Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Wednesday 27 February 2013

PAVLOVA LAGI DAN LAGI......:)

Rasanya ini pavlova ketiga yang aku buat dalam bulan February dan first time buat di rumah KL. Tapi tak semua tu kami yang makan....semua buat atas permintaan....seperti last week anak buah datang ke rumah...sampai jer terus request nak "meringue"...kalau orang tak tahu mesti ingat anak buah aku cakap nak mereng.....hehehehe....nasib baik aku faham....maksudnya pavlova la....kali ni plak request dari officemate Encik Hubby....layan jer la.....:)

Resepi tetap yang sama yer;

4 biji putih telur gred A (suhu bilik)
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka masak
1 sudu besar tepung jagung

whipping cream secukupnya (pastikan non dairy)
buah-buahan pilihan

Cara membuatnya;

Panaskan oven dahulu dengan suhu 180'C. Pukul putih telur agak berbuih kemudian masukkan esen vanilla dan gula castor. Pukul dengan kelajuan maximun hingga putih telur jadi bertanduk or orang putih panggil 'meringue'. Kemudian baru masukkan cuka dan tepung jagung. Kaup balikkan dengan spatula dah memadai. 

Aku guna aluminium foil letak dalam loyang. Griskan dengan sedikit butter atas aluminum foil pastu bentukkan meringue bulat di atasnya. Kalau takut tak bulat guna kertas minyak. Dibelakang kertas minyak lakar bulatan so semasa curahkan meringue ikut saiz bulatan. Masa 1st time buat pavlova memang aku guna kertas minyak dan siap buat bulatan lagi. Ketika nak masukkan meringue ni kecilkan suhu oven pada 150'C dan bakar lebih kurang 1 jam 30 minit. Actually kaedah membakar ni ikut pada oven masing-masing yer. Kalau aku buat di rumah Seremban aku bakar lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja tapi oven di rumah KL ni aku ambik masa 1 jam 30 minit dengan suhu yang sama. So yang penting kalau nampak meringue dah kering dan berwarna agak brown boleh la tutup suis oven yer..
Dah masak jangan keluarkan terus dari oven ok....biarkan ia sejuk sendiri dengan meregangkan sedikit pintu oven ni....dia dah penat bekerja hokey.....hehehehe....
Ni la dia pavlova tanpa make over....rasanya kalau suruh makan macam ni tak ada saper yang hinginkan.....tanggalkan aluminum foil perlahan-lahan...pukul whipping cream hingga kental.
Aku suka guna nozel untuk letak whipping cream di atas pavlova ni. Kalau tak ada nozel sapu guna spatula pun ok...kalau tak ada spatula...pisau pun boleh....then boleh la hiaskan dengan buah-buah pilihan....ikut suka la yer.....

Aku tak kisah nak buat pavlova banyak kali asalkan bahannya cukup sebab masa untuk menyediakannya sekejap sahaja. Tak sampai pun 20 minit... masa membakar jer agak lama tapi sambil menunggu pavlova masak boleh lipat kain ker....layan facebook ker...hahahaha....dah tentu-tentunya busy layan facebook....ok..nak tido....gud nite....:))


Tuesday 26 February 2013

NASI TOMATO SIMPLE....ikut selera tuan yang masak...:)

Kerana pajeri nenas tak pepasal aku masak nasi tomato untuk dinner semalam...paling simple dan guna apa ajer stok yang ada...kalau chef-chef professional tengok resepi ni mesti dia orang kata ntah apa-apa tapi ada aku kesah???? .seperti Encik Mat Gebu kata dapur tanpa sempadan...ikut suka dan ikut selera masing-masing...yang paling penting Encik Hubby makan bertambah-tambah....hahahhaa....

