Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Pencuci Mulut.... Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut.... Show all posts

Saturday, 14 March 2015

AGAR-AGAR PANDAN....simple but so nice.....

Assalamualaikum....lama jugak tak update resepi ni....hihihi..baru ada ruang sikit untuk beronline...agar-agar pandan ni dah lama jugak aku buat buat...cuma tak berhapdet........aku sediakan kerana ada tetamu dari Melaka yang datang singgah minum petang di rumah...tak tau juadah apa nak sediakan....so buat yang mudah-mudah jer ...
 
 

Bahan-bahan

1 kotak serbuk agar-agar nona - pilih yang tak ada warna
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 biji telur
6 helai daun pandan
2 cawan air
sedikit pewarna hijau untuk serlahkan lagi warnanya

Cara membuatnya;

Kisar daun pandan bersama dengan 2 cawan air, tapis. Masak bersama dengan gula. Bila air dah mendidih masukkan serbuk agar-agar tadi. Kecilkan api, masukkan santan pekat dan telur yang telah dipukul. Kacau perlahan-lahan, biar mendidih sekejap, kemudian tutup api. Masukkan adunan dalam mangkuk acuan. Sejukkan. Sedap makan ketika sejuk-sejuk.

Selain agar-agar, aku sediakan lempeng kelapa untuk tetamu.
 Paling mudah dan paling syok makan cicah dgn kuah kari...
 laju jer tetamu ku makan lempen kelapa.....hihihih
 Mak bapak sibuk borak sambil makan , anak-anak dok nonton tv....tak kan nak menyampuk orang tua borakkan.....

Monday, 9 December 2013

LABU SEKAYA @ SEKAYA LABU....apa-apa jer laaa......

Gara-gara tengok Chef Wan buat labu sekaya di channel AFC terus rasa nak cuba....nampak macam senang sangat....macam sedap walaupun tak pernah makan sebelum ni...Chef Wan buat guna telur itik...tapi aku guna telur ayam....telur itik tak ada...Labu Sekaya ini adalah pencuci mulut/ manisan dari Thailand...patut la semasa pergi Kota Bharu, Kelantan selalu jumpa tapi tak terfikir plak nak mencuba...semalam pergi Econsave, Seremban ada berlambak labu baru sampai....cantik-cantik.. dan murah sangat...sekilo RM0.99...kira RM1 la tu kan...akupun rembat sebiji yang bentuk agak leper....berat lebih kurang 1 1/2..sesuai sangat la nak buat labu sekaya ni...


Bahan-bahan;

1 biji labu (1.5kg)
5 biji telur ayam gred A
1 keping gula melaka
3 sudu besar gula pasir (boleh tambah kalau nak manis lagi)
200ml santan pekat
secubit garam
2 helai daun pandan / 2 sudu kecil esen vanilla


Cara menyediakannya;

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Bersihkan labu.Potong bahagian atas labu. Buang segala isi kandungan dalam labu bersih-bersih.

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga halus. (Gula melaka tu aku potong kecik-kecik dulu sebelum masuk blender..kalau tak rosak plak blender tu nanti yer). Kalau guna daun pandan ramas-ramas daun pandan dalam bancuhan kemudian keluarkan. Aku tak sempat nak ambik daun pandan kat belakang rumah sebab hari hujan, so aku gantikan dengan esen vanilla. Tapis adunan dan masukkan dalam labu tadi.
 Untuk mengelakkan labu bergerak semasa dikukus aku masukkan labu dalam loyang. Kukus lebih kurang 45 minit or hingga sekaya dah mengeras dan isi labu telah lembut.

 Sejukkan sebelum dipotong. Sedap sangat makan ketika sejuk-sejuk.
 
Selamat Mencuba!!!
 

Sunday, 24 February 2013

PUDING PEACH..

Salam semua......lama juga rasanya aku tak buat puding....dalam fridge ada lebihan buah peach dalam tin lepas buat pavlova last week. Tengok serbuk agar-agar pun ada.....so memang cantik sangat la.....pada membazir dan tak nak buang masa, buat puding yang paling sesuai....ringkas tapi sedap....selesai breakfast pagi tadi aku dah masak puding sebab nak kena sejukkan dulu....perghhhhhhhhhh........licin jer kat tekak....tak nak membebel bebanyak......jom tengok resepi yang amat sempoi.....:)

Bahan-bahan;
13grm serbuk agar-agar (aku suka product NONA)
500ml air
1 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard
250ml susu sejat
1 tin buah peach yang dah siap potong

