Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday, 27 March 2012

PUDING TRIFLE....

Seperti dijanjikan, dengan masa yang agak ketat ni sempat jugak ku menulis resepi puding trifle ....this is my hubby favourite....buatnya pun amat mudah....:))



Bahan-bahan;

1 bungkus swiss roll pandan cake (prefer king confectionery)
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
3 cawan air
1 (90grm) kotak jelly perisa oren (prefer nona brand)
400ml air
1 tin fruit cocktail
3 sudu besar gula

Cara menyediakannya;

Potong swiss roll cake dalam 1/2 inci kemudian susunkan dalam mangkok. Asingkan buah dan kuah dengan menggunakan penapis. Basahkan sedikit swiss roll kek dengan air cocktail tadi. Just untuk melembabkan kek. 

Masukkan tepung kastard dalam periuk. Campurkan dengan air,susu, gula dan juga lebihan air cocktail tadi. Kacau dengan menggunakan whisk. Pastikan api tidak terlalu besar. Kacau tanpa henti hingga custard agak pekat dan berkilat dan tutup api. Curahkan kastard di atas swiss roll dan ratakan. Ketepikan.

Panaskan 400ml air dalam periuk. Masukkan serbuk jelly. Ikut pada arahan kotak jelly. Jangan sesekali mengingkarinya kerana akan membuatkan jelly terlalu cair or keras.Setelah mendidih biarkan sejuk sebentar kemudian curahkan perlahan-lahan di atas kastard tadi. Curah gunakan senduk untuk memastikan kastard tidak pecah. Akhir sekali taburkan fruit cocktail di atasnya dan sejukkan dalam fridge.

Puding trifle ni sedap kalau dimakan ketika sejuk. Jika suka boleh sapukan whipping cream di atasnya.

FYI, gambar di atas gambar lama kerana puding trifle yang baru buat hari tu tak sempat nak ambik gambar. Kalau ikutkan dari resepi di atas boleh dapat 2 mangkok. Walaubagaimanapun bergantung kepada saiz mangkok puding anda. Jelly nona ini juga ada pelbagai perisa.

Selamat Mencuba!!

Monday, 26 March 2012

SALAD SIMPLE....

Bila tengok tajuk aku baru perasan banyak menuku yang berakhir dengan simple....hehehehe...nak buat macam mana dah memang simple-simple semuanya....tengahhari tadi ajak keluarga mertua datang lunch kat rumah..,..memandangkan my parents in law ada hal untuk menguruskan hal perkahwinan sepupu di KL selepas zohor jadi aku rasa lebih baik lunch dirumah ku sahaja...untuk menu yang cepat siap aku telah masak nasi arab dan dah semestinya dengan sup tomatonya. Sayur yang sesuai dengan nasi arab ni mesti la salad...


I kotak salad (ada jual di mana-mana supermarket - lupa namanya :( ...)
10 biji cheri tomato - belah dua
1 biji bawang besar holland - potong dadu
2 batang kecil timun jepun - potong memanjang
1/4 capsicum traffic light - potong dadu
1 biji lemon - ambil jusnya
2 sudu olive oil or secukupnya
serbuk blackpepper
garam secukup rasa

Rendam salad dalam air garam, bersihkan dan toskan.  Masukkan dalam mangkok dan campurkan dengan timun, bawang besar, capsicum, jus lemon, blackpepper dan olive oil.Gaulkan kesemuanya sehingga mesra dan rasa garam secukupnya.  masukkan dalam fridge. Bila nak makan baru keluarkan semula.

Salad ni la memang paling simple nak buatnya. Tak sampai 10 minit dah siap. Rasapun sedap. Tapi make sure mesti guna olive oil baru la rasa keenakkannya...ni yang telah dihidangkan lunch tadi...


Dengan adanya salad ni baru la nampak meja ku berseri sikit....ooo yer...tadi sempat jugak ku membuat dessert...puding triffle....next time aku akan update  macam mana nak buat trifle ni.....;))

MAKARONI CHEESE BAKAR.....

Tak tahu macam mana nak tulis resepi makaroni ni..sebab masa buat tadi aku campak-campak jer apa-apa bahan  yang sesuai dalam fridge. Puas aku mengingatkan semula anggaran bahan-bahan yang telah kugunakan tadi.,..Ingatkan nak buat sedikit sahaja....untuk 2 orang makan tapi bila dah dicampur-campur ini la hasilnya....


Bahan-bahan;

200grm makaroni
200 gram daging kisar Ramly
5 biji fresh button mushroom                                                   ]
1 biji tomato                                                                                ] potong dadu kecil2
1/2 batang carrot                                                                        ]
1 biji bawang besar                                                                    ]
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 biji traffic light capsicum (hijau, merah, kuning)             ] potong dadu kecil2
Sedikit daun ketumbar                                                               ] dihiris
Serbuk oregano
2 tsb minyak zaiton
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu  sos tamato
1 sudu rempah kari daging
cheddar cheese secukupnya
garam secukup rasa

Sos Putih;

1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu cair + 1 cawan air
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu kecil butter

Cara memasak;

Panaskan air dalam periuk yang telah dicampur dengan minyak or butter untuk merebus makaroni. Rebus sehingga makaroni lembut. Kemudian toskan, gaulkan dengan sedikit minyak zaiton dan sejukkan.

