Salam semua....ini menu dinner malam tadi...makan sama dengan nasi tomato....ada pelbagai cara ayam goreng berempah....ikut suka masing-masingkan....ada yang campur sekali dengan halia, serai, bawang putih....ada yang letak serbuk kari sahaja.....itu kalau bab aku malas la....aku perap ayam dengan serbuk kari jer....sedap jugak.....untuk resepi ni mula-mula rajin lepas tu jadi malas...sebabnya apa??? mari tengok resepi dulu yer...:)
Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)
1/4 ekor ayam (kira suku ekor la kan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Bahan Rempah untuk Perap Ayam;
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
10 biji buah pelaga
6 kuntum bunga lawang
10-12 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu lada hitam
Cara membuatnya;
Sediakan rempah perapan dulu.
Cuci semua bahan rempah perapan dengan penapis dan toskan. Goreng tanpa minyak hingga rempah garing, bukan hangus yer.. guna api yang paling minimun....kang api besar hangus ada...masaknyer idak yer....kena sabar sikit....setelah rempah garing angkat dan biarkan panas suam dan baru la di mesin halus...kalau rempah sejuk susah sikit rempah nak halus...make sure guna blender yang kering sebab rempah ni akan jadi serbuk bukan pes hokey....simpan dalam bekas kedap udara.
Cuci ayam bersih2 dan toskan. Taburkan serbuk kunyit, garam, lurutkan daun kari dan 2 sudu rempah yang telah dikisar. Gaul sebati dan perap lebih kurang 30 minit or makin lama perap lagi best. Goreng dalam minyak penuh dengan api yang perlahan. Bila ayam dah garing angkat dan toskan.
Baki rempah yang dikisar tu boleh guna bila-bila masa nak goreng ayam. Tu sebab aku kata mula-mula jer susah sikit tapi selagi rempah tu ada baki senang jer nak goreng ayam bila nak buat next time. Rempah ni juga boleh digunakan untuk masak rendang ker....nasi arab ker....buat sekali untuk pelbagai resepi...:))
No comments:
Post a Comment