Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Sunday, 17 February 2013

GULAI TULANG CELORONG...

Agak lama rasanya aku tak update resepi kat blog....lately ni masak sempoi-sempoi or menu yang dah ada dalam blog....malas nak masukkan menu ulang tayang....hari ini aku nak berkongsi masakan popular di kalangan orang Negeri Sembilan especially ketika majlis kenduri kahwin di kampung-kampung...kalau kat dalam kawasan bandar Negeri Sembilan susah nak jumpa sebab kebanyakkan menu yang disediakan di majlis kahwin nasi briani dan set lauk pauk...aku pun pelik apsal dipanggil nama celorong....mari review resepi ni dan baru tahu apa sebab musababnya dipanggil celorong yer..

Bahan-bahan;

1 kilo tulang rusuk (pasti ada daging jugak yer....kok tulang jer nak makan apakan...hehehe)
30 biji ciliapi - tak suka pedas boleh kurangkan **
1 1/2 inci kunyit hidup ** dikisar
6 batang serai - dititik
1 biji kelapa - ambil santanya
air untuk rebusan secukupnya
garam secukup rasa
1 1/2 inci halia  - resepi asal tak letak...tapi aku dah biasa daging dgn halia tak boleh dipisahkan

Cara memasaknya;

Bersihkan tulang dan toskan. Rebus tulang bersama halia yang dihiris kasar dengan air yang secukupnya hingga daging lembut. Aku tak ada pressure cooker , aku rebus 2 jam untuk dapatkan isi daging yang lembut. Kalau air rebusan hampir kering  tambah lagi sehingga daging jadi lembut. Bila daging dah lembut jangan buang air rebusan tadi.. Masukkan bahan kisar (cili api dan kunyit hidup) bersama serai yang telah dititik. Bila dah mendidih baru masukkan santan, rasa garam secukupnya. Kacau sekali sekala agar santan tidak naik minyak.

Gulai tulang celorong ni lebih kurang gulai daging masak lemak cilipadi. Yang berbezanya santannya tidak perlu pekat sangat, sebab tu dinamakan celorong dan gunakan banyak serai.

Satu tip untuk dikongsi, biasanya bila masak tulang tak kira la gulai atau sup, pasti banyak lemak yang dikeluarkan. Selepas merebus ni, biarkan ia betul2 sejuk dahulu so lemak akan terapung di atas. Bila lemak mengeras keluarkan dengan sudu or guna penapis dan baru lah sambung memasak..:))




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...