Bawang putih dan halia dicincang halus-halus. Panaskan minyak zaiton dalam kuali., Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, tomato, cendawan, carrot dan traffic light capsicum hingga layu dan mesra. Kemudian masukkan daging kisar tadi,. Pastikan daging kisar telah dicarik-carikkan untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Masukkan sos tomato, rempah kari, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga menjadi seakan-akan serunding. Akhir sekali masukkan sedikit oregano dan daun ketumbar yang telah dihiris. Padam api dan sejukkan.

Untuk sos putih, panaskan butter. Masukkan tepung dan kemudian susu cair berserta air serta sedikit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga agak pekat. Seperti sos putih lasagna. Bila dah agak pekat sedikit masukkan telur 2 biji dan kacau cepat sehingga mesra dan tutup api.

Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu dengan 200'C. Sapukan sedikit minyak zaiton dalam mangkok tahan panas atau loyang. Gaulkan makaroni dengan daging kisar yang telah dimasak tadi kemudian masukkan dalam mangkok tahan panas. Ratakan dan tekan sedikit. Selepas itu curahkan sos putih tadi di atasnya dan bakar selama 20 minit. Parut cheddar cheese tadi or lagi senang gunakan cheddar cheese yang telah siap diparut.  Selepas 20 minit keluarkan makaroni dalam oven tadi dan taburkan cheese di atasnya bersama dengan oregano kering. Kemudian bakar semula lebih kurang 10 minit atau sehingga chese telah cair dan berwarna keemasan sedikit. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk sedikit.  Makaroni ni sedap dimakan bersama dengan cili sos.




Dari bahan-bahan dan cara memasaknya nampak agak rumit tapi sebenarnya senang sahaja. Resepi di atas boleh makan untuk 5 ke 6 orang.......tadi aku hantar di rumah kakak ku di Lavender Height....tak sampai 15 minit aku terima panggilan dari anak buahku katanya makaroni ku dah habis.....hahahaha.......Selamat Mencuba.......byeee....:))

Tuesday, 20 March 2012

GULAI IKAN SENANGIN TEMPOYAK...

Aku masak Gulai Ikan Senangin Tempoyak ni untuk dinner malam tadi. Tak sempat nak update blog kerana terlalu penat selepas seharian dan berpanas di Kajang. Kalau ikutkan hati tak larat nak memasak tapi disebabkan sebelum pergi ke Kajang dah keluarkan ikan dan ayam terlebih dahulu terpaksa la masak. Nak simpan semula dalam fridge takut dah tak sedap plak...nampak masakan ni susah tapi as usual aku memang tak suka masak yang remeh-remeh ni....dinner semalam selain gulai ikan ni aku masak ayam goreng halia dan beansprout goreng. Next time aku akan postkan resepi ayam masak halia tu...terlupa nak ambik gambar sebenarnya...



Bahan-bahan;

2 potong ikan senangin
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
20 biji ciliapi
1 biji tomato
2 keping asam gelugor
3 sudu tempoyak
3 cawan santan
garam secukup rasa
asam jawa

Cara memasak;
Bersihkan ikan. Rendamkan dalam air asam jawa beberapa minit kemudian cuci semula dan toskan. Kisarkan kunyit hidup bersama cili api hingga lumat. Masukkan ikan dalam periuk kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi berserta bawang merah yang telah dihiris, tempoyak dan juga asam gelugor. Masak sekejap untuk mengecutkan ikan kemudian masukkan santan. Pastikan jangan pecah minyak. Jangan lupa letak garam. Setelah santan benar-benar masak masukkan tomato yang telah dibelah empat. Tutup api dan hidangkan.

Selamat Mencuba

Sunday, 18 March 2012

KEK PRUNE KUKUS....

Dah beli prune 2 hari tapi macam tak berusik plak....terus terpikir apa boleh buat dengan prune ni supaya habis cepat dan sebelum suamiku kata suka beli jer tapi tak makan....hahahaha.....beli buku resepi sikit punya banyak tapi semua tertinggal kat KL...kalau tak macam-macam benda boleh buat...tapi apa nak risau internet kan ada....just type kek prune kat google macam-macam yang keluar....cuma aku notis hampir 6 blogger yang buat kek prune kukus ni menggunakan resepi yang sama....berdasarkan komen-komen yang ada semua kata sedap....dan now aku punya turn pulak nak cuba resepi dari blogger-blogger ni.....kiranya aku blogger yang ketujuh ( ikut apa yang ku tahu) cuba  resepi ni....;p


Bahan-bahan;