Bahan-bahan;

2 cawan beras basmati - rendam lebih kurang 30 minit
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
6 - 7 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar saiz sederhana - potong dadu
3 ulas bawang potong - potong dadu halus
1/2 inci halia - mayang halus
2 helai daun bay - daun pandan tak ada
2 1/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 biji buah tomato saiz besar - potong dadu
3 sudu tomato sos
1 kiub pati ayam
1/2 cawan minyak zaiton

Bahan tabur - jika suka;
Kismis, bawang goreng, hirisan daun saderi, kacang pis

Cara membuatnya;

Cuci beras dan toskan. Panaskan minyak zaiton dan masukkan bahan penumis (kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang) Setelah naik bau masukkan bahan-bahan yang telah dihiris(bawang besar, putih, halis) dan daun bay. Kacau lagi hingga kekuningan dan masukkan tomato yang dipotong dadu. Bila tomato dah agak hancur masukkan tomato sos dan taburkan kiub pati ayam. Kemudian masukkan beras, goreng beras sebati dengan bahan-bahan tadi. Angkat dan masukkan dalam rice cooker. Masukkan air bersama susu cair. Biarkan hingga nasi masak. 

Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak takut beras patah. Kalau dah patah nasi dah tak cantikkan. Kalau guna rice cooker , selepas nasi masak biarkan lebih kurang 20 minit baru la dikacau dengan garfu or chopstick.

Taburkan dengan kismis, bawang goreng, hirisan daun saderi dan kacang pis. Tapi aku tabur dengan kismis jer sebab yang lelain tu kurang gemar sikit...:) 

Lauk pauknyer plak memang lari dari konsep asal nasi tomato....kami makan bersama Pajeri Nenas (resepi ada SINI) dan Ayam Goreng Berempah jer... (RESEPI )

Kalau ikut kebanyakkan resepi semuanya guna minyak sapi. Memang tak dinafikan minyak sapi memang sedap dan berbau harum. Tapi disebabkan kami tak berapa suka dengan minyak sapi sebab rasa cepat muak so aku gantikan dengan minyak zaiton...baru la boleh makan bertambah-tambah....aku pun tak letak tomato puree, hanya guna tomato sos...ada yang letak dua-dua....daun bay plak gantikan daun pandan sebab kat rumah tak ada.....semuanya.terpulang...tak ada saper pun yang marahkan...sebab itu aku kata...ikut selera tuan yang masak....yang penting Encik Hubby suka....:))


PAJERI NENAS..

Semalam beli nenas ingatkan nak masak nenas dengan ikan masin....dah siap keluarkan tulang ikan masin kurau...nasib baik tak rendam lagi...bila called Encik Hubby, beliau suruh masak pajeri la plak....hmmmm...terpaksa simpan semula ikan masin kurau tu.....ni juga menu dinner malam tadi yer...


Bahan-bahan;

1/2 biji nenas - kupas kulit, buang hidungnya dan potong
1 batang kulit kayu manis **
2 kuntum bunga lawang**
4 - 5 kuntum bunga cengkih ** bahan penumis
3 biji buah pelaga**
4-5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia (kurang dari 1/2 inci)  - dihiris
1/2 sudu udang kering (optional - kalau tak suka tak payah letak)
2 sudu serbuk kari daging
15 biji cilipadi - dikisar (sebenarnya tak payah letak - tapi aku suka pedas sikit)
2 sudu kerisik
1 biji kelapa - ambik santannya +- 4 cawan kot ( tak sukat)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya;

Bersihkan nenas dan toskan. Campurkan cili padi kisar dengan serbuk kari, campur air sedikit untuk jadikan pes..Tumbuk kasar udang kering.

Panaskan sedikit minyak, Masukkan bahan penumis bertanda **. Masukkan bahan yang dihiris bersama udang kering dan goreng lagi hingga kekuningan.Bila dah wangi masukkan pes serbuk kari tadi. Kacau selalu supaya rempah tak hangus. Gunakan api perlahan yer. Setelah rempah naik minyak masukkan nenas. Gaul nenas sebati dengan rempah dan baru la masukkan santan. Kacau sesekali supaya santan tak naik minyak. Bila kuah dah pekat dan hampir kering masukkan kerisik. Rasa garam dan gula secukupnya. Boleh la dihidangkan.

