Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Nasi... Show all posts
Showing posts with label Nasi... Show all posts

Thursday, 25 September 2014

NASI MANDY UDANG

Biasanya bila sebut nasi mandy mesti bayangkan sama ada ayam atau kambing... memang jarang dibuat mandy udang...tapi bila ada ahli keluarga yang ayam tak makan...ada plak kambing tak makan dan ada dua-dua sekali tak makan so kena la buat sesuatu agar kedua-dua boleh makan sama. Nak masaknya pun bukan la susah sangat....lagi mudah dan cepat.... 

Bahan-bahan;

10 ekor udang galah
3 cawan beras basmati - direndam 30minit dan toskan
 4 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - cincang
kurang setengah inci halia -mayang halus
2 biji tomato cincang
2 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis  )
2 kuntum bunga lawang     ) penumis
5 kuntum bunga cengkih    )
4 -5 biji buah pelaga          )
2 sudu minyak sapi
2 sudu minyak zaiton
1 pokok ketumbar - potong
1 sudu besar rempah nasi mandy
garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Panaskan minyak sapi + zaiton. Masukkan bahan penumis, kemudian bawang + putih + halia + daun bay. Setelah layu dan naik bau masukkan tomato cincang, masak hingga tomato hancur. Masukkan udang dan akhir sekali air rebusan ayam dan daun ketumbar.

 
Masukkan setengah beras yang telah ditoskan dalam rice cooker, isi udang diatas kemudian tutup balik dengan lebihan beras. Curahkan kesemua kuah rebuasan dalam nasi. Masak hingga nasi kering. Kacau nasi selepas 20minit nasi masak untuk mengelakkan beras patah.
 
Makan bersama dengan salsa dan sambal tomato. Resepi untuk salda dan sambal DISINI.
 
Selamat Mencuba!!

Wednesday, 17 September 2014

NASI MANDY KAMBING

Assalamualaikum semua....ini cerita cuti Hari Malaysia baru ni...cuti yang singkat...satu hari pun rasa macam beberapa jam sahaja. Sebenarnya dah banyak kali masak nasi arab kambing ni tapi tak tau kenapa tak masuk-masuk dalam blog ini. Semalam masa memasak awal-awal dah cakap dalam hati kena kongsi resepi dengan kawan-kawan semua...memasak nasi arab ni tak da la susah sangat....tapi  kalau makan kat luar mahal ya rabbiii......sepinggan nasi arab kambing sama harga setengah kilo kambing mentah tu kan....kalau pergi ke tempat betul-betul restoran arab plak sepinggan nasi arab kambing ni sama harga sekilo kambing mentah..malah lebih lagi....tak tau tang mana mahalnya....kalau dari segi penyediaan tak la susah mana....tak cayer?? jom tengok resepi....



Bahan rebus kambing;

1 kilo kambing (lebih baik daging + tulang)
2 helai daun bay
1 inci halia - dihiris besar2
4 -5 biji buah pelaga
air secukupnya

Nasi
6 cawan beras basmati - rendam dulu paling kurang 20minit and toskan
7 1/2 cawan air rebusan kambing
2 biji tomato segar - cincang
1 biji bawang besar -potong dadu
1inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaiton
2 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis  )
6-7 biji bunga cengkih       )
3 kuntum bunga lawang     )
4-5 biji buah pelaga           )
2 helai daun bay
1 1/2 sudu besar rempah nasi mandy
1 pokok daun ketumbar
garam dan sedikit gula secukupnya

Cara memasaknya

 
Cuci kambing bersih-bersih dan toskan.  Rebus dengan air yang secukupnya bersama hirisan halia, pelaga dan daun bay. Rebus sampai daging kambing lembut. Jangan letak garam dalam rebusan yer. Aku rebus dalam 3 jam, ntah berapa kali tambah air...ntah bila nak beli pressure cooker tak tau laa..... 
 
 
Panaskan minyak sapi + minyak zaiton, masukkan bahan penumis kemudian bawang, halia, bawang putih dan daun bay hingga naik bau. Masukkan tomato cincang, masak hingga tomato hancur, kemudian masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Masukkan rempah nasi mandy. Biarkan seketika supaya rempah sekata dengan daging dan akhir sekali masukkan air rebusan kambing dan daun ketumbar, biarkan mendidih seketika dan tutup api. 