250grm butter
1 cawan gula halus (aku hanya guna 3/4 cwn shj)
1/4 cawan susu pekat manis
30 biji buah prune (20 biji dikisar bersama air dan 10 biji lagi potong 3)
100 ml air
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 sudu kecil bicarbonat

Cara membuatnya;

Panaskan periuk kukus.  Kacau sebati butter dan gula halus. Kemudian masukkan esen vanila dan telur satu per satu serta susu pekat manis. Masukkan buah prune yang telah dikisar tadi. Kacau sebati. Ayak tepung bersama dengan bicarbonat. Masukkan tepung sedikit demi  sedikit sambil kacau dengan adunan sehingga habis. Masukkan prune yang dipotong tiga tadi. kaup balikkan dengan spatula sehingga semuanya telah mesra.  Griskan acuan dengan butter dan alaskan dengan kertas baking. Setelah masukkan semua adunan dalam tin pembakar tutup di atasnya dengan aluminium foil. Ini untuk mengelakkan air dari tutup pengukus minitis masuk dalam kek. Kukus selama 1 1/2 jam.


Ternyata Kek Prune Kukus ni memang sedap dan amat menyelerakan. Buatnya pun mudah dan tidak rumit. Bahan yang digunakan sama seperti kek biasa cuma ditambahkan dengan prune sahaja. Yang paling aku suka buat kek kukus ni tak perlu nak tengok selalu sebab gerenti takkan hangus....walau apapun kena tengok jugak la air dalam periuk kukus tu...kena pastikan air sentiasa ada..nak kukus 1 1/2 jam so kalau periuk kukus kecil kena tambah air...jangan lupa.....

Selamat Mencuba, dan yang pasti takkan menyesal!! :D

KARI IKAN SIMPLE....

Selalunya aku jumpa kari ikan mesti ada halba ataupun biji sawi...ntah mengapa aku kurang minat bila adanya benda-benda ni...mungkin disebabkan baunya yang agak  pekat dan juga rasa kari yang mengcengkam jiwa sehingga dah basuh tangan beberapa kali pun susah bau kari tu nak tanggal....tak tahu la....apa-apapun ikut selera masing-masingkan...so hari ni aku nak share kari ikan simpe yang aku rasa amat sesuai bagi mereka-mereka yang baru nak mendekatkan diri di dapur....padaku biar la simple asalkan selera nak makan.....yang masak aku dan yang nak makanpun aku jugak,....yang lebih penting suami suka dan tak komplain.....;p


Bahan-bahan;

300 gram ikan jenahak yang telah dipotong
10 biji cili padi - dikisar halus
1 bungkus rempah kari ikan Adabi (turun temurun guna rempah brand ni)
8 ulas bawang merah            ]
3 ulas bawang putih             ] dimayang halus
suku inci halia                       ]
2 pelepah daun kari - ambik daunnya shj
3 cawan santan
1 keping asam gelugor
1 biji tomato - belah 4
3 biji cili besar hijau - belah 2
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit asam jawa

Cara memasaknya;

Bersihkan ikan terlebih dahulu kemudian rendamkan dalam air asam jawa sebentar untuk hilangkan hanyir ikan. Kemudian bersihkan semula dan toskan. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. . Bancuh rempah kari ikan dengan cili yang telah dikisar tadi. Tumis bawang putih, halia, bawang merah serta daun kari sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air tadi. Kacau selalu supaya tidak melekat dan masak hingga pecah minyak. Setelah rempah masak masukkan santan. Setelah mendidih sedikit masukkan ikan dan asam gelugor. Bila ikan dah hampir masak masukkan cili hijau yang telah dibelah dua bersama dengan tomato. Rasa garam secukupnya. Padam api dan boleh hidangkan.

Kari ikan ni boleh dicampurkan dengan bendir ataupun terung atau pun ikut suka masing-masing. Mungkin ramai yang bertanya kenapa kari ni mesti ada cili padi...jawapannya simple...aku anak jati Negeri Sembilan so cili padi tak boleh dipisahkan.....hahahahha.....

APAM BLUEBERRY ZIGZAG.....

Apam Blueberry Zigzag...dari nama kuih ni pun aku sendiri tergelak...tiba-tiba plak datang idea nak bagi nama apam macam ni...bukannya apa...senang nak ingat untuk akan datang.....aku membuat apam ni ketika anak buah ku yang berumur 10 tahun datang ke rumah mengikut atoknya yang merangkap ayahku...memandangkan ayahku tak dapat meluangkan masa yang lama jadi aku sempat buat kuih apam ni yang simple sambil dibantu dengan assistant yang terlalu banyak bertanya...hahahha.....dalam masa 30 minit dah boleh makan...actually bahan-bahannya sama seperti apam polkadot sebelum ini cuma cara membuatnya aku telah ubah serba sedikit dari resepi apam polkadot sebelum ni...


