskan minyak, tumis bawang besar + bawang putih hingga naik bau. Masukkan tomato, kacau dan masak hingga tomato hancur dan baru masukkan ayam kisar dan lobak merah. Kacau selalu supaya ayam tak berketul, masukkan garam, Italian herbs, oregano dan parsley. Masak hingga inti kering, angkat dan ketepikan.


Pecahkan telur dalam mangkok. Masukkan sedikit garam, lada sulah, parsli dan oregano flake. Kacau macam nak buat telur dadar gitu. Rendam roti dalam adunan telur ni. Pastikan semua roti telah terendam dengan telur.


Susun roti dalam mangkok.

 
 Ratakan inti ayam di atas roti

 
 Susun kepingan cheese kat atas inti ayam tadi...aku suka cheese banyak...sebab tu aku letak cheese tu berlapis-lapis...hehehhee
 Ulang langkah yang sama hingga penuh satu mangkok tu....kalau ada lebihan adunan telur curahkan jer dalam mangkok tu...akhir skali sebab aku suka sangat cheese aku tabur lagi mozzarella kat atas sekali...hahahhaa...

Masukkan dalam oven dengan suhu 180'C lebih kurang 40 minit....see.....terangkat dah....
 
Sedap sangat makan ketika panas-panas.....wallaaaaaaaaaaaaa....:))

Tuesday, 16 July 2013

NASI AYAM GORENG BEREMPAH..

Hari ini genap seminggu umat Islam berpuasa...dan hari ini juga buat pertama kali aku memasak selepas waktu kerja untuk buka puasa...semalam balik Seremban..buka rumah mertua....minggu lepas cuti hampir seminggu...sampai rumah pukul 5 petang....bulan puasa ni kami balik awal...4.30pm dah abis tapi masuk kerja awal la...8.30pagi...dah sampai rumah bukan terus ke dapur...boleh terbaring sekejap...lepak-lepak atas katil...lepak punya pasal jam hampir pukul 6 petang...terus kelam kabut pergi dapur...nasib baik ayam dah keluar awal tadi....memang dah plan pun hari ni nak buat nasi ayam....walaupun ramai yang dah mula nak boikot beli ayamkan....hehehehe....resepi ni aku buat untuk 2 - 3 orang makan yer...
 

Bahan-bahan dan cara menyediakannya;
 
A. Stok Ayam
 
1/2 ekor ayam
7 cawan air
1 kiub pati ayam
 
Potong ayam ikut suka, cuci dan toskan. Rebus ayam dengan kuib pati ayam bersama 7 cawan air hingga mendidih dan ayam sederhana masak. Tutup api dan ketepikan. Keluarkan ayam dan toskan.
 
B. AYAM GORENG BEREMPAH
 
Ayam yang telah direbus
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*  
2 batang serai*
  1/2 sudu teh jintan manis  
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji ketumbar
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu madu
Minyak untuk menggoreng secukupnya
 
Kisar tanpa air bahan bertanda *. Goreng tanpa minyak jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga garing kemudian kisar kering hingga halus. Tinggalkan 1/2 sudu untuk sup nanti. Gaul kesemua bahan dengan ayam. Perap lebih kurang 30 minit. Kalau perap lagi lama lagi sedap. Goreng dalam minyak yang penuh, api sederhana hingga ayam garing.
 
C. Nasi
 
3 cawan beras - bersih dan toskan
3 1/2 cawan air stok ayam
2 sudu butter
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang *
5-6 biji bunga cengkih*
1/2 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam dan kunyit serbuk
 
Panaskan periuk. Cairkan butter, masukkan bahan bertanda *. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang besar dan daun pandan. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan stok ayam. Masak hingga nasi kering.
 
D. Sos Cili
 
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia *
1 biji bawang besar*
1/2 sudu cuka
1/2 sudu gula
garam secukup rasa
1 cawan stok ayam
 
Kisar semua bahan bertanda *. Campurkan kesemua bahan, masak hingga sos jadi agak pekat.
 
E. SUP
 
3 cawan stok ayam
1 batang kecil kulit kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
4-5 biji bunga cengkih*
1/2 biji bawang besar  - potog dadu
2 ulas bawang putih - mayang halus
sedikit halia - mayang halus
1/2 sudu rempah kisar perap ayam 
1 sudu minyak zaiton - minyak biasa pun ok
garam secukup rasa
Daun sup/ daun bawang
 
Panaskan minyak, masukkan bahan *, kemudian bawang besar, halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan stok ayam dan rempah kisar ayam tadi. Rasa garam secukupnya. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
 
F. ULAMAN
 
Daun salad
Timun
Tomato
 
Kalau baca resepi Nampak macam susah tapi sebenarnya tak la sesusah manapun. Dalam sejam mesti siap dah semua tu. Ikut jer step by step ni...yang penting buat stok ayam dulu...pastu perap ayam...masa perap ayam tu boleh masak nasi plak..sambil tunggu nasi masak boleh buat sos cili dan sup...akhir sekali baru la goreng ayam tu kan..baru best makan ayam panas-panas.....sebenarnya aku yang susah nak susunkan step by step agar u all faham...hehehehe... aku tak buat kuah kicap sebab en.hubby tak makan...sebab tu aku buat ayam berempah...komen dari en.hubby....memang best!!! itu yang penting....hahahhaha....
 