Aku suka letak udang kering sikit sebab pajeri akan lebih tasty...anyway ikut suka, tak letakpun tak apa. Kalau tak nak pedas tak guna cilipadi pun tak apa. Resepi boleh diubah suai...kalau ikut aku memang suka pedas-pedas jer....ada pedas sikit...ada masam sikit...ada manis sikit.....semua rasa ada....kalau tak tahan dengan cilipadi boleh gantikan dengan cili kisar dalam 2 sudu....kalau tak nak pedas langsung guna serbuk kari pun dah OK...:))

AYAM GORENG BEREMPAH

Salam semua....ini menu dinner malam tadi...makan sama dengan nasi tomato....ada pelbagai cara ayam goreng berempah....ikut suka masing-masingkan....ada yang campur sekali dengan halia, serai, bawang putih....ada yang letak serbuk kari sahaja.....itu kalau bab aku malas la....aku perap ayam dengan serbuk kari jer....sedap jugak.....untuk resepi ni mula-mula rajin lepas tu jadi malas...sebabnya apa??? mari tengok resepi dulu yer...:)

Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

1/4 ekor ayam (kira suku ekor la kan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Bahan Rempah untuk Perap Ayam;

2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
10 biji buah pelaga
6 kuntum bunga lawang
10-12 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu lada hitam

Cara membuatnya;

Sediakan rempah perapan dulu.

Cuci semua bahan rempah perapan dengan penapis dan toskan. Goreng tanpa minyak hingga rempah garing, bukan hangus yer.. guna api yang paling minimun....kang api besar hangus ada...masaknyer idak yer....kena sabar sikit....setelah rempah garing angkat dan biarkan panas suam dan baru la di mesin halus...kalau rempah sejuk susah sikit rempah nak halus...make sure guna blender yang kering sebab rempah ni akan jadi serbuk bukan pes hokey....simpan dalam bekas kedap udara.

Cuci ayam bersih2 dan toskan. Taburkan serbuk kunyit, garam, lurutkan daun kari dan 2 sudu rempah yang telah dikisar. Gaul sebati dan perap lebih kurang 30 minit or makin lama perap lagi best. Goreng dalam minyak penuh dengan api yang perlahan. Bila ayam dah garing angkat dan toskan.

Baki rempah yang dikisar tu boleh guna bila-bila masa nak goreng ayam. Tu sebab aku kata mula-mula jer susah sikit tapi selagi rempah tu ada baki senang jer nak goreng ayam bila nak buat next time. Rempah ni juga boleh digunakan untuk masak rendang ker....nasi arab ker....buat sekali untuk pelbagai resepi...:))



Sunday 24 February 2013

PUDING PEACH..

Salam semua......lama juga rasanya aku tak buat puding....dalam fridge ada lebihan buah peach dalam tin lepas buat pavlova last week. Tengok serbuk agar-agar pun ada.....so memang cantik sangat la.....pada membazir dan tak nak buang masa, buat puding yang paling sesuai....ringkas tapi sedap....selesai breakfast pagi tadi aku dah masak puding sebab nak kena sejukkan dulu....perghhhhhhhhhh........licin jer kat tekak....tak nak membebel bebanyak......jom tengok resepi yang amat sempoi.....:)

Bahan-bahan;
13grm serbuk agar-agar (aku suka product NONA)
500ml air
1 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard
250ml susu sejat
1 tin buah peach yang dah siap potong

Cara membuatnya;
 Asingkan buah peach dengan airnya. Susun peach terlebih dahulu dalam acuan. Masukkan serbuk agar-agar, gula, air dan lebihan air buah peach tadi. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya tepung tak berketul. Masukkan susu dan tepung kastard yang telah dibancuh tadi. Kecilkan api takut membuak plak puding tu nanti. Bila dah nak mendidih sedikit tutup api. Curahkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk acuan yang telah disusun buah peach tadi. Kalau curah kuat-kuat berterabur plak buah peach tu....tak cayer buat laaa....letakkan di luar dahulu sehingga asapnya hilang kemudian baru la masukkan dalam peti ais. Terbalikkan puding bila dah betul-betul keras dan sejuk.
Dalam gambar nampak puding ni berwarna putih tapi sebenarnya kekuningan. 
Guna camera henpon jer...camni la jadinya......:(