Masukkan setengah beras basmati yang telah ditoskan dalam rice cooker. Masukkan isi kambing di atasnya.
Tutup balik dengan baki beras tadi, kemudian curahkan kesemua kuah tumis tadi ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak biarkan lebih kurang 20 minit,barulah di kacau untuk mengelakkan nasi patah.
wallaaaaaaaa...............dah siapppp!! 

 
Untuk makan nasi arab ni kena ada sambalnya...sambal tomato seperti dibawah;
 


Bahan-bahannya;

6 biji tomato (saiz kecik sikit masa aku buat ni)
1 pokok daun ketumbar
2 ulas bawang putih
10 biji ciliapi - ikut suka
1 biji lemon - ambik jusnya
sedikit garam

Masukkan kesemuanya dalam food processor. Jangan campur air yer. Tekan mesin....zupppppppppp...dah siap....boleh hidangkan....senang sangatkannnn.....


Ini plak namanya salsa...yer kerr...sahaja aku tambahkan....lagi senang nak buat....
 

 
Bahan-bahan;
 
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji tomato
1/2 biji capsicum
1/2 biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
blackpepper ajishio secukupnya
2 sudu minyak zaiton
2 sudu jus lemon
 
Cara membuatnya;
 
Buang tempulur timun takut terlalu berair. Potong dadu, lobak merah, tomato potong dadu. Cincang capsicum, hiris kecil bawang besar dan daun ketumbar, gaul kesemuanya.
 
 
Kos keseluruhan hidangan ini tak sampai pun RM50 tapi boleh di makan untuk 6 - 8 orang....jimat tak??? Dari segi rasa, inshaAllah...memang sedap.....cuma tak berapa nak jadi mandy sangat sebab aku tak ada arang yang dibakar. Untuk dapatkan haruman yang sama macam nasi mandy di luar sana, bakar sedikit arang,biarkan berbara, kemudian bungkus dengan aluminium foil. Buat lubang ditengah nasi, masukkan arang yang dibungkus tadi dan tutup periuk semula. So nasi akan berbau lagi harum.
 
Untuk dapatkan rempah nasi mandy ini, boleh pergi di mana-mana kedai arab...memang ada...harga pun murah jer...yang aku beli ni 100grm baru RM3...dengan 100grm tu boleh masak 3 kali dengan kuantiti seperti di atas....mudahkannnnn?????

Saturday, 6 September 2014

NASI DAGANG GULAI IKAN

Cerita tengahari tadi....menu Pantai Timur hari ini.....dah bertahun tak buat nasi dagang...selalunya aku buat gulai ikan tenggriri atau bawal...tapi malam tadi pergi Pasaraya Zeemart berhampiran rumah tak ada plak ikan yang dicari..so beli jer ikan tongkol ...memang ikan tongkol la lauk paling sinonim dengan nasi dagang selain dari ayam....rasanya orang pantai timur kalau buat nasi dagang hanya dengan ikan tongkol kot...

 
Tercetusnya idea nak buat nasi dagang sebab jumpa beras ini di Pasaraya Zeemart malam tadi...selalu beli beras sama ada pergi Pantai Timur atau pasar Chow Kit....kat pasar Seremban  tak pernah jumpa lagi...tak sangka beras nasi dagang dah boleh dapat di pasaraya....satu bungkus seperti di bawah 2 kilo...boleh masak 2 kali...harga RM13.90...memang mahal sikit dari Pantai Timur tapi amat berbaloi...ada orang suka campurkan dengan sedikit beras pulut...tapi aku lagi suka guna 100% beras nasi dagang sahaja..ikut selera masng-masingkan......

 Bahan-bahan untuk nasi;

1 kilo beras nasi dagang - rendam 2-3 jam dan toskan
2 cawan santan cair
2 sudu besar halba

Kuah santan

1/2 inci halia              )
2 ulas bawang putih   )
4 ulas bawang merah ) dimayang
3 cawan santan pekat)
1 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya;

Gaulkan beras yang telah ditoskan tadi dengan halba. Masukkan santan cair. Kukus sehingga beras separuh masak.
 
Campurkan kesemua bahan untuk kuah santan. Masak hingga mendidih , jangan sampai pecah minyak yer....sama seperti masak lemak. Bila dah mendidih tutup api.


Keluarkan nasi yang separuh masak tadi ke dalam mangkok besar...periuk ker....curahkan kuah santan yang telah masak tadi....gaul rata...sama seperti buat pulut kuning. Biarkan kesemua kuah santan tadi meresap dalam beras.

