Salam Maal Hijrah semua....sempena pagi yang dingin ni (tiba-tiba jadi skima plak aku...hehhehe) aku sediakan sarapan yang paling mudah untuk Encik Suami...simple tapi lengkap semua...ada protin...ada karbohidrat...dan ada apa lagi yer??? aku pun tak tau nak sebut tapi yang aku tahu hidangan yang dah cukup lengkap....cuba ko orang tengok sendiri..lengkap ke tak lengkap?? Sebenarnya kurang satu...tak da roti...bila aku dah buat semua nak bakar roti baru teringat roti dah abis...hmmmm.....makan jer la apa yang dah masakkan....hahahahhaa...
Nak buatnya memang mudah..lihat ni cara nak menyediakannya untuk hidangan one plate di atas
1 keping burger daging (aku suka Ramly) - dipanggang
I biji telur - goreng mata
Kentang Putar
Daun salad secukupnya
Daun salad secukupnya
Cili Sos & Mayonis - makan bersama baru sedap..
Resepi Kentang Putar;
5 biji kentang - kupas kulit, cuci, rebus dan lenyek halus
1 sudu butter
1/2 cawan susu segar (agak2 dulu)
2 sudu besar mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam or lada sulah
Cara membuatnya;
Lenyek kentang sampai lumat ketika panas-panas. Masukkan mayonis..gaul lagi...kemudian masukkan susu sedikit2, kemudian butter dan baru la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa...hidangkan dalam pinggan....
Makan bersama dengan mayonis dan cili sos...lupa plak aku nak ambik gambar hidangan ni dengan sosnyer....hmmm..tapi mesti la makan dengan sos kan....baru sedap.....nampak simple...tapi amat mengenyangkan walaupun tak ada roti....tak cayer..cuba la....:))
No comments:
Post a Comment