Cara membuatnya;
 Asingkan buah peach dengan airnya. Susun peach terlebih dahulu dalam acuan. Masukkan serbuk agar-agar, gula, air dan lebihan air buah peach tadi. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya tepung tak berketul. Masukkan susu dan tepung kastard yang telah dibancuh tadi. Kecilkan api takut membuak plak puding tu nanti. Bila dah nak mendidih sedikit tutup api. Curahkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk acuan yang telah disusun buah peach tadi. Kalau curah kuat-kuat berterabur plak buah peach tu....tak cayer buat laaa....letakkan di luar dahulu sehingga asapnya hilang kemudian baru la masukkan dalam peti ais. Terbalikkan puding bila dah betul-betul keras dan sejuk.
Dalam gambar nampak puding ni berwarna putih tapi sebenarnya kekuningan. 
Guna camera henpon jer...camni la jadinya......:(

Tips: Jika beli serbuk agar-agar Nona dibelakang bungkusan ada arahan untuk masak agar-agar. Jika buat agar-agar biasa ikut  jer arahan tu tapi kalau nak masukkan susu or manisan lain kena la kurangkan air seperti arahan pembungkus yer....takut tak jadi plak agar-agar korang....masak-masak ni pun kena guna matematik...campur, tolak, bahagi dan darab hokeyyy.............:))

Monday, 27 August 2012

MENTIMUN ACHEH...Pencuci mulut amat menyegarkan...



Salam semua...lama jugak rasanya tak update blog ni...pencuci mulut ni pun di buat pada hari Ahad baru ni...secara jujurnya pencuci mulut mentimun acheh ni agak unik bagiku...mungkin pada orang lain dah biasa...first time tengok buah ni depan mata dan first time jugak aku membuatnya dan merasanya...difahamkan buah ni banyak terdapat di Tanjong Karang...aku kenali buah ni melalui salah seorang kawan ku di facebook, Puan Asmawati...ribuan terima kasih kepada Puan Asmawati yang berikan mentimun acheh ni dan cara-cara untuk menyediakkannya...kalau nak cari sendiri aku percaya aku takkan jumpa...hehehehe...mari kita berkongsi di sini...


Bahan-bahan;

1 biji mentimun acheh
5 sudu gula pasir
5 cawan santan
beberapa ketulan ais

Cara menyediakkannya;

Kupas kulit mentimun acheh.Basuh seketika dan toskan.  Potong dadu kecil-kecil. Bancuhkan gula dengan santan. Kemudian masukkan mentimun acheh yang telah dipotong dadu tadi bersama ketulan ais. Hidangkan.
 
Pencuci mulut ni amat menyegarkan. Mentimun Acheh ni baunya sangat harum seolah-olah seperti bau honeydew tapi lagi sedap baunya. Memang sedap makan ketika sejuk.

dapat satu mangkok besar....:p
 
Gambar dari google....sorry...terlupa nak ambil gambar sebelum dipotong...huhuhuhu...
 

Tuesday, 27 March 2012

PUDING TRIFLE....

Seperti dijanjikan, dengan masa yang agak ketat ni sempat jugak ku menulis resepi puding trifle ....this is my hubby favourite....buatnya pun amat mudah....:))



Bahan-bahan;

1 bungkus swiss roll pandan cake (prefer king confectionery)
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
3 cawan air
1 (90grm) kotak jelly perisa oren (prefer nona brand)
400ml air
1 tin fruit cocktail
3 sudu besar gula

Cara menyediakannya;

Potong swiss roll cake dalam 1/2 inci kemudian susunkan dalam mangkok. Asingkan buah dan kuah dengan menggunakan penapis. Basahkan sedikit swiss roll kek dengan air cocktail tadi. Just untuk melembabkan kek. 

Masukkan tepung kastard dalam periuk. Campurkan dengan air,susu, gula dan juga lebihan air cocktail tadi. Kacau dengan menggunakan whisk. Pastikan api tidak terlalu besar. Kacau tanpa henti hingga custard agak pekat dan berkilat dan tutup api. Curahkan kastard di atas swiss roll dan ratakan. Ketepikan.

Panaskan 400ml air dalam periuk. Masukkan serbuk jelly. Ikut pada arahan kotak jelly. Jangan sesekali mengingkarinya kerana akan membuatkan jelly terlalu cair or keras.Setelah mendidih biarkan sejuk sebentar kemudian curahkan perlahan-lahan di atas kastard tadi. Curah gunakan senduk untuk memastikan kastard tidak pecah. Akhir sekali taburkan fruit cocktail di atasnya dan sejukkan dalam fridge.

Puding trifle ni sedap kalau dimakan ketika sejuk. Jika suka boleh sapukan whipping cream di atasnya.

FYI, gambar di atas gambar lama kerana puding trifle yang baru buat hari tu tak sempat nak ambik gambar. Kalau ikutkan dari resepi di atas boleh dapat 2 mangkok. Walaubagaimanapun bergantung kepada saiz mangkok puding anda. Jelly nona ini juga ada pelbagai perisa.

Selamat Mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...