Tips: Jika beli serbuk agar-agar Nona dibelakang bungkusan ada arahan untuk masak agar-agar. Jika buat agar-agar biasa ikut  jer arahan tu tapi kalau nak masukkan susu or manisan lain kena la kurangkan air seperti arahan pembungkus yer....takut tak jadi plak agar-agar korang....masak-masak ni pun kena guna matematik...campur, tolak, bahagi dan darab hokeyyy.............:))

Saturday 23 February 2013

AUNTY AINI'S GARDEN CAFE, Nilai, Negeri Sembilan...



Agak lama juga plan nak pergi makan di Aunty Aini's Garden Cafe dan baru malam ini hajat terlaksana. As usual hari Jumaat lepas kerja kami akan balik ke Seremban...on the way balik rumah kami singgah di sini...terus dinner....alamat Aunty Aini's :

                                         Batu 16, Jalan Sepang. 
                                         Kampung Chelet. 71800 Nilai.
                                          06-7991276

Restoran terletak di selekoh jalan besar...jalan nak ke KLIA....kawasan kampung.... kalau bawak kereta tu jangan laju sangat takut terlepas....anyway...memang ada signbord besar di tepi jalan....parking pun kat tepi jalan...kalau di kalangan pekerja KLIA memang agak famous restoran ni....untuk pengetahuan Aunty Aini's Garden Cafe pernah masuk dalam rancangan TV Gordon Ramsay and Anthony Bourdain...channel AFC....Aunty Aini ni juga ibu kepada pelakon popular.....siapa pelakon tu??? hmmmmm....cari la sendiri yer....sensitif nak cerita....>:<



Pintu Gerbang menyambut pelanggan....

Dinding pagar depan yang cantik.....
 
Lepas masuk dari pintu gerbang terus jumpa pondok ni...(betul ke aku panggil pondok???)

Kami sampai dah nak senja....dalam restoran ni penuh dengan pepohon pokok bungaan yang cantik-cantik tapi AWAS.....banyak nyamuk......Encik Hubby asyik bebel sampai dalam kereta dok garu kena gigit nyamuk....hehehehe....
Meja sebelah kami duduk...meja-meja lain tak boleh nak ambik gambar sebab dah ada pelanggan....tak berani aku nak snap...huhuhuhu....kat sini juga ada pondok tempat makan bersila....surau dan toilet juga ada....so tak ada masalah nak solat ....


Dah sampai kena cek menu la kan.....tak sempat jugak nak ambik gambar kat dalam menu ni....yang ambik order ni macam tak sesabar nak ambik pesanan....lepas order jer cepat-cepat dia ambik menu ni....muka pun serius jer.....tak kuasa plak aku nak mintak.....

pada awalnya Encik Hubby nak makan western...tapi disebabkan aku nak mencuba masakan tradisional yang paling special di sini so Encik Hubby pun ikut apa yang aku order...let seeeee......

Gulai Lemak Ayam Kampung...RM10.50....boleh tahan la....biasanya kalau kat Negeri Sembilan masak gulai ayam kampung, ayam tu akan disalai/panggang terlebih dahulu.....tapi Gulai Ayam Kampung ni tak disalai....kalau disalai mesti lagi ummphhhhh......

Asam Pedas Daging Tetel...RM10.50....ada daun pudina di atasnya.....aku terbaca dalam beberapa blog yang mengatakan daging tetel ni memang marvellous...tapi sayangnya aku tak jumpa di mana marvellousnyer tu.....anyway selera tak sama kan....mungkin tak kena dengan selera kami suami isteri.....


Sambal Sotong Petai...RM11.50.....amat mengecewakan kerana sotong yang dihidangkan sudah lembik...tak segar langsung.....:(

 Kerabu Pucuk Paku....RM7.50....boleh laaa.....ada kerang didalamnya....panjang betul pucuk paku ni kan...sampai terkeluar dari pinggan....hehehehe...

