Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Kek.... Show all posts
Showing posts with label Kek.... Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

VICTORIA SANDWICH KIWI CAKE

Assalamualaikum semua....kek dua minggu lepas baru ada masa nak masuk dalam blog.....kek ini sama jer dengan victoria sponge cake seperti DISINI cuma bezanya dari stoberi aku tukar kepada buah kiwi. Tengok dalam petiais buah kiwi tak berusik dah nak dekat sebulan....nasib baik masih boleh makan walaupun agak lembut sikit...sebab itu kalau aku beli kiwi aku suka beli yang keras-keras kerana tak tahu bila nak buatnya....tapi yang sebenarnya terlupa ada kiwi...hihihi....kek agak berkeriut sikit bawahnya sebab terlebih baking paper...kalau you all buat jangan ikut macam aku yer...potong cecantik baking paper tu...kalau tak griss jer...hihihi...


Masa buat ni ada kerajinan yang terlampau.....buat 3 layer....terus tinggi menjulang.....setiap layer ada lapisan homemade kiwi jem dan whipping cream...
Untuk resepi kek boleh rujuk DISINI yer..sama jer stepnya cuma aku bahagikan kepada 3 bahagian jer...aku just share utk buat kiwi jem jer yaa....senang sesangat....

Bahan-bahan;
 
4 biji kiwi
1/2cawan gulapasir
1/2 cawan air
3/4 cawan madu
 
Cara memasaknya;
 
Kupas kulit kiwi dan kisar tanpa air.Campur kesemua bahan yang lain,masak hingga adunn jadi pekat dan berkilat.

 


 
 
Ambik satu keping kek...terbalikkan yaa supaya sama rata.

Sapu kiwi jem di atas kek
letak whipping cream di atasnya....ulang langkah seterusnya sampai habis
 
Dah siap.....wallaaaaaaaaaaa.....memang sedapppppppp.....kejapan licin...hiasan atas tu aku belasah jer...dari membazir aku tempek jer kat atas tu.......:))
 


Wednesday, 24 September 2014

KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS....ohsemmmmm....

Assalamualaikum semua, kisah petang Ahad lepas baru boleh masuk entri....kek yang paling mudah di buat tapi memang sedapp sangat.....kalau dah mula makan memang tak boleh berhenti...kek plak very moist walaupun dah simpan dalam peti ais. Malas nak cerita panjang pasal kesedapan kek ini, mari tinjau resepi yer.....

 
Bahan-bahan;
 
1 cawan tepung gandum         )
1 sudu teh bicarbonat soda     )
1/2 sudu teh baking powder   ) diayak bersama
3 sudu besar serbuk koko       )
1/2 cawan minyak zaiton (kalau tak da guna minyak sayur pun ok)
2 biji telur saiz besar
1 cawan gula castor
secubit garam halus
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla
 
Untuk Cheese;
 
250grm cream cheese (phildalphedia menjadi pilihanku)
2 sudu besar gula
1 biji telur saiz besar
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung (aku terlupa letak tp lagi pior rasa cheese)
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pukul telur dengan gula hingga gebu dan kembang, masukkan minyak, susu, esen vanila dan air panas. Pukul sebati kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak hingga abis. Bahagikan adunan sama banyak pada 2 mangkok. Masukkan satu mangkok pertama dalam acuan (aku guna loyang saiz 8 X8), ratakan dan kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil yer.
 
 
Sementara kek lapisan pertama masak, pukul cream cheese dengan gula hingga gebu, masukkan telur, air dan tepung. Kacau hingga cheese licin dan berkilat, tidak berketul. Angkat keluar adunan kek pertama yang telah masak tadi, curahkan cream cheese di atasnya dan ratakan. Kukus semula lebih kurang 15minit atau cheese dah mengeras. Akhir sekali curahkan adunan kek yang kedua, kukus lebih kurang 30 ke 40 minit, angkat dan sejukkan.
 

dah masak....
 

Sedapppp sangat.....tapi kena kontrol makan kek ni....kalau tak memang susah nak berhenti....

Monday, 23 June 2014

NUTELLA MUFFIN.....simple but very delicious.....