Bahan-bahan

280 grm tepun gandum                    ]
3 sudu kecil baking powder            ] diayak bersama
3 biji telur saiz besar dari peti sejuk
200 gram gula halus
200ml susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovellete
Blueberry jam untuk filling

Cara membuatnya;

Panaskan air dalam periuk kukusan. Asingkan putih telur dan kuningnya. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima. Setelah putih telur menjadi soft peak masukkan pula kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang. kemudian masukkan susu dan ovellete. Perlahan-lahan masukkan tepung bersama dengan baking powder yang telah diayak tadi.Kaup balikkan dengan spatula hingga mesra kesemuanya.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan 2 warna yang disukai. Masukkan beberapa sudu kedalam piping bag mengikut warna untuk membuat hiasan zigzag nanti. Masukkan satu sudu adunan dalam kertas cupcake kemudian  satu sudu kecil blueberyy jam. Tutup semula dengan satu sudu besar adunan. Selepas itu gunakan adunan dalam piping bag untuk membuat hiasan. Kukus selama 7-8 minit. Angkat dan hidangkan.

Dengan memukul putih telur dan kemudian kuning telur terlebih dahulu membuatkan apam ini lebih lembut seolah-olah seperti makan kek cawan kukus. Selamat mencuba...:p

AYAM KUKUS...

Untuk masak yang simple dan cepat rasanya inilah masakan yang paling sesuai..sesekali masak tanpa santan ni bagus jugak...tak bertambah kolestrol dalam badanku hari ini...hehehehe.....ayam kukus lebih cantik kalau dapat yang seekor terus..tanpa dipotong.....tapi disebabkan dah biasa pergi pasar suruh peniaga tu potong..siap pesan lagi potong kecik2...masak jer la....senang gak..nak makan tak payah dah nak potong-potong....terus angkat masuk dalam pinggan and ngap...


Bahan-bahan;

1/4 ekor ayam (suku ekor ayam)
6 biji baby potato
6 batang baby carrot
1 biji tomato saiz sederhana
2 kuntum cendawan shitake - dihiris
1 biji bawang besar
1 inci halia 
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada hitam               }
1/2 sudu kecil jintan manis            }ditumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan putih             }
1/2 sudu kecil biji ketumbar           }
1/2 biji jus lemon
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu besar madu
1 biji cili merah - hiris
1 batang daun ketumbar - dihiris
garam secukup rasa

Cara memasak.

Bersihkan ayam. Gaulkan ayam dengan bahan yang telah ditumbuk halus, madu dan sedikit garam. Perap lebih kurang 15 minit. Sementara itu potong  bawang besar dan tomato dalam 6 bahagian. Halia dan bawang putih dimayang halus. Buangkan kulit baby potato. Cendawan shitake dihiris nipis.Masukkan ayam dalam mangkok tahan panas. Gaulkan dengan bawang besar, tomato, halia, cendawan, bawang putih, kentang dan baby carrot.Masukkan jus lemon, olive oil dan garam secukup rasa. Akhir sekali taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan cili merah. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga kentang dan ayam masak sempurna.

Ayam kukus ni sedap dimakan waktu panas-panas. Jangan sesekali menambah air kerana air akan keluar dengan sendirinya dari jus ayam. Resepi di atas sesuai untuk 3 orang makan dan amat sesuai bagi yang tengah berdiet...:))

Saturday, 17 March 2012

TERUNG GORENG CILI IKAN BILIS

Orang kata terung ni banyak khasiatnya seperti dapat mengelakkan sakit pinggang, mencegah kanser, menyedut kolestrol dan macam-macam lagi ...aku nak mengulas pun takut salah fakta plak...jadi lebih baik tanya sendiri dengan pakcik google untuk mengetahui lebih lanjut. Kebetulan aku dan suami memang suka makan terung ni tapi mesti masak goreng cili ni kemudian dicampurkan dengan ikan bilis goreng garing-garing...;p




Bahan-bahan;

1 biji terung ungu
1 mangkok ikan bilis (lebih kurang 2 gengam)
2 biji cili merah                                      ]
5 biji cili api                                           ]
1 ulas bawang putih                            ] dikisar
3 ulas bawang merah                           ]
sedikit belacan - kalau suka                ]
minyak untuk menggoreng / tumis
garam secukup rasa

Cara memasak;

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.  Bersihkan terung kemudian potong bulat2. Setelah kuali panas goreng terung sehingga empuk dan kemudian keluarkan. Goreng ikan bilis yang telah dibersihkan hingga garing dan kemudian keluarkan. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar telah masak. Kemudian masukkan terung dan kemudian ikan bilis. Gaul mesra dan angkat..

Tuesday, 13 March 2012

RENDANG AYAM KAMPUNG PUCUK UBI....

