Sebenarnya baru malam semalam buat ayam madu panggang tapi malas plak rasanya nak buat entry..petang tadi encik hubby mintak lagi buat ayam madu panggang......hmmmm....suka sangat la tu kan.....tak sampai sehari dah mintak lagi....hahahaha..... layan jer la.....aku malas nak masuk dalam blog semalam sebab masa buat tu memang main campak-campak jer....ayat eksi ke ni???hahahaha...tapi memang itu la yang sebenarnya....ayam ni nampak kecil sebab masa beli kat pasar memang sentiasa suruh peniaga tu potong kecik-kecik....kalau aku tau nak buat ayam madu awal-awal, aku lagi prefer kalau ayam tu dipotong besar-besar sikit.....tapi yang bagusnya kalau dalam potongan kecil lagi sedap sebab bahan-bahan perapan lagi cepat meresap dalam isi ayam...
Bahan-bahan;
1/2 ekor ayam (agak2 jer ni)
4 ulas bawang putih )
6 ulas bawang merah ) dikisar halus tanpa air
1 inci halia )
2 batang serai )
2 sudu besar madu (aku guna madu cuka epal)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil cili serbuk paprika
1 sudu besar minyak zaiton
Cara menyediakannya;
Cuci bersih ayam dan toskan. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan termasuk yang telah dikisar dan perap paling cepatpun sejam. Lagi lama perap lagi sedap. Masukkan dalam "magic pan" dan panggang lebih kurang 25 - 30 minit dengan api yang paling minimum. Kalau tak ada "magic pan" bakar jer atas grill pan yang biasa, kalau boleh tutup dengan tudung periuk ker supaya ayam masak sekata. Bakar dengan api yang paling minimum selama 1 jam. Jangan lupa balik-balikkan ayam setiap 20 minit so baru la ayam nampak cantik bila dipanggang.
ini la "magic pan" yang aku katakan tu....or biasanya orang panggil kuali ajaib....hehehehe....memang ajaib.....aku dah beli benda ni dah bertahun lamanya...masa awal-awal Vantage keluarkan dan tengah buat promosi...RM99 jer ....tapi tak pakai...beli kononnya nak buat koleksi barangan Vantage....tapi sejak akhir-akhir ini magic pan amat popular...rupanya memang amat mudah sangat untuk memasaknya dan jimat masa....pelbagai menu yang boleh dimasak termasuk la nak bakar kek....untuk keterangan lanjut boleh baca di blog kak Hanieliza www.hanieliza.blogspot.com. Kalau tak salah aku jugak kak Hanieliza tu pun ada buat buku cara memasak menggunakan magic pan ni....kalau betul dah keluar pasti akan ku cari buku tu....:))
No comments:
Post a Comment