 Ayam Kampung Goreng.....RM10.50.....tak ada yang special.....biasa sahaja....tak rasa bahan-bahan perapannya.....maybe perap kurang lama kot...

 Sambal Belacan dan ulaman....RM1.50....ni yang membangkitkan selera....sambal belacannya sedappppp
 
 Jemput makan semua.....kalau datang waku lapar kena la order nasi tambah awal-awal yer sebab nasi yang diberi amat la sedikit....RM1.50 sepinggan.....

Macam mana aku boleh lupa nak ambik gambar air yer....kami berdua order teh o ais limau....RM4 segelas....tapi frankly speaking memang tak sesuai sangat dengan harga RM4 tu...nothing special....teh yang amat cair.....limaupun kurang rasa.....

Overall aku agak kecewa dengan dinner malam ini... .apa yang aku bayangkan tak sama dengan apa yang aku rasa....dari menu yang aku pilih malam ni semuanya just so-so sajer....dari segi restoran decorations memang cantik!!..mungkin kerana aku anak jati Negeri Sembilan so aku rasa tak ada yang specialnya dan agak cerewet.....maybe bagi sesaper yang teringin sangat nak mencuba masakan tradisional Negeri Sembilan boleh la cuba....anyway Nilai and Seremban tak la jauh sangat.....so ada banyak lagi restoran yang menghidangkan masakan tradisional Negeri Sembilan especially Restoran Nelayan di Rahang.....:))

Sunday 17 February 2013

PAK SOH CORNER, KUANTAN....SATA terbaeekkkkk.....

Kalau anda pergi Kuantan jangan lupa singgah di Pak Soh Corner, Jalan Beserah...jalan menuju ke Cherating.....pasti anda tak menyesal....cheewahhhh....ayat promosi habis.....macam la aku ada share dengan Pak Soh  ni......hehehehe....tapi mana yang sedap memang patut dikongsi bersamakan......aku pun dapat tau dari kawan aku yang memang orang Kuantan sendiri.....dari jauh dah nampak signboard ni....


Walaupun kat signboard ada tulis otak-otak tapi masa aku kat sini tak ada plak nampak otak-otaknyer....
Menurut pekerja di sini setiap hari beribu-ribu sata disediakan...banyak tempahan....means banyak masyukkkk....
 Apa-apapun untuk makan sata ni kena banyak bersabar...masa aku sampai walaupun tak ramai lagi pelanggan datang tapi sata-sata yang siap dibakar dah ada penempahnya....kena tunggu la yerrr...

  ni dia.....nampak macam hangus sikit kannnn....tapi rasa dia memang sedappppppppp..............aku rasa sata Pak Soh ni lagi sedap dari yang kat Kemaman punya.....aku order 10 biji jer, satu 50 sen...sajer2 nak merasa  dan nak bawak balik....tapi habis kat situ jer...non stop makan.....nak beli lagi malas plak nak menunggunyer....
 
selain sata, anda boleh makan keropok lekor fresh....kakak berdua ni tengah buat keropok lekor...siap terus goreng.....

satu periuk besar sekali goreng....

ni dia....keropok lekor panas-panas....pada aku better than Oh Fatimah Keropok Lekor dan dah semestinya  masih tak boleh mengatasi kesedapan keropok lekor Tok Beng, Ganu yerrr.....bagi yang kepingin2 jer macam aku boleh la makan...:))

Pak Soh Corner pun ada jual keropok kering...kebanyakkannya keropok ikan tamban....aku beli 2 bungkus...satu bungkus beratnya 600gram....yang paling aku terkejut bila nak bayar harga sebungkus tu RM16....mahal betulkan..or aku yg tak tau harga keropok memang dah macam tu hari ini sebab dah lama tak beli keropok kering??? .kalau aku tau harga terlebih dahulu pasti aku tak beli... tapi sebab aku dah masuk dalam plastik...takkan nak keluarkan balik...so bayar jer laaa...till today keropok tu masih belum goreng lagi...so tak boleh nak komen sedap ke tak....

Kebanyakkan pelanggan yang datang makan sata dengan air kelapa muda...