Pucuk ubi ada lagi seikat yang belum dimasak lepas masak gulai daging salai pucuk ubi simpul hari tu...beli sejak Jumaat lepas kat Jaya Jusco, Wangsa Maju....bagus Jaya Jusco ni..ada jual sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, pisang muda, terung telunjuk, pegaga dan macam-macam lagi....kadang-kadang ciliapi kampung pun ada....biasanya kalau nak makan sayur kampung ni aku suka pergi  pasar Chow Kit pada waktu malam..banyak lori sayur kampung baru sampai...memang segar bugar sayur kampung kat sana tapi masalah besarnya tak ada parking...nasib baik supermarket ada jual..tak kisah la bayar lebih sedikit asalkan kereta selamat dari calar balar kat jalan Chow Kit yang sempit tu kan...Ayam Kampung ni plak aku beli kat Pasar Tani Paroi, Seremban Ahad lepas. Satu ekor RM15...mahal ke murah aku tak tahu tapi yang penting dah siap bersih dan disalai. Bukan senang nak dapat ayam kampung yang betul-betul original ni. Kadang-kadang peniaga ni kata ayam kampung tapi bila tengok balik ayam kampung yang dijual tu besar-besar. Biasanya berat ayam kampung susah nak sampai 2 kg...ok...ni resepi yang aku buat sendiri untuk rendang ayam kampung ni....let see....:))


Bahan-bahan;

1 ekor ayam kampung - potong 12
1 ikat pucuk ubi - ambil daun yg muda dan pucuknya sahaja
30 biji cili api kampung - boleh kurangkan kalau tak suka pedas
1 1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia                              }
1 inci lengkuas                      }dimayang halus2
10 ulas bawang merah         }
4 ulas bawang putih             }
6 batang serai - 4 batang dihiris, 2 batang dititik
I helai daun kunyit - dihiris
1 biji kelapa
1 keping kecil asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara memasak;

Bersihkan ayam. Kisar ciliapi,kunyit hidup dan 4 batang serai yang telah dihiris bersama hingga lumat. Masukkan ayam bersama cili kisar dan bahan-bahan yang dimayang halus tadi berserta 2 batang serai yang telah dititik dalam kuali.  Masak sehingga ayam empuk sedikit. Tambahkan sedikit air untuk melembutkan ayam. Kemudian masukkan santan yang diperah dari sebiji kelapa tadi. Setelah mendidih masukkan pucuk ubi yang telah dibersihkan dan asam keping. Kacau supaya tidak melekat. Masukkan garam. Bila dah nak hampir kering masukkan hirisan daun kunyit tadi. Kemudian tutup api dan angkat.

Bagi yang badan banyak angin elakkan dari makan pucuk ubi ni yer....takut nanti bersesak sesak angin nak keluar dari badan...kalau angin tak boleh keluar lagi terseksa jadinya....hahahaha...

Rendang ni sedap dimakan bersama dengan nasi impit or nasi panas. Bagi sesaper yang suka dengan kerisik boleh masukkan dalam rendang ini juga tapi aku lagi suka rendang tanpa kerisik..maybe sebab tak cepat rasa muak kot....anyway lain orang lain citarasanya.....hehehehe.....selamat mencuba....kalau sedap boleh masak lagi....kalau tak sedap buat sekali jer la yer....tapi yang pasti my family memang suka dengan rendangku ini.....:p

Monday, 12 March 2012

MAKARONI SUP....

Tiba-tiba aku teringin nak makan makaroni sup for dinner tonite...dah lama sungguh tak makan makaroni sup ni......lepas shopping di Gulatis tadi terus singgah di Sogo sekejap..beli makaroni dan juga lasagna yang sudah kehabisan stok di rumah....nak cerita sedikit pasal Gulatis ni...tadi ada sales...selalunya kain baju kurung washable shiffon silk tu sepasang RM138 tapi hari ni tinggal RM88 jer termasuk lining..untuk kain baju kurung shiffon silk (dry clean) plak selalunya RM275 hari ni jadi RM220 sahaja..siap free lining lagi...biasanya jenis silk ni lining kena beli asing..disebabkan terlalu syok memilih kain tak sedar aku dah suruh dia orang potong sampai 4 pasang.....anyway berbaloi....sebab memang murah....cuti sekolah bulan Jun ni banyak kenduri kahwin...so tak payah pening cari kain baju kurung dah....oopppss....tak pepasal jadi promoter percuma Gulatis la plak....ok...ni dia makaroni sup yang baru aku masak tadi...


Bahan-bahan;

150grm makaroni
3 keping chicken fillet
3 ekor sotong (kalau letak udang lg sedap kot - hanya sotong yg ada stok dlm frigde)
1 bungkus fishball (ikut suka byk mana - aku suka fishball)
1 kiub pati ayam maggie
3 ulas bawang putih          ]
Sedikit halia                        ] ditumbuk
4 biji bawang merah          ]
1/2 biji brocoli
1/2 batang lobak merah
3 tangkai shitake mushroom
1 biji tomato
1/2 biji  capsicum
4 mangkuk air
garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Minyak zaitun (olive oil) untuk menumis)
Daun sup
Bawang goreng

Cara memasak;

Panaskan periuk dengan sedikit olive oil untuk menumis. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan air berserta kiub pati ayam. Bila dah mendidih masukkan makaroni. Pastikan air mencukupi kerana bila makaroni kembang air juga akan berkurang dengan banyaknya. Setelah makaroni lembut masukkan ayam + sotong tadi. Biarkan seketika. Kemudian masukkan lobak merah, mushroom, brocoli, capsicum dan fishball. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan tomato, lada sulah dan lada hitam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.