Salam semua....cerita petang semalam....minum petang dengan kawan-kawan yang duduk berdekatan dengan rumah....hajat sebenar nak berbincang pasal aktiviti reunion...tapi jadi macam jejak kasih plak ....hihihihi....kecik jer dunia ni...kawan lelaki yang duduk sebelah taman bawak isterinya...manakala kawan perempuan pulak bawak suaminya....bila sampai jer tak sangka plak suami kawan ni berjumpa dengan kawan lama sekerjanya dulu iaitu isteri kepada kawan yang duduk berdekatan....bila suami kawan ni borak dengan en.hubby plak....borak punya borak  rupanya ada plak bau-bau bacang.....meeting untuk reunion dah jadi meeting jejak kasih la plakkkk....hihihihi....as usual aku sediakan juadah minum petang....laksa johor dan nutella muffin yang teramat ringkas tapi ohsem.... :)
 

Bahan-bahan;

1 cawan nutella
2 biji telur
10 sudu besar tepung naik sendiri

Cara memasaknya;

Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170'C. Satukan nutella dengan telur. Putar hingga adunan kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit , gaul rata dengan spatula. Masukkan 3/4 adunan dalam mangkuk kertas.

Untuk lagi senang aku suka masukkan adunan dalam piping beg so adunan tak melekeh kat mangkok kertas.Bakar lebih kurang 17-20 minit.
Sambil makan sambil borak...hihihihi
 
Nutella Muffin ni memang sedap sangat...jika anda penggemar coklat memang sesuai laaa.....teramat mudah untuk membuatnya.....jika ada tetamu datang emergency ke rumah boleh la cuba resepi ini sekira cukup bahan-bahannya....

Sunday, 4 May 2014

KEK MINYAK ZAITON...

Salam semua....first entry untuk bulan Mei 2014 aku sajikan dengan warna warni yer....biar ceria selalu untuk bulan Mei ini....Kek Minyak dah macam popular plak kat muka buku....tengok member asyik buat berkali-kali..terus aku google nak cari resepi yang simple..yang malas nak timbang-timbang...semua bahan sukat pakai cawan jer... cuma aku gunakan minyak zaiton...rasa lagi sedap....kebanyakkan gambar kek minyak di google semua colorful...memang cantik sangat dengan pelbagai corak....so aku pun memiih color yang terang-terang jugak..bak bapa mertua ku kata...striking boto!!! hahahaha....cuma lapisan marble agak kasar sebab  aku nak cepat.....mari tinjau resepi yer....
 

Bahan-bahan;

2 1/2 cawan tepung naik sendiri )
1 sudu kecil baking powder       ) ayak bersama
5 biji telur saiz besar
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak zaiton - klu tak ada minyak sayur pun ok
pewarna pilihan

Aku guna;
 stroberi emulco - merah
oren emulco - oren
pandan emulco - hijau

**Kalau hanya guna pewarna biasa tanpa perasa campur satu sudu kecil esen vanilla yer.

Cara membuatnya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pecahkan telur dan pukul dengan kelajuan maksimun hingga telur jadi kembang dan gebu. Masukkan gula, pukul lagi hingga gula hancur. Masukkan minyak dan susu pekat, pukul mesra dan akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian....(kalau nak buat 3 color). Warnakan stiap adunan tersebut. Sapukan sedikit butter or minyak di tapak dan sekeliling mangkuk or loyang kuih. Masukkan setengah adunan berwarna dalam mangkuk kuih. Contoh. Mulakan dengan setengah adunan merah, kemudian setengah adunan hijau, lepas tu oren plak dan seterusnya...selangselikan warna...Akhir sekali lorekkan atas permukaan kek dengan menggunakan lidi..kalau nak buat la...tak buatpun tak ada saper yang marah...hihihi..kukus lebih kurang 40 - 50 minit or bila dah cucuk dengan lidi kek dah tak melekat.


Note: Kalau nak dapatkan lapisan marble yang lebih halus, gunakan sudu besar, sudukan setiap adunan satu persatu dengan selang seli warna hingga abis ke dalam mangkuk or loyang kuih....so marble akan lagi cantik dan halus....tapi kena ambik masa sedikit laa yer...aku nak cepat untuk sediakan minum petang semalam....sedap sangat makan ketika panas-panas......Selamat Mencuba!!!

Monday, 21 April 2014

CONGO BARS.....nak kata kek bukan...brownies pun bukan....tapi ohsem!!!