Masukkan dalam mangkuk dan kukus semula hingga nasi betul-betul masak. Aku gunakan mangkuk penapis yang besar semasa mengukus nasi ni so tak da la beras tu jatuh kat lubang kukus yang besar tu...
 
 Dah masak.....wallaaaaaaaaa .......satu rumah bau halba tau....

Untuk gulai ikan tongkol plak resepi seperti di bawah;

 
Bahan-bahan;
 
1 kilo ikan tongkol
10 biji bawang merah   )
5 ulas bawang putih     ) dikisar halus
1 inci halia                   )
1 inci lengkuas             )
1 batang kulit kayu manis
1 senduk cili kisar
1 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
3 sudu besar rempah gulai ikan nasi dagang
2 sudu besar kerisik
1/2 keeping gula Melaka
3 keping asam gelugor
1 gengam cili padi akar
1 biji kecil timun...belah ikut suka
1 1/2 biji kelapa - ambik santannya
garam secukup  rasa
sedikit minyak untuk menumis
 
 
Cara memasaknya;
 
Potong dan cuci ikan bawah paip mengalir, toskan. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar  bersama kulit kayu manis hingga naik bau dan pecah minyak. Satukan cili kisar, kunyit dan rempah gulai ikan nasi dagang, masukkan dalam bahan kisar yang telah ditumis tadi. Kacau hingga cili masak kemudian masukkan santan dan asam gelugor. Bila dah mendidih masukkan ikan, timun, cilipadi (tak perlu potong yer).  Akhir sekali masukkan kerisik dan gula Melaka. Rasa garam secukupnya, masak hingga kuah agak pekat. Angkat dan boleh hidangkan.


Untuk lagi sedap sediakan acar mentah sekali. Yang ini aku memang buat ikut style aku. Resepi kat bawah;
 

 Bahan-bahan;

1 biji timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 - 2 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaiton
1 biji cili merah- buang biji- dimayang
garam sucukup rasa

Kupas kulit timun dan lobak merah. Potong lebih seinci. Untuk timun aku buang isinya untuk mengelakkan terlalu berair. Hiris bawang besar ikut suka. Masukkan minyak zaiton, perah asam limau dan rasa garam secukupnya. Gaul sebti semuanya.
 

Nak lengkap lagi makan dengan telur rebus yaa....hihihihi....done!!!!
 
Note: Jika tak ada rempah nasi dagang boleh buat sendiri  seperti berikut;
 
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
 
Semua bahan di atas digoreng tanpa minyak dan kisar halus. Campurkan dengan 1 paket kecil serbuk kari ikan.
 
 
 
 


Thursday, 23 January 2014

NASI BERIANI UDANG

Sejak balik bercuti dari Sabah dua hari sekali masak udang....terpaksa...semasa kat Sabah beli udang sampai 5kg...sikap tamak terus datang....tapi 2 kilo aku dah buat bbq....ada baki 3kg lagi...bagi keluarga mertua sikit sebab yang makan udang mak dan bapak mertua jer.....udang kalau simpan lelama dah kurang manisnya...so kena masak la cepatkan..dah puas goreng..masak gulai...dah gulai goreng balik...macam buntu plak nak buat apa dengan udang ni...nak buat sambal kurang jalan sikit kalau udang harimau ni...tengok blog Mat Gebu terjumpa la resepi Beriani Udang...macam sedap jer nampak....terus idea mari...tapi aku tak ikut resepi Mat Gebu yer...aku ikut apa barang yang ada dalam peti ais...:))


Bahan-bahan;

2 1/2 cawan beras basmati - cuci dan rendam lebih kurang 20 minit, toskan
7 ekor udang harimau or udang galah
2 cawan air (sukatan yang sama cawan beras)
1 cawan susu cair
1 batang lobak merah ) potong dadu kecil
2 biji tomato               )
garam secukup rasa
Daun Oregano segar - selalu guna daun ketumbar tapi tak ada
1 sudu makan rempah beriani

Bahan Tumis

1/2 biji bawang besar    )
3 ulas bawang putih      ) potong dadu kecil
kurang 1/2 inci halia - tumbuk tak hancur
1 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 - 6 biji bunga cengkih
3 biji buag pelaga
2 sudu minyak sapi
2 sudu minyak zaiton

Cara menyediakannya;

Bersihkan udang dan toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak zaiton dalam kuali. Masukkan kesemua bahan penumis, dah naik bau dan layu masukkan tomato dan lobak merah. Kemudian rempah briani, kacau hingga naik minyak dan baru lah masukkan udang. Biarkan udang setengah masak, kemudian masukkan beras basmati.Kacau sebati perlahan-lahan, jangan sampai beras patah. Kemudian angkat dan masukkan dalam rice cooker. Masukkan air, susu dan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun oregano segar. Selepas nasi kering biarkan dahulu lebih kurang 15 minit dan baru la dikacau perlahan, so nasi tak hancur. 
 