Resepi ni adalah rekaan sendiri...bila dah dicampur dengan kesemua bahan-bahan boleh makan 4 orang..padahal yang nak makan hanya dua orang......hahahaha.......selamat mencuba...:))

Sunday, 11 March 2012

APAM POLKADOT...sesuai untuk minum petang...

Asyik buat kek dan muffin jer...hari ni nak tukar selera plak..nak buat apam....seumur hidup memang tak pernah buat kuih apam...ini kira apam sulung yang aku buat...;p..resepi dari Anis Natasha...my staff...nampak mudah jer....

Bahan-bahan;

280grm tepung gandum
200grm gula halus
200 ml susu cair
3 biji telur saiz besar dari peti ais
1 sudu kecil ovallete
3 sudu kecil baking powder
filling - ikut suka sama ada blueberry ke strawberyy ke..etc
pewarna

Cara menyediakannya;

Ayak tepung dengan baking powder. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tahap maksima hingga kembang. Bahagikan aduanan kepada dua bahagian dalam mangkuk yang berasingan. Ambil beberapa sudu setiap adunan  dan masukkan dalam piping bag mengikut warna pilihan untuk membuat dot nya nanti. Susun paper cup dalam acuan cup cake. Masukkan setengah sudu adunan dalam paper cup dan kemudian letakkan filing. Tutup semula dengan satu sudu adunan tadi. Buatkan dot di atas dengan menggunakan piping bag. Kukus selama 10 minit. Buka tudung pengukus berhati-hati supaya air tidak jatuh di atas apam.

Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 30 biji jika menggunakan saiz cup di atas. Sedap jika dimakan panas-panas bersama dengan tea-o...;p
Dah siap masukkan dalam tupperware nak hantar kat rumah mertua....pelbagai saiz dot..maklum la... pertama kali buat...;p

Saturday, 10 March 2012

GULAI DAGING SALAI PUCUK UBI SIMPUL....

Teringin rasanya nak makan gulai daging salai. Tengok dalam fridge masih ada lagi...sebenarnya tengah cari bacang muda...kalau masak dengan bacang muda memang power tapi puas cari sana sini tak jumpa...bukan musim buahnya...lastly masak dengan pucuk ubi  beli yg di Jusco semalam...power jugak...



Bahan-bahan'

1/2 kilo daging salai
1 ikat pucuk ubi
1 inci kunyit hidup
3 batang serai dititik
25 - 30 biji cili api - ikut suka
1 biji kelapa
Garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Hiris daging salai nipis. Pilih daun pucuk ubi yang lembut dan muda kemudian simpulkan. Kisar cili api dengan kunyit hidup hingga lumat. Masukkan daging salai bersama cili yang telah dikisar berserta serai yang telah dititik dalam kuali or periuk. Kecutkan sehingga daging empuk. Letak air jika daging masih keras. Setelah daging lembut masukkan santan. Biarkan ia mendidih sebentar dan kemudian masukkan pucuk ubi yang telah disimpul tadi serta garam secukup rasa. Kacau selalu supaya tidak naik minyak. Setelah pucuk ubi empuk padamkan api.

Pucuk ubi yang telah disimpul

Selamat Mencuba. Sekali cuba pasti nak lagi......hehehehehe....:))

Wednesday, 7 March 2012

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Hari ni aku tak pergi office..badan rasa tak sedap...walaupun tak pergi office duduk rumah pun kerja tetap berjalan....tetap kena melayan emails dan panggilan telefon dari office....hmmmm...sedar-sedar dah hampir pukul 1pm..perut dah mengeluarkan bunyi semacam....minta diisi.....terus keluar bahan-bahan yang dibeli kat Pasar Tani Paroi Ahad lepas sebelum semuanya jadi kecut dalam fridge...tugasan memasak telah bermula...Sambal Tempoyak Daun Kayu...ni nama gulai yang selalu disebut kat Negeri Sembilan...jarang-jarang panggil nama gulai ni...biasanya di panggil Masak Tempoyak Pucuk Ubi...