Selamat Mencuba dan aku pasti ko orang akan cuba dan cuba lagi.....:))
 
 


Monday, 15 July 2013

KUIH KASUI OR KASWI??

Kuih kasui ni aku buat sama dengan talam berlauk...pada awalnya nak buat kuih tepung talam gula merah....tiba-tiba teringat bapak mertua pergi beli kuih ni sebelum puasa dengan saiz yang amat kecik tak berbaloi-baloi dengan harga 40sen sebiji kat Seremban....skali ngap jer masuk mulut dah abis...aku lupa plak nak ambik gambar tapi boleh bayangkan saiz kuih yang selalu dibeli kat KL sebiji tu bahagi dua....memang melampau sungguh rasanya....terus aku buat kuih kasui ni untuk buka puasa semalam.....


Bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
2 sudu makan gula pasir (aku tak letak takut manis sgt)
3 cawan air
2 helai daun pandan
1sudu kecil air kapur
kelapa parut secukupnya (ambik putih shj)

Cara membuatnya;

Masakkan daun pandan yang disimpul, gula merah + gula pasir dan air hingga hancur. Setelah masak, tapiskan dan biarkan ianya sejuk.
 
Panaskan periuk kukus. Dalam mangkuk berasingan campurkan tepung gandum sama dengan tepung ubi. Masukkan air gula merah tadi berserta air kapur. Gaul rata. Griskan sedikit minyak dalam mangkuk or loyang. Tapis adunan yang telah dibancuh terus dalam loyang. Kukus lebih kurang 20 - 25 minit. Sejukkan kuih dahulu sebelum dipotong.

 
Untuk kelapa parut aku suka goreng tanpa minyak sekejap. jangan la goreng sampai jadi kerisik yer....agak-agak kelapa dah panas terus angkat...so lemaknya masih terasa dan tak cepat basi....kalau dapat kelapa muda lagi sedap.....gaulkan dengan sedikit garam.....potong kuih ikut suka kemudian golekkan di atas kelapa parut...dah boleh hidang....:))
 
Dengan secawan tepung ni jer dah boleh dapat satu mangkok kuih....kadang-kadang tak faham kenapa la nak jual kuih ni mahal sangatkan......buat sendiri lagi puas hati coz nak sediakannya tak la sesusah manakannnnnnnn...........byeeeeeeeee....

TALAM BERLAUK

Assalamualaikum...Selamat Menyambut Bulan Ramadahn...dah masuk hari ke enam puasa baru nak buat ucapan...hehehehe...terlalu sibuk akhir-akhir ni...nak update blog pun tak ada mood...ada beberapa entry sepatutnya kena masuk tapi tak cukup masa nak buat...eeeee...busy kalahkan menterikannnn....bila tiba bulan Ramadhan ni bagi kaum isteri bila dah tengahhari mesti dah terpikir apa menu nak buka hari ni kan....sama la macam empunya blog ni....hari-hari dok fikir apa juadah yang nak dihidangkan untuk berbuka...bulan puasa ni macam-macam benda rasa nak makan...macam la sebelum ni tak makankannnn.....kalau hari bekerja juadahnyer simple-simple...kalau weekend tu boleh la jugak buat pelbagai menu...banyak masa....talam berlauk ni aku buat untuk berbuka petang semalam....bawak rumah mertua...so aku hanya masak kuih jer tapi kuih yang berlauk....
 


Bahan-bahan;

Bahan A

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
2 3/4 cawan santan
secubit garam or secukup rasa

Bahan B

200grm ayam kisar
5 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih   ) kisar tanpa air
sedikit halia                )
1 batang lobak merah - potong dadu
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk kurma
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah - dimayang halus
Cili sos secukupnya
Daun sup or daun ketumbar or daun bawang ikut suka
Bawang goreng (tak letak sebab tak ada)

Cara membuatnya;

Campurkan keseluruhan Bahan A dalam mangkok. Kacau rata supaya tepung tak bergentel. Tapiskan adunan dalam periuk dan masak sebentar sambil kacau tanpa henti, tak perlu lama, kalau dah berasap cepat-cepat tutup api dan masukkan dalam loyang or mangkok kaca. Sapu sedikit minyak  dalam loyang supaya tak melekat. Aku gunakan mangkok saiz 6" X 6". Kukus lebih kurang 20 minit. Bila dah masak, ketepikan dan biarkan talam betul-betul sejuk.
 
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar. Serbuk kari + kurma bancuh dgn sedikit air, untuk jadikan pes. Bila bahan kisar dah naik bau masukkan pes kari+kurma. Kacau hingga terbit minyak kemudian baru masukkan ayam kisar dan lobak. Kacau hingga inti menjadi ala-ala serunding. Akhir sekali masukkan sedikit daun sup atau ketumbar dan cili yang dimayang. Rasa garam secukupnya dan ketepikan.
 
