Monday, 7 May 2012

SOTONG GORENG KUNYIT...

Salam semua...dah lewat sangat masuk entry sotong goreng ni...ni masak pada 29hb April lepas...bila tengok album gambar baru perasan sotong ni tak masuk lagi.....sotong kunyit ni memang simple sangat....semua orang tahu masak ni.....tapi saja jer letak nak memenuhkan blog ni ha....hehehehe.....sorry la letak gambar masih atas dapur....ingatkan my hubby dah ambik gambar bila dah masukkan dalam piring..rupanya hmmmmmm...... tak ada....:(

Bahan-bahan;

5 ekor sotong putih
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1/2 biji bawang besar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
serbuk kunyit
2 sudu minyak zaiton

Cara memasak;

Bersihkan sotong. Belah dua dan kelar-kelarkan badan sotong tu supaya bila goreng nampak macam keropok rota...yer ker??? hehehe..,..gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Potong bawang besar bulat-bulat. Mayang halia dan bawang putih. Hiriskan cili merah memanjang atau ikut suka. Panaskan minyak dalam frying pan. Goreng sotong sehingga sedikit garing kemudian masukkan bawang besar, halia,asam gelugor,  bawang putih dan cili merah. Apabila kesemua telah layu, rasa garam dan angkat.

Simplekan....makan dengan nasi panas memang sedap...or lagi suka ratah macam tu jer....:p

No comments:

Post a Comment