 Harga air kelapa dah ada kat sini yer....so tak perlu la terkejut macam aku beli keropok kering tu....

Overall  sata Pak Soh ni memang terbaikkkk bagi aku dan suami......memang sedap sangat.....kalau kami ke Kuantan lagi untuk makan Sata pasti ini adalah kedai utama pilhan kami...:))



KEROPOK LEKOR OF FATIMAH, KUANTAN

Semasa bercuti di Kuantan aku teringin nak rasa keropok lekor Kuantan plak....walaupun keropok lekorny tak sepopular di Terengganu tapi sepanjang kiri kanan Jalan Beserah ni akan jumpa gerai-gerai menjual keropok...kami singgah di salah satu kedai di hadapan hotel Swiss Garden tempai kami menginap ni sahaja....besar jugak kedainya....sorry...gambar agak teruk...dalam hujan kami meredah masuk ke sini gara-gara nak merasa keropok lekor....
Sampai jer terus order...bukan keropok lekor jer aku ambik....udang dan sotong goreng tepung pun aku layan....
Tepung goreng udang dan sotong rangup...tapi sotong agak liat sebab guna sotong saiz besar kot....keropok lekor boleh la bagi mereka yang kepingin sangat nak makan....

 Mee Calong.....first time makan..sedapppp.....actually very simple....mee kuning...telur..tauhu...dan fishball....yang specialnya fishball dia berbeza dari yang biasa....fishball yang ini rasa macam keropok lekor yang direbus....agaknya itu la yang unik untuk Mee Calong..

 Keropok kering yang dah siap bungkus pun ada banyak dijual....

 yang lambak pun ada.....timbang jer berapa nak....

 pelbagai ikan masin....

 barang hiasan hasil dari laut turut dijual....

lagi barangan cenderamata.....

Overall kedai Keropok Lekor oh Fatiah ni ok la....kat dalam kedai ada macam-macam menu ringkas disediakan juga....mee kari..mee sup....nasi lemak.....kalau dah telalu kepingin or nak lepas gian sangat nak makan keropok lekor sebab tak sempat nak ke Terengganu boleh la cuba di sini...:)

GULAI TULANG CELORONG...

Agak lama rasanya aku tak update resepi kat blog....lately ni masak sempoi-sempoi or menu yang dah ada dalam blog....malas nak masukkan menu ulang tayang....hari ini aku nak berkongsi masakan popular di kalangan orang Negeri Sembilan especially ketika majlis kenduri kahwin di kampung-kampung...kalau kat dalam kawasan bandar Negeri Sembilan susah nak jumpa sebab kebanyakkan menu yang disediakan di majlis kahwin nasi briani dan set lauk pauk...aku pun pelik apsal dipanggil nama celorong....mari review resepi ni dan baru tahu apa sebab musababnya dipanggil celorong yer..

Bahan-bahan;

1 kilo tulang rusuk (pasti ada daging jugak yer....kok tulang jer nak makan apakan...hehehe)
30 biji ciliapi - tak suka pedas boleh kurangkan **
1 1/2 inci kunyit hidup ** dikisar
6 batang serai - dititik
1 biji kelapa - ambil santanya
air untuk rebusan secukupnya
garam secukup rasa
1 1/2 inci halia  - resepi asal tak letak...tapi aku dah biasa daging dgn halia tak boleh dipisahkan

Cara memasaknya;

Bersihkan tulang dan toskan. Rebus tulang bersama halia yang dihiris kasar dengan air yang secukupnya hingga daging lembut. Aku tak ada pressure cooker , aku rebus 2 jam untuk dapatkan isi daging yang lembut. Kalau air rebusan hampir kering  tambah lagi sehingga daging jadi lembut. Bila daging dah lembut jangan buang air rebusan tadi.. Masukkan bahan kisar (cili api dan kunyit hidup) bersama serai yang telah dititik. Bila dah mendidih baru masukkan santan, rasa garam secukupnya. Kacau sekali sekala agar santan tidak naik minyak.

Gulai tulang celorong ni lebih kurang gulai daging masak lemak cilipadi. Yang berbezanya santannya tidak perlu pekat sangat, sebab tu dinamakan celorong dan gunakan banyak serai.