Bahan-bahan;

1 ikat pucuk ubi (ambil daun yang muda sahaja)
3 - 4 helai daun labu (yang lembut sahaja)
2 helai daun kunyit
3 papan petai (belah dua)
5 batang serai - dihiris
25 - 30 biji cili api - ikut suka kepedasannya
1/2 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis yang telah dikopek
4 - 5 batang serai - dihiris
3 sudu besar tempoyak
4 cawan santan kelapa
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 keping kecil  asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara memasak;

Pilih daun pucuk ubi yang lembut sahaja. Susun dan jadikan satu genggaman. Bersihkan daun labu dengan cara menggosok dengan kedua belah tangan untuk buangkan yang berbulu di daun. Bungkuskan pucuk ubi dengan daun labu ketat-ketat. Kemudian hiriskan halus-halus seperti bunga rampai. Daun kunyit juga dihiris halus seperti bunga rampai. Masukkan dalam tapis dan bersihkan. Perah daun yg telah dihiris untuk hilangkan pahit pucuk ubi dan toskan. Kemudian masukkan dalam periuk.

Kisar cili padi + kunyit hidup + serai yang telah dihiris tadi dengan lumat. Masukkan dalam periuk bersama-sama petai, bawang, ikan bilis dan tempoyak. Gaul mesra. Kemudian masukkan santan dan masak di atas api yang sederhana. Jika tempoyak telah masam tidak perlu masukkan asam keping. Masak hingga kuah menjadi pekat.

Sambal tempoyak ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan kering Jika mengikut aruah uwan aku Sambal Tempoyak Daun Kayu ni menggunakan 44 jenis daun kayu di antaranya pucuk kaduk, pucuk kacang, pucuk betik, pucuk memom (daunnya seakan daun pudina dan ada bau yang kuat), pucuk cemperai dan macam-macam lagi yang aku pun tak ingat dan sebenarnya tak kenal....hahahaha....tiba-tiba teringat plak pada aruah uwan aku ni....alfatihah......



Monday, 5 March 2012

RAISIN WALNUT MUFFIN.....Tea Time Simple....

4th March 2012 : Semalam baru jer beli walnut 1/2 kilo kat Yummie Bakeri, Bandar Baru Bangi,..sesuai sangat la untuk buat muffin minum petang ni ..resepi ni aku olah sedikit dari red velvet...mudah sahaja...masa untuk menyediakannya lebih kurang 15 minit...

Bahan-bahan;

250 gram butter
3 biji telur gred A
3 1/2 cawan tepung superfine
1 1/2 cawan gula aising
1 cawan raisin
1 1/2 cawan walnut - dihancurkan sedikit
3 cawan (135grm each cup) Nestle mix yogurt rasberry, apple + strawberry
2 tsp baking powder
2 tsp bicarbonat
1tbs esen vanilla

Panaskan oven 175'C. Pukul butter + gula aising hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebij berserta esen vanilla. Setelah sebati masukkan yogurt. Ayak tepung bersama baking powder dan bicarbonat kemudian masukkan dalam bancuhan butter tadi. Setelah mesra masukkan raisin dan kemudian walnut. Setelah sebati semua masukkan dalam kertas kek cawan 3/4 sahaja kerana kek akan mengembang. Bakar lebih kurang 20 minit walaubagaimanapun bergantung kepada oven yang digunakan..cucuk dengan lidi untuk menentukan kek sudah sudah masak atau belum..kalau melekat bakar lagi la..

Hari ni malas nak buat topping...panas-panas lagi terus ngap masuk mulut...memang sedap....dari adunan ini boleh dapat lebih kurang 32 biji. Aku dan suami dah habiskan 6 biji masa panas-panas tadi...balance separuh bagi keluarga mertua dan separuh lagi bawak office aku esok....:))

Sunday, 4 March 2012

Gulai Ikan Sembilang Salai + Pucuk Tangki.....tangkap leleh....:))

4th March 2012 - Mungkin ramai yang tak kenal Pucuk Tangki ni....pagi tadi lepas solat subuh terus kami ke Pasar Tani Stadium Paroi....kalau lewat susah nak dapat parking..hajat dihati nak masak gulai pucuk ubi tempoyak...dah beli dah semua bahan-bahannya...tiba-tiba terjumpa sayur Pucuk Tangki.....betul-betul tinggal satu..rezeki aku la tu....seikat ni RM1 jer...rasanya kat pasar Chow Kit ada jual...cuma mungkin harga tak sama...

Pucuk tangki ni hidup di kawasan yang berair. Rupanya sama seperti daun semalu tapi bezanya dia tak berduri dan daun serta batangnya agak besar sedikit dari semalu. Disebabkan dia hidup dalam air, batangnya ada span berwarna putih yang membuatnya terapung. Bunganya berwarna kuning.....rasanya seperti petai...kalau masak bau dia pun macam petai....tapi tak la sekuat petai tu...kiranya ni bau petai yg mild la.....ada ke bau petai mild??? hehehehe....so far yang aku tau Pucuk Tangki ni hanya dimasak gulai sahaja...tak kira la campur dengan apa...ikan bilis ke, udang ke, ikan tenggiri ke....tapi aku lagi suka campur dengan ikan sembilang salai....kat Pasar Tani Seremban ni ikan sembilang salai sentiasa ada...ni aku beli RM5 untuk 4 ekor ni.....saiz sederhana....



