Salam semua......lama juga rasanya aku tak buat puding....dalam fridge ada lebihan buah peach dalam tin lepas buat pavlova last week. Tengok serbuk agar-agar pun ada.....so memang cantik sangat la.....pada membazir dan tak nak buang masa, buat puding yang paling sesuai....ringkas tapi sedap....selesai breakfast pagi tadi aku dah masak puding sebab nak kena sejukkan dulu....perghhhhhhhhhh........licin jer kat tekak....tak nak membebel bebanyak......jom tengok resepi yang amat sempoi.....:)
Bahan-bahan;
13grm serbuk agar-agar (aku suka product NONA)
500ml air
1 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard
250ml susu sejat
1 tin buah peach yang dah siap potong
Cara membuatnya;
Asingkan buah peach dengan airnya. Susun peach terlebih dahulu dalam acuan. Masukkan serbuk agar-agar, gula, air dan lebihan air buah peach tadi. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya tepung tak berketul. Masukkan susu dan tepung kastard yang telah dibancuh tadi. Kecilkan api takut membuak plak puding tu nanti. Bila dah nak mendidih sedikit tutup api. Curahkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk acuan yang telah disusun buah peach tadi. Kalau curah kuat-kuat berterabur plak buah peach tu....tak cayer buat laaa....letakkan di luar dahulu sehingga asapnya hilang kemudian baru la masukkan dalam peti ais. Terbalikkan puding bila dah betul-betul keras dan sejuk.
Dalam gambar nampak puding ni berwarna putih tapi sebenarnya kekuningan.
Guna camera henpon jer...camni la jadinya......:(
Tips: Jika beli serbuk agar-agar Nona dibelakang bungkusan ada arahan untuk masak agar-agar. Jika buat agar-agar biasa ikut jer arahan tu tapi kalau nak masukkan susu or manisan lain kena la kurangkan air seperti arahan pembungkus yer....takut tak jadi plak agar-agar korang....masak-masak ni pun kena guna matematik...campur, tolak, bahagi dan darab hokeyyy.............:))

puding peach ni betul2 menggoda anak tekak adda nih..
ReplyDeletehehehehe.....memang sedap...encik hubby suka bangat....
Delete