Entri penutup untuk hari ni kita pergi ke Congo Bars plak yer....sesuai la tu lepas makan nasi sama lauk pauk, pekena yang manis-manis plak....hihihihi....sebelum ni memang tak tau langsung apa itu "Congo Bars"...hati macam dipaksa-paksa untuk membuatnya bila tengok rakan di Facebook buat banyak kali...special sangat ker?? terus start google resepi kat blog-blog yang ada di internet.... terjumpa kat blog Azlita Masam Manis seperti DISINI yang mana resepi dari Puan Azlita tak pernah mengecewakan.. Tengok bahan-bahan semua ada kat rumah....pukul 10 malam mula start baking....kul 11 malam dah siap...tapi seperti biasa sentiasa nak derhaka resepi pada yang empunya kan.....yer la....ada yang suka manis sangat....ada plak yang tak suka manis..macam aku ni....kalau makanan  yang terlalu manis memang aku tak boleh nak makan....kalau tengok blog Azlita Congo Bars nyer tak segelap aku punya kan....sebabnya aku lebihkan coklat chip dan kurangkan gula...ceritanya coklat chip tu memang dah tinggal dalam 300 gram....nak simpan sikit untuk apakan.....lebur jer la semua....hihihi...



Bahan-bahan;

150gram butter
3 biji telur
315gram tepung gandum **
2 1/2 sudu baking powder** ayak bersama
1/2 sudu kecil garam**
250grm gula perang
300 gram coklat chip
1 cawan walnut panggang  cincang kasar
1 sudu kecil esen vanilla

Cara memasaknya;

Sebelum membuat adunan panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170'C api atas dan bawah. Masukkan butter dan gula dalam bekas adunan. Pukul hingga gula larut kemudian masukkan terlur satu persatu. Putar sebati, masukkan esen vanilla kemudian bahan yang di ayak sedikit demi sedikit sambil non stop memutar hingga habis. Akhir sekali masukkan coklat chip dan walnut cincang. Gaul sempurna.


Alas kertas baking dibawah kaserole. Masukkan adunan, ratakan dengan belakang sudu. Aku taburkan lagi lebihan coklat chip ats permukaan adunan. Bakar lebih kurang 30 minit atau permukaan atas dah bewarna golden brown.
 
 
Sebab tak sabar , belum sejuk lagi aku dah potong......ternyata memang sedappppppppp.......nak kata kek ianya bukan kek sebab tak lembut ....boleh dikatakan macam brownies tapi pada aku lagi sedap dari brownies......memang sedapppp laaaa......semasa bakar dalam oven satu rumah berbau harum.....tu yang bila kuar dari oven jer belum sejuk dah potong.....hahahhaha.....

Sunday, 2 March 2014

KEK LOBAK MERAH @ CARROT CAKE

Carrot Cake ni aku buat minggu lepas semasa ayah dan anak buah datang rumah...as usual kalau anak buah datang mesti ada aktiviti baking...biasanya dia akan minta buat pavlova or red velvet tapi sebabkan tak cukup bahan hanya carrot cake jer yg boleh buat...yang mudah-mudah jer...beza kali ini aku tak gunakan minyak tapi guna butter yang dicairkan.


Bahan-bahan;

250grm butter dicairkan (aku guna SCS)
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum         )
2 sudu kecil baking powder    )
1 sudu kecil bicarbonat          ) satukan dan diayak
1 sudu kecil serbuk buah pala or serbuk kulit kayu manis )
2 cawan lobak merah yang telah diparut
1 cawan walnut cincang yang telah dipanggang
1 cawan kismis

Cream Cheese

250grm cream cheese (aku guna Philadelphia)
125 grm butter
3 sudu besar gula aising
1 sudu besar jus lemon


Cara menyediakannya;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Satu butter cair (pastikan dah sejuk), esen vanilla, gula dan telur dalam mangkuk adunan.Pukul hingga telur jadi gebu, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan parutan lobak, kismis dan walnut dengan hanya kaup balikkan guna senduk kayu or spatula. Griskan acuan kek or aku selalu guna baking paper jer, masukkan adunan dan bakar lebih kurang 45 minit or cucuk dengan lidi dah tak melekat. Sejukkan kek.