Satu tip untuk dikongsi, biasanya bila masak tulang tak kira la gulai atau sup, pasti banyak lemak yang dikeluarkan. Selepas merebus ni, biarkan ia betul2 sejuk dahulu so lemak akan terapung di atas. Bila lemak mengeras keluarkan dengan sudu or guna penapis dan baru lah sambung memasak..:))




Tuesday 12 February 2013

SWISS GARDEN RESORT & SPA, KUANTAN

Sempena cuti panjang Chiness New Year kami mengambil kesempatan untuk bercuti di Kuantan. Sebelum ini memang banyak kali kami ke Kuantan tapi setakat lalu jer sebab destinasi terakhirnya ke Kuala Terengganu or Kota Bharu. Awal Januari lagi kami telah buat reservation di Swiss Garden Resort & Spa untuk 3 hari 2 malam. Takut last minute booking semua bilik dah tak ada...kalau adapun kena plak surchage especially cuti perayaan yang panjang. Pukul 8 pagi kami dah bertolak dari Seremban, berhenti minum pagi di Kuala Pilah. Seterusnya kami menuju ke Muadzam Shah dan 12 tengahari kami sudah sampai di Kuantan. Nasib baik kami telah request early check in dan pihak hotel tiada masalah untuk kami dapatkan bilik awal yang kebiasaannya check in pukul 3.00pm.

Ikan koi pelbagai warna menyambut tetamu....
Ini bilik kami....deluxe seaview.... 
katil king size yang amat selesa....
TV tak banyak channel sangat...biasa la kan....namapun bercuti...kalau nak tengok tv lelama baik duduk rumahkan.....
tempat rehat....diluar tu balkoni...menghadap swimming pool dan laut..

swimming pool buka dari 8 pagi - 8 malam

ruang toilet yang amat luas...cermin sana sini..sebab tu tak ambik gambar semua...kang nampak plak gambar aku yang tengah ambik gambar ni....

Dua pasang selipar disediakan...cantikkan.....:))

Limau mandarin...complimentary dari hotel...

Hari pertama sampai kami memang teramat malas nak cari makanan kat luar....so kami lunch di hotel sahaja...kebetulan Restoran Terrace Garden di Swiss Garden ni ada hi-tea...12.00++ tengahari hi-tea dah mula hingga 4 petang...nama jer hi-tea....tapi macam-macam makanan ada...memang sesuai sangat la untuk lunch...
main course.....nasi briani...chicken curry...fish....lamb curry....

sandwiches....pasta...

salad corner....

dessert corner....

 fruits...
dan banyak lagi...ada yang tak bergambar...bila ada orang aku malas nak ambik gambar...
ini pula kat bahagian luar....noodles soup....pasta....roti jala....
nasi briani with lamb curry, chicken & fish untuk aku....lengkap semuanya....lapar....

Lasagna....sedap.....sandwich....steam egg....fried carrot cake...aku ingat betul-betul la kek karot goreng rupanya kua tiaw goreng....aku tak kenal sebab kua tiaw tu bentuknya 4 segi.....rasa sama mcm kua tiaw la....sedapppp.....