Hiaskan dengan kismis dan bawang goreng jika suka tapi aku tak letak sebab kurang suka...hehehehe. Memang betul Mat Gebu cakap, nasi beriani udang ni memang sedap sangat...walaupun tak cukup bahan tapi makan nasi tu jer dah cukup sedap sebab air udang dah meresap dalam nasi.. persediaan untuk memasak pun tak lama..hanya 15 minit kemudian boleh lepak tengok tv sambil tunggu nasi masak....hmmmm....kalau ku tahu nasi beriani udang ni sedap dari dulu lagi aku dah buat yer....:))

Saturday, 28 December 2013

NASI JAGUNG.....mudah dan sedappp.....:))

Mulai hari krismas hari tu aku  terus ambik cuti, ikut en.hubby habiskan cuti tahun sampaitahuj baru....kali ini tak ada plan nak bercuti ke mana-mana kerana hujung minggu  ada jer kenduri...bila dah cuti macam-macam plan nak masak...aku masak nasi jagung ini hari Khamis lepas...baru ada masa nak masukkan entri dalam blog....senang sangat nak buat nasi jagung...makan plak sedap.....


Bahan-bahan

6 cawan beras basmati  (rendam lebih 30minit dan toskan)
6 cawan air (cawan sukatan yang sama dengan beras)
1 cawan susu cair
1 tin jagung krim
sedikit garam

Bahan penumis

1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - dimayang halus
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak jagung (aku guna minyak zaiton)
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 helai daun bay

Cara memasak;

Panaskan butter dan minyak dalam periuk. Masukkan bahan penumis. Goreng hingga naik bau dan kekuningan kemudian masukkan air dan jagung krim. Bila dah mendidih masukkan susu dan akhir sekali beras basmathi dan sedikit garam. Masak hingga nasi kering. Kacau nasi selepas 20 minit nasi masak untuk elakkan nasi jadi patah.
 
Semasa buat nasi jagung, aku masak lauk kari kambing, ikan bawal sweet & sour dan salad....keluarga mertua datang dinner kat rumah malam tu...memang laju jer kami semua makan....:))

Tuesday, 16 July 2013

NASI AYAM GORENG BEREMPAH..

Hari ini genap seminggu umat Islam berpuasa...dan hari ini juga buat pertama kali aku memasak selepas waktu kerja untuk buka puasa...semalam balik Seremban..buka rumah mertua....minggu lepas cuti hampir seminggu...sampai rumah pukul 5 petang....bulan puasa ni kami balik awal...4.30pm dah abis tapi masuk kerja awal la...8.30pagi...dah sampai rumah bukan terus ke dapur...boleh terbaring sekejap...lepak-lepak atas katil...lepak punya pasal jam hampir pukul 6 petang...terus kelam kabut pergi dapur...nasib baik ayam dah keluar awal tadi....memang dah plan pun hari ni nak buat nasi ayam....walaupun ramai yang dah mula nak boikot beli ayamkan....hehehehe....resepi ni aku buat untuk 2 - 3 orang makan yer...
 

Bahan-bahan dan cara menyediakannya;
 
A. Stok Ayam
 
1/2 ekor ayam
7 cawan air
1 kiub pati ayam
 
Potong ayam ikut suka, cuci dan toskan. Rebus ayam dengan kuib pati ayam bersama 7 cawan air hingga mendidih dan ayam sederhana masak. Tutup api dan ketepikan. Keluarkan ayam dan toskan.
 
B. AYAM GORENG BEREMPAH
 
Ayam yang telah direbus
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*  
2 batang serai*
  1/2 sudu teh jintan manis  
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji ketumbar
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu madu
Minyak untuk menggoreng secukupnya
 
Kisar tanpa air bahan bertanda *. Goreng tanpa minyak jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga garing kemudian kisar kering hingga halus. Tinggalkan 1/2 sudu untuk sup nanti. Gaul kesemua bahan dengan ayam. Perap lebih kurang 30 minit. Kalau perap lagi lama lagi sedap. Goreng dalam minyak yang penuh, api sederhana hingga ayam garing.
 