 Untuk cream cheese, satukan cream cheese, butter , gula aising dan jus lemon. Pastikan cream cheese masih sejuk tapi tak keras yer. Jangan biarkan cream cheese dalam keadaan suhu bilik. Pukul hingga adunan jadi gebu.
 Hiasan cheese ni ikut suka....aku memang tak expert bab hias-hias kek ni....tapi rasa tetap ummphhhh.......lagi sedap dari secret resepi...hahahahaha......
 
Selamat Mencuba!!!
 

VICTORIA SPONGE CAKE...sedap mata memandang sedap lagi bila sampai ke tekak...:))

Salam semua...lama betul tak update blog.. bulan February hanya ada 2 entri....huhuhu...banyak entri tertunggak yang nak kena masukkan...kalau ada masa terluang yer....sebab lama tak masuk entri baik aku mulakan dengan sesuatu yang fresh dan sedap mata memandang...bukan sajer sedap kat mata tapi bila sampai ke anak tekak lagi la sedap...Victoria Sponge Cake namanya....aku ambik resepi ini dari Jamie Oliver...idea nak buat kek datang dari sahabat lama...tengok beliau post di facebook memang mengiurkan....tak tau la kenapa namanya Victoria...mesti ada cerita yang aku tak sempat nak explore...ok...mari tengok resepi...mudah jer sebenarnya...
 
 
Bahan-bahan;
 
A. Kek
225grm unsalted butter (aku guna SCS)
225 gram gula castor
225 gula tepung naik sendiri (self raising floor) - diayak
4 biji telur gred A (suhu bilik)
1 biji kulit lemon yang disagat
 
B. Jem
2 sudu besar fruit jem (aku guna jem stoberi)
1/2 cawan air panas
1/2 biji jus lemon
5 ke 6 biji stroberi - potong nipis
 
1/2 cawan whipping cream non dairy
stroberi & bluberry secukupnya
gula ising
 
Cara menyediakkannya
 
Panaskan oven dengan suhu 170'C. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan perlahan kemudian masukkan tepung sedikit sedikit hingga habis. Masukkan kulit lemon yang telah disagat dengan gunakan senduk kayu or spatula. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan dan bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga kek dah bertukar warna golden brown dan bila dicucuk dengan lidi dah tak melekat.
 

Sambil tunggu kek masak boleh sediakan jem pulak..
 Campurkan jem + air panas serta jus lemon. Masukkan sekali dengan stroberi yang telah dipotong. Masak hingga stroberi hancur dan jem jadi agak likat dan pekat. Angkat dan sejukkan.
 Bila kek dah betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan. Sapukan jem yang telah dimasak tadi di atas kek yang pertama.

 Susun stroberi dan blueberry ikut suka. Sapukan whipping krim yang telah dipukul hingga kental di atas buah-buahan. Tutup semula dengan kek yang kedua.
 

 Gunakan penapis kecil untuk taburkan gula aising di atas kek. Aku susun lagi buah di atas kek sebab buah banyak lebih....nampak lagi menarikkan....:))

sooooo yummmyyyyyyyyyyyyyy................:))

Saturday, 28 December 2013

OLIVE'S CAKE CHEESE LELEH.....

Aktiviti cuti hari Jumaat buat kek leleh lagi...Ini permintaan dari en.hubby....hmmmm......kebetulan ada saudara yang baru lepas buat operation...so boleh bawak sekali sebagai buah tangan...hari tu dah buat yang red velvet....so hari ni nak kelainan plak....belek-belek resepi kat blog kebanyakkan kek guna tepung hong kong...mana la aku ada tepung tu kat rumahkan.....tiba-tiba teringat Masterchef Australia dia orang kena buat kek dari olive oil or minyak zaiton....aiskrim pun dari olive oil....terus dapat idea nak buat kek olive oil jugak la.....dan dengan bangganya aku nak kata ini memang my own resepi yang datang secara spontan jer.....hihihihi.....tarak ciplak mana-mana yer....kalau terjumpa yang sama maybe kebetulan....aku letak sedikit serbuk coklat just untuk dapatkan rasa mild coklat jer..
 