 try bee hoon sup plak....sedap tapi cepat sejuk...mangkok kecik..isipun tak banyak...angin kuat...memang la cepat sejuk....bila makan dah sejuk terus tak selera....
pelbagai dessert....semua sedap-sedap belaka....:))
ABC aku buat sendiri....dah tentu la sedap...hehehehe...
yang terakhir.....setelah hampir 60% makanan yang dihidangkan masuk dalam perut..:)
Selepas lunch kami berehat sebentar di bilik...cuaca amat panas.....lepas Asar kami turun semula..
syok gila tengok mereka dan mereka ini bermandi manda di swimming pool yang amat besar ni....
ada jacuzzi yang tak tahan ni....
sebelah swimming pool ada spa...Samsara Spa...
tak tahan aku nak masuk spa ni....tapi encik hubby say "NO" coz aku baru jer balik dari spa....next time datang pasti aku akan masuk dalam ni!!!
Senarai Beach Activities ada di sini....tengok la mana suka...
Pantai Balok....Swis Garden private beach....
santai sambil melihat lautan luas....
seronok tengok ragam penunggang ATV ni....
selipar tertinggal dalam kereta....nak ambik parking jauh....terpaksa jalan bukak kasut....hehehehe...
angin kuat tapi besttttttt.....
hampir senja kami di pantai...
Lepas solat maghrib kami ke Desa Permai, Sungai Soi....dinner di rumah sahabat lama encik hubby..
kami dihidangkan dengan gulai ikan patin tempoyak....tak terkata sedapnya....aku tak ambik gambar...segan la plak especialy mak mertua sahabat encik hubby ada bersama...huhuhu....ini juga adalah kunjungan balas dari kami...tengok kat link SINI
Selesai dinner dan borak sakan, kami sampai semula di hotel pukul 12 tengah malam....adussss....semua tempat parking kereta penuh.....nak selit-selit pun memang dah tak ada ruang.....semua penghuni hotel dah masuk sarang....sebab tu tempat letak kereta tak cukup....dengan tawakkalnya terpaksa kami parking diluar kawasan hotel....:( 
Awal pagi esoknya kami bersarapan di Terrace Garden juga...memang dah termasuk dalam pakej bilik kami.....terpaksa beratur untuk dapatkan tempat duduk kerana terlalu ramai orang ....kelam kabut semua pekerja hotel ni nak sediakan tempat duduk...ramai yang beratur panjang.....alhamdulillah....mana yang dah makan dan minum macam faham-faham...selesai makan terus bangun...:)
ni jer yang kami makan.....kenyang semalam pun tak hilang lagi....
nasi lemak pantang jumpa...mesti nak makan...
croissont & cakes....cukup la kan....
Selesai breakfast kami terus menuju ke Kuantan....Berjaya Megamall....masuk dalam Parkson untuk beli ni...
Aku beli swimming suit....
Aku tak tahan nak masuk dalam jacuzzi tuuuuuuu...tapi malangnya lepas aku beli jer swimming suit hujan turun dengan lebatnya dan tak berhenti-henti sampai la ke petang...huhuhuhu..:(..swimming pool tutup pukul 8 malam..dari balkoni aku perhatikan semua penghuni lain pun dok menghadap swimming pool ni especially anak-anak kecil...bila la hujan ni nak berhenti turun.....kalau aku tak beli swimming suit ni mungkin tak hujan kot....hahahahha......


lepak baca magazine di balkoni sambil tunggu hujan berhenti....Majalah RASA keluaran Mac....semua blogger kena baca sebab ada 10 blogger terkenal dalam majalah ni....termasuk Mat Gebu....mana yang tak pernah tengok rupa Mat Gebu boleh tengok dalam ni.....:))

Oleh kerana tak dapat nak mandi di swimming pool apatah lagi nak ke pantai kami terus keluar bersiar-siar di bandar Kuantan...sahabat Encik Hubby yang bawa kami meronda duduk dalam kereta sahaja dipersisiran pantai dan cari baulu bakar tradisional kat Pantai Cempaka....nanti aku ceritakan kat entry lain....nasihat sahabat encik hubby, the best time untuk datang di Kuantan bulan April - May....waktu tu laut kelihatan biru....so kalau nak ke pantai datang la time ni yer...Januari ni masih dikira musim tegkujuh....

 Last day...12.00pm check out dah....check out lewat hotel will charge you RM100 per hour....ramai penghuni hotel ni sama macam kami kot...stay 3 hari 2 malam kot.....bila time check out ni sama ramai masa aku nak check in...lobby yang luas dan banyak sofa pun tak cukup sebab terlalu ramai yang datang di sini....overall memang seronok sangat stay di Swiss Garden ni...staff yang very friendly...facilities memang best.....cuma satu jer breakfast yang disediakan sama sahaja....dua hari kami menghadap breakfast yang sama....kalau seminggu...kalau tak tak tukar baik breakfast kat luar.....huhuhuhu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...