C. Nasi
 
3 cawan beras - bersih dan toskan
3 1/2 cawan air stok ayam
2 sudu butter
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang *
5-6 biji bunga cengkih*
1/2 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam dan kunyit serbuk
 
Panaskan periuk. Cairkan butter, masukkan bahan bertanda *. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang besar dan daun pandan. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan stok ayam. Masak hingga nasi kering.
 
D. Sos Cili
 
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia *
1 biji bawang besar*
1/2 sudu cuka
1/2 sudu gula
garam secukup rasa
1 cawan stok ayam
 
Kisar semua bahan bertanda *. Campurkan kesemua bahan, masak hingga sos jadi agak pekat.
 
E. SUP
 
3 cawan stok ayam
1 batang kecil kulit kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
4-5 biji bunga cengkih*
1/2 biji bawang besar  - potog dadu
2 ulas bawang putih - mayang halus
sedikit halia - mayang halus
1/2 sudu rempah kisar perap ayam 
1 sudu minyak zaiton - minyak biasa pun ok
garam secukup rasa
Daun sup/ daun bawang
 
Panaskan minyak, masukkan bahan *, kemudian bawang besar, halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan stok ayam dan rempah kisar ayam tadi. Rasa garam secukupnya. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
 
F. ULAMAN
 
Daun salad
Timun
Tomato
 
Kalau baca resepi Nampak macam susah tapi sebenarnya tak la sesusah manapun. Dalam sejam mesti siap dah semua tu. Ikut jer step by step ni...yang penting buat stok ayam dulu...pastu perap ayam...masa perap ayam tu boleh masak nasi plak..sambil tunggu nasi masak boleh buat sos cili dan sup...akhir sekali baru la goreng ayam tu kan..baru best makan ayam panas-panas.....sebenarnya aku yang susah nak susunkan step by step agar u all faham...hehehehe... aku tak buat kuah kicap sebab en.hubby tak makan...sebab tu aku buat ayam berempah...komen dari en.hubby....memang best!!! itu yang penting....hahahhaha....
 
Selamat Mencuba dan aku pasti ko orang akan cuba dan cuba lagi.....:))
 
 


Sunday, 23 June 2013

NASI KURMA

Assalamualaikum, ketika ini di Seremban keadaan  jerebu agak teruk...keluar rumah sekejap jer dah bau asap...bila la agaknya nak berakhir masalah jerebu ni...mata dah mula gatal-gatal...mungkin semasa memasak tadi buka tingkap dan pintu....kena buka la kan....kalau tak lagi terpengap....hari ni menghabiskan stok dalam peti ais...yang ada hanya ayam dan kambing....pastu semalam ada beli nenas...ada beli timun jepun...ingatkan nak masukkan dalam salad malam tadi.....tapi terlupa....so memang sesuai sangat nak buat acar mentah..resepi Acar Mentah....ayam plak aku masak kurkar...resepi ada DISINI....semalam masak kari kambing tapi tak usik langsung....so hari ni just panaskan semula....untuk sesuaikan dengan lauk pauk yang sedia ada aku masak nasi kurma...

 Bahan-bahan;

6 cawan beras basmati
1 inci halia - dimayang halus
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang kulit kayu manis             )
3 kuntum bunga lawang                )  bahan penumis
8 biji bunga cengkih                     )
4 biji buah pelaga                        )
3 sudu makan serbuk kurma
8 cawan air
2 kuib pati ayam
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaiton

Hiasan;
Kismis, bawang goreng, daun saderi (aku tak letak coz x ada)

Cara memasaknya;

Cuci bersih beras basmati kemudian rendam lebih kurang 30 minit, toskan. Masak air bersama dengan kiub pati ayam. Jika tak nak gunakan pati ayam boleh gantikan dengan air rebusan ayam. Panaskan mentega dan olive oil. Masukkan bahan penumis, kacau hingga naik bau. Masukkan daun pandan yang disimpul, bawang besar, halia dan putih, kacau hingga naik bau dan bertukar warna. Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air, jadikan pes. Masukkan rempah kurma, kacau hingga naik minyak kemudian curahkan beras, kacau hingga semua beras rata dengan serbuk rempah. Angkat dan masukkan dalam rice cooker. Curahkan air panaas yang dimasak dengan kiub pati ayam tadi. Apabila nasi dah kering taburkan kismis di atasnya. Kacau nasi dengan gunakan chopstik lepas 20 minit nasi masak so beras tak akan patah. Ketika hidang hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup..ikut suka.

 haaaa.....meriahkan.....

ini pinggan aku.....kalau ada kambing memang tak usik ayam laaa....tapi nasi kurma ni memang sangat sesuai makan bersama dengan ayam kurkar.....memang cunnnnn......!!!