 
Bahan Kek
 
1 cawan minyak zaiton
3/4 cawan gula
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovallete
 
1 1/2 cawan tepung gandum       )
1 1/2 sudu kecil baking powder  )Bahan kering
1 sudu kecil bicarbonate             ) diayak bersama
3 sudu kecil serbuk coklat          )
 
Bahan Cheese
 
250gram cream cheese (dah tentu Philadelphia)
120gram susu pekat manis
50 gram whipping cream
 
Parutan cheddar sebgai hiasan
 

Cara menyediakan kek;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Satukan kesemua bahan kecuali bahan kering. Pukul hingga kembang, Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dengan hanya gaul balik guna spatula or senduk kayu. Griskan loyang kek or aku hanya guna paper baking kat bawah kek. Masukkan adunan dan bakar lebih kurang 30 minit or hingga kek masak. Sejukkan kek terlebih dahulu.

 Dah siap...kek ni sangat lembut dan gebu....ala-ala sponge cake gitu....
 
Untuk cream cheese, satukan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan cair.
 
Potong kek ikut saiz mangkuk anda. Potong kek pada dua bahagian. Masukkan lapisan pertama sebagai tapak. Curahkan cream cheese di atasnya , masukkan lapisan kedua kek, curah cream cheese  lagi dan akhir sekali hiaskan dengan parutan cheddar.Dah siap simpan dalam peti sejuk.
 
 Sedap sangat makan ketika sejuk-sejuk....:))
 


Sunday, 15 December 2013

RED VELVET CHEESE KEK LELEH....

Macam dah jadi trend sekarang plak Cheese Leleh ni....kalau tengok kat facebook ramai yang promote jual cheese kek leleh....ada yang kek biasa, kek pandan la...red velvet pun ada....bila tengok kebanyakkan resepi kek tu sama jer seperti kek biasa cuma yang specialnya sebab ada cheese yang meleleh.....en.hubby request suruh aku buat kek leleh ini dari last week....masalahnya aku dok cari cheese phildalphea tak jumpa-jumpa kat Seremban ni..kalau bab kek yang guna cheese aku memang tak nak guna brand lain...kureng sikit pada aku....Giant, Tesco, AEON Big semua aku pergi...tak ada jugak cheese phildalphea....Jumaat baru ni pergi Sogo nasib baik ada....kalau SOGO tak ada phildalphea something wrong la kan.....:))
 
 
Bahan kek
 
130grm butter
2 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan natural yogurt
1 1/2 cawan tepung                    )
1 sudu kecil baking powder        )
1/2 sudu kecil bicarbonate soda  ) satukan dan diayak
2 sudu besar serbuk koko           )
secubit garam
1 1/2 sudu kecil pewarna merah
 
Bahan cheese
 
250gram cream cheese
120grm  susu pekat manis
50gram whipping cream (tenusu)
1 buku cheddar cheese
 
Cara menyediakannya;
 
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180'C. Pukul butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul tanpa henti. Masukkan yogurt dan pewarna, pukul perlahan sebati. Akhir sekali masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil gaul dengan spatula hingga habis. Masukkan dalam acuan kek, bakar lebih kurang 45 minit or sehingga kek sudah masak. Sejukkan kek terlebih dahulu kemudian baru potong pada 2 bahagian.
 
Untuk cheese, satukan kesemua bahan. Pukul hingga cheese jadi putih. Adunan ini agak cair yer.
 
Masukkan satu lapisan kek yang telah dipotong dalam caserol. Curahkan cream chese rata di atasnya. Tutup semula dengan lapisan kek yang kedua. Curah sekali lagi cream cheese kat atas kek, tutup semula. Akhir sekali parut cheddar cheese di atasnya.
 
 
Kek leleh ni sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Memang cair jer masuk dalam mulut. Memang ramai sangat penjual kek tengah promote kek leleh ini. Ada yang jual dengan harga RM9 - RM10 satu bekas plastic saiz standard tu. Ada untung ker yer? Kos buat kek ini agak tinggi...cream cheese phildalphea jer harga dah RM12++.....dan memang cukup-cukup untuk sebiji kek....hmmmmmm......mungkin mereka beli secara borong so dapt harga istimewa kan......:))

Sunday, 6 October 2013

NUTELLA BROWNIES

Tergoda tengok kawan di FB buat brownies ni.....nampak begitu marvelous....terus minta resepi...amat simple dan mudah sangat.....macam buat cokodok jer....hahahahha......nasib baik semua bahan ada....kejapan jer aku panaskan oven dan terus sediakan bahan-bahan...