Cara nak memasaknya;

30 biji cili api - ikut suka pedas sendiri , aku mmg suka pedas
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugor
1 biji kelapa - lebih kurang 6 cawan santan
4 ekor ikan salai
1 ikat pucuk tangki.
Garam secukup rasa

Kisar cili api + kunyit hidup. Bersihkan pucuk tangki ni. Patah-patahkan macam sayur kangkung tu tapi ambil yang lembut sahaja.  Cuci dan toskan. Masukkan ikan, asam keping dan bahan kisar dalam periuk. Panaskan hingga mesra sekejap. Bila agak mendidih masukkan santan yang telah diperah tadi.Setelah santan mendidih masukkan pucuk tangki. kacau perlahan-lahan takut nanti ikan hancur dan pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Pucuk tangki ni memang menyerap kuah. So pastikan santan yang diguna mencukupi kalau tak terus jadi rendang la plak.

Tips : kalau takut pecah minyak, asingkan santan tu..satu cair dan satu pekat. Masak dahulu dengan santan cair. Bila pucuk tangki dah agak masak baru masukkan santan pekat....

dah masak...

 
Kalau malas nak masak, datang la kat Restoran Rakyat, Wisma PBNS (Bangunan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan), Rahang, Seremban....berhampiran Restoran Nelayan...memang ada jual sayur ni...bukan itu jer....gulai pucuk ubi tempoyak...gulai daging/sembilang salai....semua masakan tradisional Noghori sentiasa ada......memang power....berganda-ganda sedap dari Restoran N9 yang popular  kek KL tu.....ooopppssss...aku tak dibayar komisen untuk promote Restoran Rakyat ni yer......hahahahaa...sekadar berkongsi.........:))

Friday, 2 March 2012

Dubai Garden Restaurant

1st March 2012 -  Hajat kami petang ni sebenarnya hanyalah untuk minum petang di Pelita Restoran...than nak pegi Econsave untuk beli mineral water....tiba-tiba ternampak Dubai Garden Restoran ni yang sederet dengan  Pelita di Setapak ni dah buka....so apa lagi...lets try....sorry..aku lupa nak ambik gambar restoran ni dari luar....difahamkan dari kakitangan restoran Dubai Garden ni baru jer beroperasi pada 25hb feb 2012...tak sampai seminggu pun lagi...so kiranya aku dan suami masih boleh dikatakan pelanggan yang merasmikan restoran ni...huhuhuhu.....lets see keindahan hiasan dalaman Dubai Garden ni....

Setiap dinding restoran dihias cantik dengan air yang mengalir di dalam dinding cermin...

Gambar-gambar menu tersusun cantik.....
Hiasan fountain yang menarik..mendamaikan mata...

Pada masa ni hanya 2 meja jer ada customer...meja aku dan meja couple cina ni.....
Menu...
Senarai menu...disebabkan restoran masih terlalu baru tak semua menu yang ada dalam ni available...
Blurr sekejap tak tau nak order apa.....looking for something a bit light.....tea time kan....
blurr jugak sebenarnya...tapi maintain senyum....hehehehe...
Ice Lemon Tea for my hubby.....RM6...my hubby kata Tea Orange Bharat dari Cameron lagi sedap...
Dubai Garden Cocktail....RM15..memang sedap....macam2 fresh fruits ada dalam ni...mango, banana, kiwi, anggur and vanilla icecream for topping......aku boleh bagi A++
Ni la dia Chicken Fahsa...dihidangkan ketika masih mendidih dan berasap-asap lagi....agak cair dan berkuah...RM18 dihidangkan bersama sekeping roti....
Bila asap dah hilang terus bertukar jadi pekat....baru nampak isi ayam yang telah dikisar ni...dalam ni ada hirisan ciliapi sekali.....hot & spicy....memang menyelerakan....

Ni la rotinyer...first time aku jumpa roti type ni...tak tau plak besar macam ni padahal ni saiz small....RM2 sekeping...agaknya kalau saiz large maybe lebar mcm meja kot....hehehehe...di atasnya ada taburan bijan....agak liat tapi sedap bila dimakan panas2 bersama chicken fahsa....
Dessert......pudding caramel....sajer nak try yg arab punya plak....padahal nak buatnyer bukan susah sangat pun.....kecik mcm ni RM10....kalau RM10 ni buat kat umah dapat makan 5 ke 6 orang....
Bakhlawa....aku nak bagi credit kat restoran ni....ini bahklawa yang paling sedap so far aku makan....

Dari nak makan yang simple2 untuk tea time tak sangka pesanan yang kami buat ni betul-betul mengenyangkan....bagi yang suka shisha kat restoran ini pun ada....terus cancel nak pegi beli mineral water kat econsave tu....perut dah kenyang jadi malas nak jalan......:( pukul 12 tgh malam perut masih lagi rasa penuh....masih terasa-rasa roti dalam perut sedang mengembang.......syukur alhamdulillah.....:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...