Tuesday, 26 February 2013

NASI TOMATO SIMPLE....ikut selera tuan yang masak...:)

Kerana pajeri nenas tak pepasal aku masak nasi tomato untuk dinner semalam...paling simple dan guna apa ajer stok yang ada...kalau chef-chef professional tengok resepi ni mesti dia orang kata ntah apa-apa tapi ada aku kesah???? .seperti Encik Mat Gebu kata dapur tanpa sempadan...ikut suka dan ikut selera masing-masing...yang paling penting Encik Hubby makan bertambah-tambah....hahahhaa....

Bahan-bahan;

2 cawan beras basmati - rendam lebih kurang 30 minit
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
6 - 7 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar saiz sederhana - potong dadu
3 ulas bawang potong - potong dadu halus
1/2 inci halia - mayang halus
2 helai daun bay - daun pandan tak ada
2 1/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 biji buah tomato saiz besar - potong dadu
3 sudu tomato sos
1 kiub pati ayam
1/2 cawan minyak zaiton

Bahan tabur - jika suka;
Kismis, bawang goreng, hirisan daun saderi, kacang pis

Cara membuatnya;

Cuci beras dan toskan. Panaskan minyak zaiton dan masukkan bahan penumis (kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang) Setelah naik bau masukkan bahan-bahan yang telah dihiris(bawang besar, putih, halis) dan daun bay. Kacau lagi hingga kekuningan dan masukkan tomato yang dipotong dadu. Bila tomato dah agak hancur masukkan tomato sos dan taburkan kiub pati ayam. Kemudian masukkan beras, goreng beras sebati dengan bahan-bahan tadi. Angkat dan masukkan dalam rice cooker. Masukkan air bersama susu cair. Biarkan hingga nasi masak. 

Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak takut beras patah. Kalau dah patah nasi dah tak cantikkan. Kalau guna rice cooker , selepas nasi masak biarkan lebih kurang 20 minit baru la dikacau dengan garfu or chopstick.

Taburkan dengan kismis, bawang goreng, hirisan daun saderi dan kacang pis. Tapi aku tabur dengan kismis jer sebab yang lelain tu kurang gemar sikit...:) 

Lauk pauknyer plak memang lari dari konsep asal nasi tomato....kami makan bersama Pajeri Nenas (resepi ada SINI) dan Ayam Goreng Berempah jer... (RESEPI )

Kalau ikut kebanyakkan resepi semuanya guna minyak sapi. Memang tak dinafikan minyak sapi memang sedap dan berbau harum. Tapi disebabkan kami tak berapa suka dengan minyak sapi sebab rasa cepat muak so aku gantikan dengan minyak zaiton...baru la boleh makan bertambah-tambah....aku pun tak letak tomato puree, hanya guna tomato sos...ada yang letak dua-dua....daun bay plak gantikan daun pandan sebab kat rumah tak ada.....semuanya.terpulang...tak ada saper pun yang marahkan...sebab itu aku kata...ikut selera tuan yang masak....yang penting Encik Hubby suka....:))


Tuesday, 25 December 2012

TETAMU DARI KUANTAN DATANG DINNER KAT RUMAH....

Hari ini aku off kerja sempena cuti krismas esok....memang plan hari ni nak membaking...tapi kepala sakit la plak...2 biji panadol jadi mangsa aku...projek baking tergendala....nak masak lunch pun malas....duduk rumah kat Seremban ni sorang-sorang coz encik hubby kerja....tup-tup  pukul 3 encik hubby call kata kawannya dari Kuantan nak datang rumah malam ni...suruh aku masak...terkejut aku.....nak masak apa yer?? disebabkan terkejut terus hilang sakit kepala...semalam kami pergi hypermarket sampai 2 tempat..mula2 ke Carefour Wangsa Maju...nak beli groceries..tapi orang sikit la punya ramai...nak pilih barang pun susah....tak dapat nak beli semua...sampai Seremban lepas Maghrib pergi plak ke Tesco...nak sambung cari groceries...sama jugak....ada bakul yg dah tutup plastik...dah habis....hmmm...betul-betul blur aku nak masak apa....cek dalam peti ais daging kambing ada lagi...peha ayam pun ada sikit....beras bashmati pun ada....hmmmm..paling senang..nasi arab dgn kari kambing jer la...sebab kelam kabut macam-macam benda plak yang jadi....
 