3 jenis jer bahan-bahannya
 
10 sudu besar tepung superfine
1 cawan nutella
2 biji telur


 
Gunakan sudu sukatan yang standard ni...

campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan

 
pukul hingga adunan agak ringan
 
 masukkan dalam loyang empat segi saiz 5" X 5"...Alaskan terlebih dulu dengan baking paper or kalau tak ada griskan dengan butter....
 
Bakar dalam suhu 180'C lebih kurang 30 minit or bila kek dah masak...pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu....as usual nak tau kek dah masak cucukkan dengan cake tester...kalau dah tak melekat keluarkan....
 
dah boleh makan............

sekejap jer kan....memang cepat.....kalau nak lagi sedap sapukan topping coklat kat atas brownies dan badam panggang...or ikut suka....:)

Tuesday, 20 August 2013

KEK COKLAT KARAMEL

Assalamualaikum.....kek karamel lagi???? seperti yang dikatakan dulu kalau buat pavlova mesti ada susulannya....jangan membazir kuning telur yer kakak-kakak dan adik-adik semua....hehehehe..... yang ini versi coklat plak....dahulu pernah buat tapi guna kaedah kukus....boleh tengok kat link SINI...rasanya yang bakar ni lagi sedap dan marvelous....haruman coklat tu membuatkan nak makan tanpa henti....kek coklat yang moist sangat.....cara buatnya lebih mudah dari kek caramel biasa....tak perlu nak sudu-sudu banyak kali....curah jer semua dan bakar....mari tengok resepi...

 
Bahan-bahan;
 
2 sudu gula
 
Ratakan dalam loyang kek, masak atas dapur dengan api paling perlahan hingga gula jadi warna caramel....jangan hangus yer...tak sedap kek nanti...Sejukkan hingga dengar bunyi seakan-akan gelas pecah..ketepikan...
 
B. Puding
 
4 biji kuning telur ( lebihan pavlova)
3 biji telur (putih + kuning)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu gula
1 sudu esen vanilla
 
Cara: Masukkan kesemua bahan dalam mangkok. Pukul sekejap dalam 30 saat, tak perlu kembang, tapis dan masukkan dalam loyang yang berisi gula caramel tadi. Ketepikan.
 
C. Kek
 
I cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak zaiton (boleh guna minyak sayur kalau tak ada)
1 cawan serbuk koko (prefer van hauten)
4 biji telur
 
3/4 cawan tepung gandum**
1 sudu teh baking powder **
1 sudu teh bicarbonate**
** Ayak bersama
 
 Cara. Masukkan susu cair, susu pekat, gula, minyak dan serbuk koko dalam periuk. Panaskan kesemua bahan, kacau sebati. Bila dah agak berasap sejukkan. Masukkan 4 biji telur, kacau sebati  dengan whisk jer dan masukkan bahan-bahan yang telah diayak. Kacau sebati.
 
Curahkan lapisan kek di atas lapisan pudding tadi. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170'C dengan kaedah "waterbath" selama 45 minit or bila kek dah mula meregang dikeliling loyang.
 
Biarkan kek sejuk betul-betul baru terbalikkan di atas pinggan berasingan. Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk.
 
Tips. Kuning telur yang banyak membuatkan tesktur pudding lagi cantik dan halus tapi jangan lupa esen vanilla yer....kalau tak bau lain plak terasa...:))

KEK KARAMEL

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog ini...rasanya masih belum terlambat nak buat ucapan...lama betul tak update blog....musim raya tak ada masa nak masukkan entri...musim raya ni jugak memasak tanpa henti....kadang-kadang rasa seperti bukak restoran di rumah....hehehehe tapi seronok....seronok sangat bila tetamu datang beraya dan menjamu hasil dari masakan kitakan....kek karamel ni salah satu hidangan yang aku sediakan...Sabtu baru ini saudara dari Johor Bharu berkunjung ke rumah...request nak makan pavlova....dari membazir jer kuning telur tu lebih baik buat sesuatukan....dah biasa sangat buat pudding caramel....jadi tambah sedikit bahan jer lagi terus jadi kek caramel.....sebelum ni memang dah pernah buat...boleh lihat kat link SINI tapi yang ini telah aku adjust dan kecilkan sedikit adunan keknya....

                           
 Bahan-bahan;
 
A. Gula Hangus
 
2 sudu besar gula
 
Cara sediakannya: Tabur rata seluruh permukaan loyang dengan gula  dan masak dengan api perlahan hingga gula bertukar warna caramel. Nak sekata pusing-pusingkan loyang tu biar keseluruhan ada caramel. Ketepikan kemudian akan kedengaran bunyi macam kaca pecah bila caramel dah sejuk.
 