Bila talam dah betul-betul sejuk potong kuih dalam mangkok yang sama. Sapukan cili sos di atasnya. Pastikan anda potong kuih dulu sebelum letak cili sos untuk mengelakkan kecacatan warna di bahagian bawah.....hahahaha....


Akhir sekali taburkan lauk diatasnya....letak banyak-banyak baru sedap....hiaskan dengan daun sup / ketumbar  serta bawang goreng.

Haaa....ni la dia.....apasal la aku letak mangkok kuih ni atas cake stand kaca???dah tak nampak dasar talam yang putih melepak tu kan....maafkan la aku yer...bulan puasa ni pening sikit....:((
 
Inti ayam ni lagi sedap kalau campur dengan cendawan....tapi sebab ada beberapa ahli keluarga yang tak digalakkan makan cendawan terus aku tak letak...kalau ayam ditukar dengan daging lagi marvelous....huhuhuhu.....

Monday, 1 July 2013

APAM POLKADOT OR APAM SARANG LEBAH??

Tanggal 28hb Jun 2013, hari Jumaat lebih kurang pukul 10.10malam kami mendapat berita mak saudara encik suami telah meninggal dunia kerana mengidap kanser payu dara. Memang amat mengejutkan kami sekeluarga kerana beliau baru sahaja dimasukkan ke hospital pada hari Rabu minggu yang sama. Aku dan encik hubby dah  rancang nak melawat beliau pada hari Sabtu dan tengah bincang apa kuih yang nak dibawak. Tapi sesungguhnya Allah terlebih dahulu menjemput beliau...tanpa disedari beliau telah mengidap kanser tahap 4...betul-betul mengejutkan seluruh ahli keluarga... untuk melaksanakan niat nak bawak kuih untuk aruah, aku telah menyediakan 150 biji kuih apam untuk kenduri tahlil pada malam pertama.....pada awalnya memang apam polkadot laaa...


Aku mula buat apam ni lebih kurang pukul 5.30 petang dan pukul 7 malam selesai semua termasuklah cuci segala bekas pinggan mangkok yang kotor...kemas dapur ...lepas maghrib dah nak ke Kampung Mantin kerana kenduri tahlil mula selepas isyak...lebih kurang 30 minit dari rumah kami di Seremban....nak buat dot-dot ni memang ambik banyak masa....kalau buat berdua mungkin sempat kot...sorang isi adunan dalam mangkok ..sorang lagi boleh dot-dotkan...sebabkan aku sorang-sorang jer  so yang paling mudah just lorek-lorekkan jer....cantik jugakkan....dah bertukar kepada apam sarang lebah kot....

Resepi apam ada DISINI... untuk 150 biji aku buat 4 adunan tapi aku bancuh dua kali...ikut saiz mangkok mixer....filling blueberry....syukur alhamdullillah....tertunai jugak niat untuk buat kuih kepada aruah....alfatihah buat aruah Mak Uda...

KURMA AYAM SIMPLE

Salam semua....first entry untuk bulan July 2013 walaupun kurma ni masak pada bulan Jun...hehehehe...aku masak kurma ayam ini pada khamis minggu lepas tapi tak ada masa nak masuk dalam blog...now nak berfacebook pun kurang masa....semua gara-gara tengah naik hantu dengan game"Candy Crush Saga"...memang betul-betul berhantu game tu....menyesal pula install and now dah terperangkap....seperti biasa aku memang suka masak yang simple-simple jer....tambahan plak kalau masak lepas waktu kerja....memang tak ada masa la nak masak yang remeh temeh ni...
 
 Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam
1 bungkus kecil rempah kurma (26grm)
1/2 inci halia - dimayang halus
4 ulas bawang putih - mayang halus
4 ulas bawang merah - mayang halus
1 batang kulit kayu manis    )
5 kuntum bunga cengkih     ) bahan penumis
2 kuntum bunga lawang      )
3 biji buah pelaga
1 biji lemon - ambik jusnya
1 biji ubi kentang - belah 4
4 biji cili hijau - belah 2 or ikut suka
1 biji bawang besar - belah 4
1biji kelapa - ambik santannya
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Potong ayam ikut suka, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan penumis kemudian bahan-bahan yang dimayang halus. Tumis hingga naik bau dan kekuningan, Bancuh rempah kurma dengan sedikit air, jadikan pes. Masukkan dalam bahan penumis tadi, kacau hingga rempah masak dan pecah minyak, baru la masukkan ayam. Kacau mesra, kemudian masukkan santan dan ubi kentang. Bila kentang dah empuk masukkan cili hijau dan bawang besar. Akhir sekali masukkan jus lemon dan rasa garam secukupnya.
 
Kalau makan lauk kurma dengan nasi putih paling sedang dijodohkan dengan sambal belacan.....memang cun habis.....:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...