Pertama sekali aku sediakan rempah untuk nasi arab sini...lepas goreng semua rempah ingat nak mesin halus....tapi tengok la ni..
Food processor ni aku baru beli....aku punya blender yang kering dah rosak...sebab tu aku beli ni...bila nak guna tengok plugnyer tak pasang lagi....adus....terpaksa aku menumbuk guna lesung batu..:((
 
pastu nak masak kari kambing plak.....sediakan semua bahan-bahan....kena guna daun kari...lama gak aku tak ambik daun kari kat belakang rumah ni...
Tak tau la naper daun kari aku semuanya dah kena makan kat ulat...pelik betul.....terpaksa aku pilih-pilih mana daun yang elok.....:((
 
Awal-awal aku dah rendam beras 1 kilo...sambil masak kari kambing sini..
 
 
aku sediakan bahan-bahan nasi arab dulu..pukul 6 lebih kang baru masak nasi ni...pastu aku buat pavlova as pencuci mulut...simpan dalam peti ais dulu...sejuk2 makan baru sedap...aku memang suka potong buah besar2...baru rasa real buah tu...
 
Aku goreng sayur campur...
menu last sekali..aku goreng peria rangup...
 
Akhir sekali...nasi arab...aku masukkan peha ayam semuanya...
 Kerja-kerja menyusun meja ni memang selalu encik hubby yang buat....tengok la ni...
Pinggan, gelas dan air basuh tangan jer kat ats meja ni...lauk pauk dan lelain letak kat meja buffet....tak la sempit sangatkan...
 
Lebih kurang pukul 9 malam tetamu yang ditunggu pun datang.....terus kami jemput untuk menikmati juadah yang aku masak...dah memang time makan malam pun kan....
Hubby aku jaga anak kawan yang kecil....yang baju belang ni kawan encik hubby...bertahun tak jumpa....dah jadi pakar motivasi plak now....yang baju oren suami kawan encik hubby yg duduk kat hujung tu....tinggal kat area Seremban ni jer...tapi amat jarang skali kami jumpa...huhuhu....
kawasan anak-anak....semua perempuan...hehehehe....
 
 
Sambil dia orang makan aku buat kek coklat 5 minit ni...sekejap jer dah masakkan...5  minit jer....aku hiaskan dengan lebihan whipping cream dan buah pavlova tadi...terus hidangkan....
kemudian aku keluarkan pavlova plak.....suka anak kawan encik.hubby ni tengok pavlova....ambik gambar lagi...,hehehhehe...
 
 
lepas kekenyangan lepak kat luar..ambik angin...aku hidangkan nescaffe panas selepas tu..lupa nak ambik gambar.....borak sakan....almaklum la...lama tak jumpa....
 
lebih kurang pukul 11malam tetamu pulang...mereka menginap di Hotel Senaawang...esok dah nak balik Kuantan....In Syaa Allah...kami akan berkunjung ke Kuantan plak lepas ni....:))
 
 
 
 

Monday, 10 September 2012

NASI KABSA..

Salam semua...nasi kabsa ni aku masak untuk jamuan rumah terbuka hari raya di rumah kami baru-baru ni. Resepi di bawah ni telah aku adjust untuk saiz hidangan yang lebih kecil...masa jamuan hari raya kami telah masak lebih kurang 9kg beras basmathi untuk nasi kabsa ni...


Bahan-bahan;

3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 batang kulit kayu manis      )
6 biji bunga cengkih              )      
3 biji buah pelaga                  ) bahan penumis
2 helai daun bay                    )
3 kuntum bunga lawang        )
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji tomato - potong dadu kecil
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak zaiton
2 sudu rempah kabsa**
2 sudu kismis
1 biji lemon hitam/kering - boleh dapati di kedai arab
1 batang karot - hiris halus
1/2 ekor ayam or 600 grm kambing (ikut suka)

Rempah Kabsa

2 sudu jintan manis**
3 sudu biji ketumbar**
2 sudu jintan putih**
10 kuntum bunga lawang**
2 sudu bunga cengkih**
2 sudu buah pelaga**
1/2 sudu lada hitam**
1 sudu serbuk cili
1 sudu kunyit serbuk

Goreng tanpa minyak kesemua bahan bertanda ** kemudian kisar halus kesemuanya. Gaulkan bersama dengan serbuk cili dan serbuk kunyit. Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan bila-bila nak masak nasi kabsa.