B. Puding
 
I cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu the esen vanilla
4 biji kuning telur (lebihan pavlova)
3 biji telur
 
Cara: Masukkan kesemua bahan dalam mangkok. Pukul sekejap dalam 30 saat kot dengan kelajuan paling minimum, tak perlu kembang. Tapis masukkan dalam loyang yang telah berisi gula hangus tadi. Ketepikan.
 
C. Lapisan Kek
 
80grm tepung gandum **
1/2 sudu the baking powder ** ayak bersama
2 biji kuning telur
20grm gula kastor
70ml air biasa
30ml minyak zaiton (kalau tak ada minyak sayur pun OK)
1 sudu besar susu pekat manis
 
D. Meringue
 
3 biji putih telur 
20gram gula castor
** pukul telur dengan gula dalam mangkok berasingan hingga gebu dan kalau dibalikkan bekas adunan tak jatuh...confirm OK dah tu..
 
E. Pewarna ikut suka
( yang ini aku guna stroberi emulco, blueberry emulco dan pandan)
 
Cara untuk sediakan kek:

Masukkan kesemua Bahan C dalam mangkok. Kacau sebati dengan whisk dah memadai. Masukkan meringue. Gaul sebati kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian ikut warna pilihan.

Untuk lapisan pertama masukkan 2 sudu bahagian warna adunan kek di atas puding, Bahagian B. Contoh 2 sudu adunan merah, kemudian 2 sudu hijau dan diikuti dengan 2 sudu biru. Selepas itu baru masukkan satu sudu setiap adunan warna untuk dapatkan corak yang lebih menarik. Ulang langkah seterusnya hingga habis. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170'C api atas bawah dengan kaedah water bath (masukkan air panas dalam dulang atau bekas yang lebih besar dari loyang kek kemudian baru letakkan loyang berisi adunan kek di atasnya). Bakar lebih kurang 45minit or bila bahagian  kek mula meregang di keliling loyang.

Biarkan kek betul-betul sejuk dahulu baru diterbalikkan. Simpan dalam peti ais. Sangat sedap bila dimakan sejuk-sejuk.
 
 
Selamat Mencuba!!!
 

 

Sunday, 14 April 2013

BUTTER CAKE

Tepat 2 minggu tak update blog kerana kesihatan kurang mengizinkan....mula-mula sakit mata....pastu kena demam selsema plak...now cuaca tak menentu....belah pagi hingga ke tengahhari panas terik....petang pulak hujan selebat-lebatnya..hmmmm.....hari ni encik hubby request nak makan butter cake....selalu aku buat butter cake yang segera jer keluaran NONA...senang sangat....sebab  terlebih rajin sikit aku buat adunan sendiri....hmmmm...lagi sedap dari NONA tu tau....hahahaha.....puji diri sendiri....tapi memang betulpun sedap....lagi lembut.....ala-ala kek sponge plak.....tak cayer tengok resepi ni dan buat sendiri yer....:))

Bahan-bahan;

250grm salted butter suhu bilik (aku guna brand SCS)
220 gram tepung naik sendiri - diayak
200 gram gula castor
4 biji telur gred A
75ml susu cair/segar
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya;

Asingkan putih telur dengan kuningnya.
Pukul putih telur hingga jadi meringue or kalau terbalik mangkok tu adunan tak jatuh dah kira ok la tu. Ketepikan.

Pukul butter dengan gula hingga gebu. Masukkan esen vanilla.

 Masukkan kuning telur sebiji sebiji. Pukul lagi.

 Sambil putar perlahan masukkan sedikit-sedikit  tepung selang seli dengan susu segar hingga habis.

 Masukkan separuh putih telur or meringue dalam adunan dan pukul perlahan.


Akhir sekali masukkan baki meringue tadi. Kacau kaup balik dengan spatula jer. Masukkan dalam loyang kek yang telah disapu sedikit butter. Aku hanya letak baking paper jer. Bakar dengan suhu 175'C selama 45minit. Lagi 20 minit kek nak masak turunkan suhu pada 150'C.

 Dah siap........sejukkan dulu sebelum potong...memang sedapppppppppp....:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...