Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Salad... Show all posts
Showing posts with label Salad... Show all posts

Sunday, 23 June 2013

ACAR MENTAH

Acar mentah ni aku buat masa makan dengan nasi kurma dan ayam kurkar....mudah sangat....potong-potong semuanya, gaul dah boleh makan.....boleh panggil salad melayu tak?? hehehhee.....walaupun simple tapi kalau makan nasi tomato tak ada acar mentah ni memang hilang ummpppp nyer......ada pelbagai stail buat acar mentah ni...ikut selera masing-masing la kan.....

Bahan-bahan;

1 biji kecil nenas josephine
2 biji timun jepun (aku suka sebab rangup)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - buang biji hiris nipis
1 sudu makan cuka epal
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya;

Kupas nenas, buang mata ke hidung..aku tak pasti, cuci dan potong kecil. Buang kulit timun nipis-nipis, cuci, buang isinya (takut salad banyak air) dan potong kecil. Aku suka potong kasar sikit, so bila kunyah krap krup bunyinya. Campurkan kesemua bahan tadi, nenas, timun, cili merah, bawang besar, cuka epal, garam dan gula secukup rasa. Gaul mesra dan boleh la dihidangkan.
 

Wednesday, 25 July 2012

TABULLAH...

Salam semua....berbuka apa hari ini?? Hari ini agak keletihan....busy di office...macam-macam hal plak yang nak dibincangkan hingga memeningkan kepala...anyway...itu la namanya kerjakan...kalau tak pening tak ada la plak cabarannya....kerana badan letih so berbuka pun buat yang simple jer.....tak payah nak masak berjenis-jenis lauk...terus masak satu pakej...hehehehe....kami ke timur tengah hari ni....nasi arab, sup tomato and saladnya plak...TABULLAH...:))


Bahan-bahan;

1 ikat daun parsley
1 biji tomato - potong dadu
1 bniji cili merah - potong halus
1 ulas kecil bawang putih - potong halus
1/2 biji bawang besar holland - potong dadu
serbuk lada hitam berperisa aji-shio
1/2 biji lemon
2 sudu.minyak zaiton

Cara meneydiakannya;

Bersihkan daun parsley dan toskan kemudian dihiris halus. Campurkan semua bahan tomato, bawang holland, bawang putih, cili merah ke dalam mangkuk pasrley yang telah dihirs tadi. masukkan serbuk lada hitam berperisa secukup rasa , minyak zaiton dan juga perahan jus lemon. Gaul mesra kesemuanya dan boleh la dihidangkan. Jika anda menggunakan serbuk lada hitam biasa, tambahkan garam secukupnya.


Di Restoran Saba, tabullah  dijual RM10 untuk saiz mangkok yang kecil. Sedangkan kita boleh dapatkan seikat daun parsley ni kurang dari RM1 sebab yang menyediakannya kita sendiri...no cost nak bayar pekerja..nak bayar sewa kedai....hehehehe

Ini la dia daun parsley...rupanya lebih kurang macam daun ketumbar...awas...jangan salah beli plak...kadang-kadang di supermarket daun ketumbar pun dilabel sebagai parsley...hehehe...untuk resepi nasi arab plak boleh lihat di link ini Resepi Nasi Arab.


Monday, 26 March 2012

SALAD SIMPLE....

Bila tengok tajuk aku baru perasan banyak menuku yang berakhir dengan simple....hehehehe...nak buat macam mana dah memang simple-simple semuanya....tengahhari tadi ajak keluarga mertua datang lunch kat rumah..,..memandangkan my parents in law ada hal untuk menguruskan hal perkahwinan sepupu di KL selepas zohor jadi aku rasa lebih baik lunch dirumah ku sahaja...untuk menu yang cepat siap aku telah masak nasi arab dan dah semestinya dengan sup tomatonya. Sayur yang sesuai dengan nasi arab ni mesti la salad...


I kotak salad (ada jual di mana-mana supermarket - lupa namanya :( ...)
10 biji cheri tomato - belah dua
1 biji bawang besar holland - potong dadu
2 batang kecil timun jepun - potong memanjang
1/4 capsicum traffic light - potong dadu
1 biji lemon - ambil jusnya
2 sudu olive oil or secukupnya
serbuk blackpepper
garam secukup rasa

Rendam salad dalam air garam, bersihkan dan toskan.  Masukkan dalam mangkok dan campurkan dengan timun, bawang besar, capsicum, jus lemon, blackpepper dan olive oil.Gaulkan kesemuanya sehingga mesra dan rasa garam secukupnya.  masukkan dalam fridge. Bila nak makan baru keluarkan semula.

Salad ni la memang paling simple nak buatnya. Tak sampai 10 minit dah siap. Rasapun sedap. Tapi make sure mesti guna olive oil baru la rasa keenakkannya...ni yang telah dihidangkan lunch tadi...


Dengan adanya salad ni baru la nampak meja ku berseri sikit....ooo yer...tadi sempat jugak ku membuat dessert...puding triffle....next time aku akan update  macam mana nak buat trifle ni.....;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...