Cara memasak nasi;

Rendam terlebih dahulu beras basmati lebih kurang 10 minit dan kemudian toskan. Panaskan minyak sapi dan minyak zaiton dalam periuk. Masukkan bahan penumis hingga naik bau kemudian masukkan halia, bawang besar + putih hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan limau kering,tomato dan rempah kabsa, masak hingga tomato hancur dan naik bau dan baru masukkan ayam or kambing. (masa jamuan aku hanya gunakan serbuk pati ayam untuk menggantikan ayam or kambing kerana masak banyak).Bila ayam dah hampir masak masukkan beras dan air. Taburkan kismis dan karot yang telah dihiris tadi di atasnya. Tutup periuk hingga hingga nasi masak. Kacau nasi selepas 20 - 30 minit nasi masak untuk mengelakkan beras patah.

Dengan resepi ni anda tak perlu lagi nak belanja mahal-mahal makan diluar..hehehehe...Selamat mencuba!!!

Thursday, 14 June 2012

NASI BRIANI BAPA MERTUA....

Salam semua.....bila tengok nama masakan ni mesti tertanya-tanya...kenapa bapa mertua??? Kenapa bukan mak mertua??? Ayah kandung ker??? Mak kandung ker??? hehehehe...ni jawapannya......briani ni rempahnya hasil masakan bapa mertuaku...sempena beliau yang buat rempah ni aku terus namakan briani bapa mertua.....kebetulan masa kenduri kahwin sepupu baru-baru ni salah satu menu utama ialah nasi briani....so aku pun ambil kesempatan suruh bapa mertuaku simpan sedikit untuk aku masak bila-bila. Bukan mudah nak masak rempah briani ni....ambik masa 4 ke 5 jam baru la kira jadi rempahnya....api plak tak boleh besar...kena kacau selalu supaya masak sekata....ngalahkan nak buat dodol...macam-macam bahan yang ada...minta maaf..apa resepinya..aku sendiripun tak tahu...apa yang ku nampak ada daun pandan, serai, bawang, halia.....seterusnya tak tau apa.... Bila dah adanya rempah ni aku hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memasak nasi briani ni....rempah ni juga boleh digunakan untuk masak ayam briani...resepi ni aku belum khatam lagi....so kena tanya lagi dengan bapa mertuaku bila aku nak masak ayam briani tu...,.sebab itu hari ni aku masak ayam tu  sekali dengan nasi...ala-ala nasi briani gam gitu....
Bahan-bahan ( untuk 2 orang makan)

2 cawan beras basmathi
1/4 ekor ayam
1 senduk rempah briani
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - mayang halus
4 - 5 tangkai bunga cengkih                  )
1 biji bunga lawang                                )
4 biji buah pelaga                                   ) bahan penumis
1 batang kecil kulit kayu manis            )
1/4 cawan susu cair
1 sudu minyak sapi
2 cawan air
garam secukup rasa

sedikit kismis
bawang goreng
Daun sup / ketumbar


Cara memasaknya.

Cuci beras basmathi dan rendam lebih kurang 10 minit kemudian toskan. Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan bahan penumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan rempah briani dan kacau mesra. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Masukkan ayam dan kacau sekali sekali sehingga ayam hampir masak. Masukkan beras bashmati dan gaulkan hingga kesemua beras telah diliputi rempah. Kemudian baru masukkan air dan garam secukup rasa. Bila hampir kering masukkan susu cair. Kecilkan api yang paling maksimun dan tutup periuk rapat-rapat. Nasi akan masak sepenuhnya dengan wap yang ada dalam periuk. Bila nasi dah betul-betul masak boleh la taburkan kismis, daun bawang dan juga daun sup atau ketumbar. Jika suka boleh taburkan gajus goreng.

Nasi briani ini lagi sedap kalau ada ayam briani dan dalcanya. Tapi disebabkan aku kesuntukkan masa sebab nak mengejar cerita Mexico di Astro Bella mula pukul 7 malam, aku hanya sempat goreng udang harimau  sahaja...hahahaha...

Ini la dia rempah briani yang bapa mertua ku masak....kena simpan ditempat beku supaya tahan lama...boleh masak beberapa kali ni.....ianya memang amat menyenangkan aku untuk memasak...:))









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...